Silsilah Amalan Hati

Ahad, 28 Jun 2009

Assalamualaikum w.b.t


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmat-Nya keran Dia masih memberikan udara kepada kita ini untuk bernafas dalam umur akhirat kita yang sememang begitu pendek sekali.


Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad s.aw.Moga-moga dengan selawat ini kita dipermudahkan dan diberi syafaat kepada kita di Padang Penghitungan nanti..Dengan izin Allah.


Kesempatan ini, ana nak berkongsilah sedikit ilmu yang ada kat laptop ana nih..maklumlah ilmu kalau disimpan lama-lama akan hilang..Adalah lebih baik sekiranya jika dikongsikan bersama-sama dengan para pembaca blog yang berminat dengan pembacaannya.InsyaAllah ada manfaatnya untuk diri ana khususnya dan kepada pembaca sekalian.


Kali ini nak berkongsilah tentang satu topik yang penting kepada kita khususnya kepada para dai'e yang berjuang untuk agama Allah ini.Tajuk yang tertera ialah Silsilah Amalan Hati.Tajuk utama ini pula dipecahkan lagi kepada 4 bab utama iaitu Bersyukur,Redha,Bersabar dan Muhasabah Diri.Amalan-amalan hati ini adalah baik diamalkan untuk kita dapat mencapai darjat yang tinggi dan dekat kepada Allah s.wt


Adalah lebih baiknya kita lihat dahulu bab 1 iaitu Bersyukur bagi tajuk Silsilah Amalan Hati ini....


Bersyukur adalah sebaik-baik jalan kehidupan bagi orang-orang yang berbahagia. Tidaklah mereka menaiki tangga kedudukan yang tertinggi, melainkan berkat syukur mereka. Kerana iman itu terdiri dari dua bahagian, iaitu bersyukur dan bersabar, maka bersyukur merupakan suatu keharusan bagi orang yang mengharapkan keba­ikan bagi dirinya serta kepentingan kesela­matan dan kebahagiaannya.


Definisi bersyukur
Bersyukur menurut pengertian bahasa ertinya mengakui kebajikan. Dikatakan syakartullooha atau syakartu lillaah ertinya mensyukuri nikmat Allah. Bersyukur menurut terminologi bahasa boleh juga bererti pengaruh makanan pada tubuh haiwan. Haiwan yang bersyukur ertinya haiwan yang cukup dengan makanan yang minimum, atau haiwan yang gemuk hanya dengan makanan yang sedikit. Sebaliknya,lawan bagi kata syukur adalah kufur.


Bersyukur ertinya berterima kasih kepada pihak yang telah berbuat baik di atas kebajikan yang telah diberikannya, iaitu syakartuhu. Akan tetapi, menurut suatu pendapat lain bahawa yang lebih jelas lagi apabila dikatakan syakartu lahu. Syukroon lawan katanya ialah dari kufroon.
Isytakarotis sama-u ertinya langit menurunkan hujannya dengan lebat; dan dikatakan isytaka­rodh dhor-‘u ertinya payudara haiwan itu penuh dengan air susunya.


Bersyukur boleh juga diertikan bertambah dan berkembang.
Bersyukur menurut terminologi khusus ertinya memperlihatkan pengaruh nikmat Ilahi pada diri seorang hamba pada hatinya dengan beriman, pada lisannya dengan pujian dan sanjungan, dan pada anggota tubuhnya dengan mengerjakan amal ibadah dan ketaatan. Dengan demikian, sedikit nikmat pun memberikan idea untuk banyak bersyukur, lebih-lebih lagi jika nikmat yang diperolehnya banyak. Di antara para hamba itu ada yang bersyukur dan ada pula yang ingkar.
Syakartu lahu, aku berterima kasih kepadanya, dimuta‘addikan dengan memakai lam. Kafartu bihi, aku mengingkarinya, dimuta‘addikan dengan memakai ba. Ibnul Qayyim berkenaan dengan hal ini mempunyai pendapat yang lain dari yang lain. Dia mengatakan bahawa dikatakan demikian kerana pada hakikatnya yang disyukuri adalah nikmatnya, kemudian dinisbatkan kepada pihak yang memberinya. Oleh kerana itu, dikatakan sya­kartu lahu dengan dimuta‘addikan memakai lam. Berbeza halnya dengan kufur yang mengandungi erti mendustakan dan mengingkari nikmat. Oleh kerana itulah, mereka mengatakannya kafara billaahi, dia ingkar kepada Allah dan kafara bini‘matihi, dia mengingkari nikmat-Nya, kafara bi-aala-ihii, dia mengingkari tanda-tanda kekuasa­an-Nya. Oleh kerana itulah, diungkapkan dengan menggunakan ba ta‘diyah.


Bersyukur kepada Allah mempunyai beberapa kedudukan yang besar dalam agama


1. Allah telah menggandingkan perintah meng­ingat-Nya dengan perintah bersyukur kepada-Nya, yang kedua-duanya mengingatkan kepada nik­mat penciptaan. Adapun mengenai perintah bersabar dalam mengerjakannya merupakan saranan sebagai pengantaraan seorang hamba untuk dapat merealisasikan kedua-duanya. Sesung­guhnya Allah telah menggandingkan perintah bersyukur dengan perintah untuk mengingat-Nya melalui firman-Nya:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu; dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al-Baqarah (2): 152)


2. Allah menggandingkan sebutan syukur dengan iman, dan bahawa Allah tidak mempunyai tujuan mengazab makhluk-Nya apabila mereka telah mengatakan: “Kami telah beriman.”
“Mengapa Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman?” (QS. An-Nisaa’ (4): 147)
Yakni selama kamu memenuhi hak-Nya dan melakukan apa yang kamu diciptakan untuk­nya, iaitu bersyukur dan beriman kepada-Nya.


3. Hanya orang-orang yang suka bersyukurlah dari kalangan hamba-hamba-Nya yang meng­hargai kurnia Allah kepada mereka, sebagai­mana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan seba­hagian mereka (orang-orang yang miskin) supaya (orang-orang yang kaya) berkata: ‘Orang-orang seperti inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?’ (Allah berfirman): ‘Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?’” (QS. Al-An‘aam (6): 53)


4. Manusia itu ada yang bersyukur dan ada yang ingkar. Yang paling dibenci oleh Allah ialah sikap ingkar dan para hambanya; yang paling disukai oleh Allah ialah sikap bersyukur dan para hambanya.
“Sesungguhnya Kami telah menunjukkan mereka jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (QS. Al-Insaan (76): 3)


5. Allah menguji hamba-hamba-Nya siapakah di antara mereka yang banyak bersyukur kepada-Nya. Untuk itu, Allah s.w.t telah berfirman men­ceritakan ucapan Sulaiman a.s:
“Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (nik­mat-Nya). Barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabbku Mahakaya lagi Mahamulia.” (QS. An-Naml (27): 40)


6. Allah menjanjikan akan menambah nikmat-Nya bagi orang-orang yang bersyukur.
“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memak­lumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’” (QS. Ibrahim (14): 7)


7. Allah meredhai amalan orang-orang yang bersyukur dan meredhai sikap bersyukur.
“Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi­mu kesyukuranmu itu.” (QS. Az-Zumar (39): 7)
Allah membandingkan antara syukur dan kufur, lalu menyimpulkan bahawa keduanya adalah sikap yang bertolak belakang.
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya bebe­rapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran (3): 144)
Orang-orang yang bersyukur yang disebutkan dalam ayat-ayat di atas adalah mereka yang bersikap teguh di atas kenikmatan iman yang dianugerahkan kepada mereka dan mereka tidak mengingkarinya. Kerana memang sebahagian orang itu ada yang tidak dapat bertahan manakala mendapat cubaan dan ujian, sehingga dia ingkar dan tidak dapat bertahan. Di antara mereka ada juga yang memperlihatkan kebenaran yang ter­kandung di dalam hati mereka di saat mendapat ujian dan cubaan, lalu hatinya tidak berhenti-henti menyebut nama Tuhannya lalu memuji-Nya dan hatinya tetap teguh. Dia tetap menyatakan syukurnya dengan segala cara, baik melalui hati, lisan, mahupun semua anggota tubuhnya.


8. Allah menggantungkan pertambahan nikmat-Nya pada sikap bersyukur, sedangkan kriteria tambahan itu tidak ada batasannya sebagai­mana syukur pun tiada batasannya, tetapi Allah menetapkan banyaknya pahala menurut kehendak-Nya.
“maka Allah nanti akan memberi kekayaan kepa­damu dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki.” (QS. At-Taubah (9): 28)
Sehubungan dengan perkenan dari-Nya, dinyatakan oleh firman-Nya:
“maka Dia menghilangkan bahaya yang kerana­nya kamu berdo‘a kepada-Nya, jika Dia meng­hendaki.” (QS. Al-An‘aam (6): 41)
Berkenaan dengan pemberian keampunan, dinyatakan oleh firman-Nya:
“Dia memberi ampun kepada siapa yang dike­hendaki-Nya.” (QS. Al-Fat-h (48): 14)
Berkenaan dengan rezeki, dinyatakankan oleh firman-Nya:
“Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batasan.” (QS. Al-Baqarah (2): 212)
Berkenaan dengan taubat, dinyatakan oleh firman-Nya:
“Dan Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya.” (QS. At-Taubah (9): 15)
Adapun berkenaan dengan sikap bersyukur, maka Allah s.w.t menetapkannya tanpa ikatan dengan kalimat “Jika Dia menghendaki”, seperti dalam ayat-ayat berikut:
“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran (3): 145)
“dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran (3): 144)


9. Allah s.w.t memberitakan bahawa sesungguhnya iblis mempunyai banyak tujuan, antara lain mencegah hamba-hamba Allah untuk bersyu­kur kepada-Nya. Untuk merealisasikan tujuan­nya itu, iblis menggunakan pelbagai cara, antaranya sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (QS. Al-A‘raaf (7): 17)
Semuanya itu dilakukan oleh iblis untuk meng­halangi mereka dari bersyukur kepada Tuhannya dan iblis sentiasa menyekat semua jalan yang dapat membuat mereka bersyukur kepada-Nya.


10. Allah menggambarkan bahawa orang-orang yang bersyukur di antara hamba-hamba-Nya adalah golongan minoriti.
“Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang banyak bersyukur.” (QS. Saba’ (34): 13)
Berkenaan dengan hal ini, Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah atsar dari ‘Umar ibnul Khaththab r.a bahawa pada suatu hari dia mendengar seorang lelaki mengatakan dalam do‘anya: “Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit.” ‘Umar pun bertanya: “Apa yang kamu maksudkan dalam do‘amu itu?” Lelaki tersebut menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, bukankah Allah telah berfirman melalui ayat-ayat berikut:
‘Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu, kecuali sedikit.’ (QS. Huud (11): 40)
‘Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.’ (QS. Saba’ (34): 13)
‘kecuali orang-orang yang beriman dan menger­jakan amal yang soleh; dan amat sedikitlah mereka ini.’ (QS. Shaad (38): 24)
Setelah itu barulah ‘Umar berkata: ‘Kamu benar!’”
Apabila bersyukur termasuk sifat para nabi dan orang-orang yang beriman, maka tidaklah demi­kian keadaannya kepada semua manusia, kerana sesungguhnya kebanyakan daripada mereka berse­nang-senang dengan nikmat yang mereka perolehi, tetapi mereka tidak mahu berterima kasih kepada Allah yang telah memberinya.


11. Allah s.w.t telah memuji rasul pertama yang diutus-Nya ke bumi kerana sikapnya yang selalu bersyukur kepada-Nya, iaitu Nuh a.s. Untuk itu, Allah s.w.t berfirman:
“(yaitu) anak cucu dari orang-orang yang Kami bawa bersama-sama Nuh. Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” (QS. Al-Israa’ (17): 3)
Dalam ayat ini terkandung makna yang me­nunjukkan bahawa mereka mengikut sikap nabi mereka, Nuh a.s, yang banyak bersyukur kepada-Nya.


12. Allah memberitakan bahawa sesungguhnya yang mahu beribadah kepada-Nya adalah orang yang bersyukur kepada-Nya, dan bahawa orang yang tidak mahu bersyukur kepada-Nya bukan termasuk orang-orang yang menyembah-Nya.
“dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah.” (QS. Al-Baqarah (2): 172)


13. Allah s.w.t memerintahkan kepada hamba-Nya, Musa a.s, agar menerima anugerah kenabian, kerasulan, dan tugas yang dibebankan pada­nya dengan sikap bersyukur.
“Hai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebih­kan) kamu dari manusia yang lain (pada masa­mu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk ber­bicara langsung dengan-Ku. Sebab itu, berpegang teguhlah pada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (QS. Al-A‘raaf (7): 144)


14. Mula-mula perintah yang dipesankan kepada manusia selepas berakal ialah bersyukur kepada Allah dan kepada kedua orang tuanya.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapa mereka; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan yang semakin lemah, dan memeliharanya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu; hanya kepada-Kulah kembalimu.” (QS. Luqman (31): 14)


15. Allah s.w.t memberitakan bahawa redha-Nya ter­letak pada sikap bersyukur kepada-Nya.
“dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.” (QS. Az-Zumar (39): 7)


16. Allah s.w.t. menceritakan tentang mahkluk kesayangan-Nya, Ibrahim a.s, bahawa dia adalah orang yang selalu bersyukur atas semua nikmat yang telah diberikan kepadanya.
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah lagi hanif. Dan sekali-kali dia bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan) (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjuki­nya kepada jalan yang lurus.” (QS. An-Nahl (16): 120-121)
Di antara sifat imam ialah menjadi teladan bagi orang-orang yang mengikutinya dalam keba­ikan, dan hal ini berbeza dengan kualiti semua penghuni bumi. Dia adalah seorang yang patuh kepada Allah lagi mensyukuri nikmat-nikmat-Nya, dan sikap bersyukur adalah tujuan utama dari orang yang menjadi kesayangan Allah ini.


17. Tujuan penciptaan makhluk ialah agar mereka bersyukur kepada-Nya, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu­mu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl (16): 78)
Ini merupakan tujuan penciptaan makhluk. Adapun mengenai tujuan dari perintah-Nya, maka disebutkan dalam firman-Nya:
“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu (ketika itu) adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu, ber­taqwalah kepada Allah supaya kamu mensyu­kuri-Nya.” (QS. Ali ‘Imran (3): 123)
Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah bahawa Dia akan menolong kamu, maka bersyukurlah kamu atas nikmat ini.
Sebagai kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa bersyukur adalah tujuan penciptaan dan tujuan perintah-Nya, maka Dia menciptakan agar disyukuri dan Dia memerintah untuk disyukuri juga.
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al-Baqarah (2): 152)
Bersyukur merupakan tujuan, sedangkan ber­sabar adalah saranan untuk meraih tujuan. Anda bersikap sabar sudah tentu untuk meraih sesuatu yang anda inginkan, berbeza pula dengan bersyukur. Kerana sesungguhnya kewujudan dari sikap bersyukur itu sendiri merupakan tujuan, sedangkan sikap bersabar adalah saranan untuk meraih tujuan yang terpuji dan bukan sebagai tujuan yang dimaksudkan.


Ibnul Qayyim dalam Kitabnya Madarijus Salikin telah menyebutkan pula hal yang sama berkait­an dengan tajuk bersyukur ini, di antaranya ialah:


1. Sesungguhnya bersyukur kepada Allah meru­pakan amalan yang terletak di peringkat yang tertinggi.


2. Bersyukur mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada redha dan sebagainya. Kerana redha itu sendiri sudah termasuk ke dalam pengertian bersyukur, sebab mustahil adanya bersyukur tanpa keredhaan.


3. Separuh dari iman adalah bersyukur, sedangkan separuh lagi yang lain adalah bersabar.


4. Allah telah memerintahkan untuk bersyukur dan melarang hal yang sebaliknya.


5. Allah memuji orang-orang yang bersyukur dan memberikan kepada mereka kelebihan sebagai makhluk-Nya yang terpilih.


6. Allah menjadikan bersyukur sebagai tujuan dari penciptaan makhluk-Nya dan perintah-Nya.


7. Allah menjanjikan kepada para hambanya dengan balasan yang terbaik.


8. Allah menjadikan bersyukur sebagai penyebab bertambahnya kurnia dari sisi-Nya.


9. Bersyukur menjadi penjaga dan pemelihara nikmat.


10. Hanya orang-orang yang bersyukurlah yang beroleh manfaat dari ayat-ayat-Nya.


11. Allah memberikan sebahagian dari asma-Nya, Asy-Syakuur, sebagai kelebihan buat para hambanya dalam erti kata lain, dapat mengantarakan hamba­nya kepada yang disyukurinya, bahkan akan menjadi penyebab bagi hambanya untuk kem­bali mendapat hasil dari apa yang disyukurinya.


12. Bersyukur merupakan tujuan Tuhan dari hamba-Nya.


13. Allah menamakan dirinya Syakir dan Syakuur, dan menamakan orang-orang yang bersyukur dengan sebutan ini, dalam erti kata lain Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari sifat-Nya dan memberi mereka sebutan sebahagian dari asma-Nya. Cukuplah menjadi bukti bagi kita bahawa Allah mencintai dan memberi kurnia kepada orang-orang yang bersyukur.


14. Allah memberitahu bahawa orang-orang yang bersyukur dari kalangan hamba-hamba-Nya sangat sedikit jumlahnya.


15. Dengan mensyukuri nikmat, maka nikmat pasti akan bertambah.
Pengertian bersyukur ialah kemantapan hati seorang hamba untuk mencintai Yang memberi nikmat; seluruh anggota tubuhnya bersemangat untuk mentaati-Nya; dan lisannya tidak henti menyebut nama dan memuji-Nya.


Bersyukur melibatkan tiga perkara, iaitu hati, lisan, dan semua anggota tubuh. Pengertian bersyukur bergantung pada penguasaan pengeta­huan tentang tiga aspek bersyukur seperti dalam penjelasan berikut:


1. Mengenal nikmat: menghadirkannya dalam hati, mengutamakan, dan meyakininya. Apabila seorang hamba telah mengenal nikmat, maka dari pengenalan ini dia akan beralih untuk mengenal Tuhan Yang memberi nikmat meskipun dalam pengertian yang terperinci. Dan memang perincian inilah yang kita jumpa di dalam Al-Qur’an agar seorang hamba dapat merasakan semua nikmat yang telah diperoleh­nya, lalu terdetik untuk mensyukurinya. Apa­bila dia telah mengenal nikmat, maka akalnya akan mencari Tuhan yang telah memberinya nikmat, dan apabila dia telah mengenal Tuhan yang telah memberi nikmat, tentulah dia akan mencintai-Nya. Apabila telah mencintai-Nya, tentulah dia akan bersungguh-sungguh untuk mencari-Nya dan bersyukur kepada-Nya. Melalui pemahaman inilah, terciptalah ibadah (pengham­baan diri), kerana ibadah itu memang merupa­kan bentuk manifestasi bersyukur kepada Tuhan Yang memberi nikmat, iaitu Allah s.w.t.


2. Menerima nikmat: menyambutnya dengan memperlihatkan kefakiran kepada Yang mem­beri nikmat dan hajat kita kepada-Nya, dan bahawa berlangsungnya semua nikmat yang diterima itu bukan kerana memang hak kita untuk mendapatkannya, kerana sesungguhnya Allah memberi kita banyak nikmat sebagai kurnia dan kemurahan dari-Nya semata-mata.


3. Memuji Allah di atas nikmat yang telah diberikan oleh-Nya; dan pujian yang berkaitan dengan nikmat ini ada dua jenis, iaitu:


a. Bersifat umum, iaitu dengan memuji-Nya ber­sifat dermawan, pemurah, baik, luas pemberian-Nya, dan sebagainya.


b. Bersifat khusus, iaitu dengan memperkatakan nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh-Nya kepada kita dan kita ungkapkan bahawa semuanya itu telah kita terima.
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendak­lah kamu menyebut-nyebutnya (dengan ber­syukur).” (QS. Adh-Dhuhaa (93): 11)
Sehubungan dengan perintah untuk menyebut-nyebut nikmat ini, ada dua pendapat, iaitu:
a. Dengan menyebut-nyebutnya dan memperinci­kannya, misalnya: “Allah telah mengurniakanku anu dan anu.” Oleh kerana itulah, sebahagian ulama tafsir ada yang mengatakan berkenaan dengan makna ayat ini: “Bersyukurlah atas nikmat-nikmat yang telah diberikan-Nya kepadamu dan yang disebutkan-Nya dalam surat ini, iaitu melindungimu selepas kamu dalam keadaan yatim, memberimu petunjuk sesudah kebingungan, memberimu kecukupan sesudah kekurangan.”
b. Menggunakannya untuk ketaatan kepada-Nya.
Menyebut-nyebut termasuk perbuatan memuji Allah. Oleh kerana itu, hendaklah kita memuji Allah dengan menyebut asma-asma yang sesuai dengan kedudukan bersyukur, misalnya Maha Pemberi anugerah, Maha Pemurah, Yang mem­punyai kurnia yang besar, Allah Mahaluas, anugerah-Nya sangat banyak, dan sebagainya.
Sehubungan dengan hal ini, Jabir r.a telah menyebutkan sebuah Hadith yang berkecenderungan kepada marfu‘, iaitu:
“Barang siapa yang diberi kebaikan, hendaklah dia membalasnya; dan jika tidak punya sesuatu untuk membalasnya, hendaklah memuji pemberi­nya, kerana sesungguhnya apabila dia memuji pihak yang memberinya, bererti dia telah ber­terima kasih kepadanya. Akan tetapi, jika dia menyembunyikannya, bererti dia telah meng­ingkari kebaikannya. Barang siapa yang meng­hiasi dirinya dengan apa yang tidak diberikan kepadanya, sama sepertinya dengan orang yang mengenakan sepasang pakaian dusta.” (HR. Tirmidzi)
Di antara kalimat yang menunjukkan makna sanjungan ialah kita kepada orang yang memberi kebaikan kepada kita:
Jazaakalloohu khoiron katsiron.
“Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan yang banyak” (HR. Muslim)
dan memang do‘a pun dapat dijadikan sebagai saranan untuk mengucapkan terima kasih.


Manusia berkaitan dengan mensyukuri nikmat ada tiga perkara:


1. Orang yang mensyukuri nikmat dan memuji pemberinya.
2. Orang yang mengingkarinya dan menyembu­nyikannya.
3. Orang yang berpura-pura dirinya termasuk orang yang bersyukur, padahal bukan terma­suk ahlinya, bahkan sama dengan apa yang telah disebutkan dalam Hadith orang yang berpura-pura kenyang dengan apa yang tidak diberikan kepadanya bagaikan orang yang mengenakan sepasang pakaian dusta.
An-Nu‘man ibnu Basyir telah meriwayatkan Hadith berikut:
“Barang siapa tidak mensyukuri yang sedikit, bererti tidak boleh mensyukuri yang banyak; dan barang siapa tidak berterima kasih kepada orang lain, bererti dia tidak bersyukur kepada Allah.” (HR. Ahmad)
“Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalah kufur. Bersatu akan membawa rahmat dan bercerai-berai akan mendatangkan azab.” (HR. Ahmad)
Menyebut-nyebut nikmat sesuai dengan yang diperintahkan dilakukan dalam hati dan juga kepada orang lain. Akan tetapi, jika di kalangan orang lain terdapat orang-orang yang mendengki­nya, sehingga jika yang berkaitan merahsiakannya, maka ini bukan termasuk sikap kufur nikmat. Kerana dia menyembunyikan nikmatnya bukan kerana kikir dan melalaikan hak Allah, melainkan untuk menghindari terjadinya kerosakan akibat kedengkian orang lain dan tipu muslihat serta bahaya yang akan ditimbulkan olehnya, sedangkan menolak bahaya itu termasuk hal yang dianjurkan oleh syari‘at.
Adapun sehubungan dengan pengertian mem­balas nikmat, maka hal ini tidak mungkin dapat dilakukan bila ianya berhubungkait dengan hak Allah.
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah.” (QS. Al-Hajj (22): 37)
Tiada jalan untuk memberikan balasan kepada-Nya, dan sekarang yang tertinggal adalah masalah memuji-Nya, iaitu dengan menggunakan nikmat-Nya untuk hal-hal yang diredhai oleh-Nya. Adapun memberikan balasan kepada-Nya, maka tiada jalan untuk itu, sebab Allah tidak berhajat sedikit pun kepada makhluk-Nya.

Kewajiban kita kepada Allah berhubung dengan nikmat-nikmat-Nya ialah:


1. tunduk kepada-Nya seperti hormat pihak yang berterima kasih kepada pihak yang telah memberi kebaikan kepadanya;
2. mencintai-Nya seperti kecintaan pihak yang berterima kasih kepada pihak yang telah berbuat baik kepadanya;
3. mengakui nikmat yang telah diberikan oleh-Nya;
4. memuji-Nya atas nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh-Nya; dan
5. tidak menggunakan nikmat-Nya untuk hal-hal yang tidak disukai oleh-Nya, tetapi mengguna­kannya untuk hal-hal yang diredhai oleh-Nya.
Apabila nikmat itu bersifat relatif, maka apakah demikian pula halnya dengan bersyukur? Sebagai jawapannya dapat dikatakan: “Ya.”
Bersyukur kepada Allah itu dilakukan dengan hati, lisan, dan semua anggota tubuh.

Perginya Seorang Pejuang......

Ahad, 14 Jun 2009

(al-Fatihah buatmu wahai pejuang gerakan Islam tersohor)

Hari ini dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang pendakwah dan aktivis serta penulis yang dikenali di seluruh dunia Islam, As-Syaikh Fathi Yakan. Beliau yang merupakan pengarang kitab Maza Ya’ni Intima’i Lil Islam (Kenapa Saya Menganut Islam) yang menjadi rujukan di dalam program-program usrah dan tamrin telah meninggalkan nama yang harum di dalam medan dakwah.


Sumber AFP menyatakan:Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara Lubnan.


Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Latar belakang Fathi Yakan


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.


Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.


(Terkejut dengan berita kematian beliau...buku beliau yang paling popular-Maza ya'ni Intima'i Lil Islam pun belum habis ana menelaah lagi....)
Isha Latek
Kidurong Lot 16
13/6/2009
1.21 p.m.

Selamat Tinggal Petronas..Jumpa lagi..




Assalamualaikum wbt..



Hurm..lama dah tak update blog ana ni..ialah,banyak kerja yang perlu dibuat antara bulan 5 dan 6 ni..dengan aktiviti jemaah yang programnya tiap-tiap mgu ada...nak buat laporan akhir Latihan Industri lagi..boleh dikatakan tak cukup tangan nak handle semuanya..tapi itulah yang dinamakan ujian dari Allah swt.. Tidak diciptakan manusia itu dengan sia-sia sahaja melainkan ada kepentingannya di dunia ini..span class="fullpost"> Jadi tidak bolehla dijadikan alasan kenapa kita boleh bersenang-senang untuk hidup ini kerana nakkan hasil yang senang mestilah melalui cara-cara atau jalan yang susah...macam tu jugak kalau nak masuk syurga...mestilah bersusah-susah kat dunia nih..baru dapat hasil kat akhirat..betulkan ana kalau tersilap fakta ni..hehe..



Apa-apa pun ana dah pun melalui 6 bulan Latihan Industri yang getir...tetapi ditemani jugak dengan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan..kalau nak cerita kat sini samapai subuh nanti pun lom tentu habis nak bercerita ni...



Apa-apa pun..terima kasih kepada semua pihak yang menolong ana di MLNG baik dari segi nasihat,pengalaman yang dikongsikan dan semangat moral yang diberikan amat membantu diri ana ini untuk terus bersemangat bekerja di MLNG walaupun sekadar ber'tittle'kan 'Trainee" kat MLNG(tapi elaun masuk rm500 jugak..hehe)....










Kem Remaja BIC 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Kem Remaja BIC

Antara program menarik :

- Bengkel Smart Matematik
- Gotong-royong amal membersihkan masjid
- Tasmi' bacaan solat
- Bacaan surah al-Mulk

Pendaftaran : 3.00 pm (6 Jun 09)
Penutupan : 3.00 pm (7 Jun 09)

* Selamat berprogram adik-adikku yang telah mendaftar jadi peserta..insyaAllah ada manfaatnya....

Bintulu Interactive Circle

Khamis, 4 Jun 2009

ALHAMDULILLAH, Bintulu Iqra Center mengorak langkah dengan mewujudkan Blog untuk Remaja BIC.
Anda dapat melayari Blog Remaja BIC ini dengan "klik" pada logo Remaja BIC di ruangan kiri Blog BIC ini. Insyaalah blog ini akan dimuatkan dengan perkongsian-perkongsian mengenai remaja, program-program yang dilaksanakan dan lain-lain lagi.
Kepada semua pihak yang menjayakan Remaja BIC, selamat maju jaya. Semoga terus diberi istiqamah oleh Allah.