FW: Haram GREEN Soya bean drink from YEO's

Khamis, 28 Mei 2009
BISMILLAH.SALAM,I got this information from my yahoogroup, please read !!Awas ye temen2...... ....
Seems harmless but......... .........

GREEN BEAN SOY DRINK
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya. ......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat. ......


Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS??


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!





Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."(Al-Baqarah : 169)



SEBAR-SEBARKAN

Jangan Jemu Menyemai Selagi Benih Berada Ditangan

Jumaat, 22 Mei 2009
Assalamualaikum wbt....

Salam perjuangan para sabahat sahabiah sekalian.

Bersyukur dengan kudrat dan iradatNYa masih lagi kita diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk berjuang menegakkan Islam tidak kira dengan apa cara dan kaedah sekalipun dengan kadar kemampuan individu berlandaskan syariat yang telah ditetapkan hukum Allah.

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad saw.Moga-moga kita mendapat syafaat,InsyaAllah.

Setelah mendapat panggilan telefon dari Abg Zahari,aku bergegas pergi ke Bintulu Iqra Center. Ingatkan nak tolong kemas-kemas premis BIC, atau ada mesyuarat. Memang perlukan pertolongan pun,rupa-rupanya pergi BIC tolong makan.. Hehe.

Tetapi bukan program makan-makan sahaja,rupa-rupanya meraikan kedatangan Ustaz Hj Elias Zakaria yang jauh nun di Penang Pulau Mutiara.Selesai menjamu makanan pihak BIC sempat mengadakan liqa' untuk mengeratkan silaturrahim di antara Ustaz Hj Elias bersama dengan semua ahli BIC yang hadir di BIC semalam.Kesempatan ini Us Hj Elias mencuri masa terluang dengan memberikan kata-kata semangat kepada semua yang hadir. Masih teringat lagi kata-kata indah yang terbit dari bibir Us Hj Elias.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jangan jemu menyemai,selagi benih berada di tangan.
Sebagai seorang dai'e,perkataan jemu itu sepatutnya tidak ada dalam prinsip hidup dalam mendidik diri mahupun mentarbiyyah orang lain.Setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam menggerakkan perjuangan Islam.Sebagai analogi benih yang disemai dengan baik akan menjadi pokok subur yang rendang.Pokok yang rendang itu umpama sebuah kumpulan yang mantap dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan mereka terus subur..Batang dengan peranannya,daun dengan peranannya,ranting dengan peranannya,akar dengan peranannya.Semuanya penting dan perlu diambil kira...

Begitu jualah manusia.Untuk menegakkan Islam itu mestilah memainkan peranan masing, tidak kiralah individu itu merupakan seorang pelajar,cikgu,juruteknik,jurutera dan bermacam jenis pekerjaan.Itulah hakikatnya dalam memperjuangkan Islam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tetapi,harus diingatkan bahawa perjuangan ini bukan sesedap MI SEGERA 108..bukanlah SEMANIS MADU LEBAH HPA..Banyak halangan dan ujian akan ditimpakan kepada individu-individu yang memperjuangkan ISLAM ini.

Teringat akan kata-kata Saidina Umar al-khattab yang diberitahu oleh Hj Elias semalam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Semua orang Islam itu umpama kubu dan berada di posisi masing-masing,tetapi jangan biarkan musuh-musuh Islam itu mengalahkan Islam melalui posisi yang kamu berada sekarang"

Bagi pemahaman saya bukan sahaja ianya bermaksud ketika waktu peperangan sahaja bahkan ketika kita dalam menjalani kehidupan 24 jam kita sendiri, banyak mata-mata pemusnah datang menghampiri kita kemudian mengikis nilai-nilai Islam kita secara kasar atau pun halus...

Wallhualam......

Ishack as-Syakir
Kpg Assyakirin
10.39 a.m.
Khamis, 7 Mei 2009
Salah Faham Pada Poligami..



Posted by Ustaz Nazmi on Tuesday, May 5, 2009

"Awak jangan nak menggatal! Diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin lagi satu!" tengking Salmah yang berang. "Ah! Jangan nak nafikan hak saya! Mana Islam kata lelaki boleh kahwin satu saja! Saya ada hak dan saya menurut apa yang Al-Quran ajar! Awak tak faham Al-Quran ke? Ini sunnah!" balas Yusuf mempertahankan diri. Begitulah dialog sepasang suami isteri.Poligami adalah isu 'evergreen' di dalam agama Islam. Bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, malahan turut tidak disenangi segelintir Muslim. Oleh demikian, isu poligami harus dibincangkan.

MAKSUD POLIGAMI
Sebelum berdiskusi tentang perihal poligami, perlulah seseorang itu memahami maksud poligami. Secara ringkas, poligami bermaksud 'seseorang yang mempunyai pasangan hidup lebih daripada seorang'. Contohnya apabila seorang lelaki mempunyai tiga isteri. Penulis tidak menafikan kewujudan poligami di dalam Islam.Dalil yang menyokong wujudnya poligami di dalam Islam tercatit di dalam Al-Quran."Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3Kini timbul persoalan, mengapa Islam membenarkan poligami? Poligami telah meretakkan banyak rumahtangga. Adakah Tuhan tidak nampak poligami hanya memberi masalah kepada wanita?

SATU PENYATAAN
Ramai orang mempunyai tanggapan bahawa Islam adalah agama yang memperkenalkan poligami. Namun tanggapan ini adalah tidak tepat. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami kepada manusia. Islam hanya meletakkan had kepada poligami.Sebelum Al-Quran diturunkan 1400 tahun dahulu, masyarakat dunia telah pun mempraktikkan poligami.Lihat sahaja sejarah bangsa Rom, maharaja serta orang atasan dinasti China, dan golongan Arab Jahiliyyah. Mereka telah pun mempraktik poligami sebelum Al-Quran diturunkan, malah sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. Pada masa itu, seorang lelaki boleh mempunyai seberapa banyak isteri yang mereka ingini.Penulis pernah membaca seorang lelaki mempunyai hampir 200 orang isteri semasa zaman pemerintahan Rom. Secara positif, had poligami yang diperkenalkan Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami tanpa had.





SATU-SATUNYA KITAB
Mungkin para pembaca akan terfikir, jika benar poligami sudah lama dipraktikkan, mengapa penganut agama lain hanya dibenar berkahwin seorang sahaja? Ini juga bermakna kitab agama mereka turut tidak membenarkan poligami! Sekali lagi, tanggapan ini kurang tepat. Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama di dunia yang menyarankan agar lelaki berkahwin hanya satu isteri."Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3Al-Quran lebih menyarankan lelaki berkahwin hanya seorang jika berasa risau tidak akan dapat berlaku adil. Kitab agama-agama lain tidak pernah menghalang poligami. Tidak ada satu ayat di dalam Vedas, Ramayan, Mahabrat, Geeta, Talmud atau Bible yang mengarahkan lelaki agar berkahwin hanya seorang. Sebaliknya terdapat banyak ayat yang menunjukkan personaliti di dalam kitab-kitab ini mengamalkan poligami."He (Solomon) had seven hundred wives of royal birth and three hundred concubines, and his wives led him astray" - 1 Kings 11:3"In Jerusalem David took more wives and became the father of more sons and daughters" - 1 Chronicles 14:3"Rehoboam loved Maacah daughter of Absalom more than any of his other wives and concubines. In all, he had eighteen wives and sixty concubines, twenty-eight sons and sixty daughters" - 2 Chronicles 11:21Di dalam kitab agama Hindu pula ada memberitahu bahawa, Raja Dasharat mempunyai tiga orang isteri dan Krishna mempunyai 16, 108 orang isteri . Contoh di atas jelas menunjukkan poligami bukanlah satu perkara yang ditegah di dalam agama-agama ini. Mungkin ada pembaca Kristian akan membalas bahawa terdapat ayat di dalam Bible yang mengatakan lelaki hanya dibenarkan berkahwin seorang sahaja. Penulis meminta pembaca Kristian agar menunjukkan ayat tersebut.




TIDAK BERPANDUKAN KITAB
Mungkin persoalan lain akan timbul difikiran para pembaca. Jika benar kitab agama-agama ini membenarkan poligami, mengapa penganut agama-agama ini ditegah berkahwin lebih daripada satu?Jawapannya mudah; kerana mereka tidak mengikut kitab agama mereka. Tegahan yang dilakukan di dalam agama-agama ini tidak berpandukan kitab agama mereka.Pada zaman awal, ramai lelaki Kristian dibenar untuk mengamalkan poligami kerana tiada larangan daripada kitab Bible. Hanya beberapa abad yang lepas, pihak Gereja telah menghadkan bilangan isteri kepada satu.Poligami turut dipratik di dalam agama Yahudi sehinggalah Rabbi Gershom Ben Yehudah (960 C.E - 1040 C.E) melarangnya. Malah golongan Yahudi Sephardic yang tinggal di negara Islam turut mengamalkan poligami sehingga tahun 1950-an. Praktik ini diberhentikan apabila 'Act of the Chief Rabbinate of Israel' mengarahkan lelaki hanya boleh berkahwin seorang perempuan sahaja.Dalam satu laporan yang bertajuk 'Committee of The Status of Woman In Islam', dikeluarkan pada 1975, memberitahu, peratusan perkahwinan poligami antara tahun 1951-1961 adalah - 5.06% dikalangan penganut agama Hindu dan hanya 4.31 peratus dikalangan Muslim. Mengapa penganut agama Hindu mengamalkan poligami lebih daripada Muslim? Pada tahun 1954, Akta Perkahwinan Hindu dikeluarkan, yang memberitahu - adalah satu kesalahan seorang Hindu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini hanyalah undang-undang negara India dan bukanlah undang-undang daripada kitab Hindu.Seperti yang diterangkan di atas, agama-agama selain Islam turut membenarkan poligami. Penganut merekalah yang mengharamkan poligami tanpa sebab yang pasti dan tidak berpandukan kitab agama mereka. Penulis berasa pelik mengapa mereka melakukan pengharaman sedangkan kitab agama mereka menghalalkan. Bagaikan satu tindakan populis untuk menarik perhatian. Muslim adalah lebih baik kerana mengikut apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Cuma akhir-akhir ini wujud gerakan feminis Muslim yang cuba mengatakan tidak wujud poligami di dalam Islam.

UNDANG-UNDANG BARAT
Kebanyakan agama utama di dunia tidak melarang poligami. Lebih menarik, poligami di dalam Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami di dalam agama-agama lain. Rakan penulis pernah ditanya, mengapa Islam tidak mengikut undang-undang Barat? - satu lelaki satu isteri. Sedarkah anda, undang-undang perkahwinan Barat sebenarnya melindungi lelaki? Undang-undang ini langsung tidak memberi hak dan melindungi wanita. Penulis berkata demikian atas beberapa sebab.1. Seorang lelaki hanya boleh berkahwin seorang wanita sahaja. Wanita ini adalah isteri yang sah menurut undang-undang tersebut. Tiada masalah disini.2. Lelaki Barat ini, walaupun sudah berkahwin, dia masih boleh mempunyai perempuan simpanan diluar rumahnya. Semakin ramai perempuan simpanan, lebih 'macho' lelaki itu.3. Perempuan simpanan ini tidak mempunyai apa-apa hak. Dia tidak boleh meminta agar lelaki Barat ini berkahwin dengannya. Jika anak luar nikah dilahirkan, anak tersebut tidak berhak mendapat apa-apa.4. Jika lelaki Barat ini sudah puas, dia boleh meninggalkan perempuan ini. Lelaki ini tidak perlu untuk bertanggungjawab. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan wanita ini. Habih madu, sepah dibuang.Jika poligami dibenarkan, masalah ini dapat dihapuskan. Perempuan simpanan tersebut boleh menjadi isteri yang sah melalui poligami. Mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama. Anak yang dilahirkan turut mendapat perlindungan undang-undang. Menjadi pilihan wanita itu sama ada mahu menjadi perempuan simpanan atau isteri yang sah. Penulis tidak dapat memikirkan jika ada wanita yang sanggup menjadi perempuan simpanan daripada menjadi isteri yang sah.

HILANGNYA SALAH TANGGAPAN
Di dalam bahagian pertama ini, diterangkan bahawa Islam tidak pernah memperkenalkan poligami. Turut diberitahu adalah agama-agama lain juga membenarkan poligami. Cuma tangan-tangan penganut mereka yang melakukan perubahan. Di dalam bahagian kedua, penulis akan berkongsi punca mengapa poligami sukar untuk diterima, tanggungjawab seorang lelaki untuk mempraktik poligami dan juga hikmah disebalik poligami. Diharapkan bahagian pertama ini dapat mencerahkan salah tanggapan yang ada pada Islam berkaitan poligami.Nukilan: Mohd Rahmat -Artikel; Katakan Tak Nak Kepada Poligami

(http://www.mohdrahmat.com/2009/04/katakan-tak-nak-kepada-poligami.html)Bacaan Lanjut: Katakan Tak Nak Kepada Poligami II
----------------------
- Sekadar kajian dan hukum.. Rujukan di sini
:: Dakwah Itu Perlu Hikmah ::
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani
Markaz Tarbiah Haraki 5 Mei 2009