Tarbiyyah : Satu Proses Pengalaman

Khamis, 28 Oktober 2010

Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari menulis.

Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukanlah masalah.

Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri.

Bagaimana menghadapinya.

Bagaimana mengendalikannya.

Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian. Tidak dapat datang usrah. Tidak dapat datang mesyuarat dan macam-macam lagi pengajian.

Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal. Solat tidak berjamaah,tinggal zikir ma’thurat,tidak ada masa untuk al-Quran juga tidak dapat bangun malam bertahajjud.

Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan,terabai langsung amal-amal fardi.

Alasan yang datang dari nafsu dan kerendahan himmah seorang yang mengaku pejuang..!

Jesteru,tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah.

Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah. Namun, ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu,berpegang dengan fikrah juga pengalaman mengandalikan diri dalam berhadapan dengan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.

Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman. Bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup. Bagaimana rasanya beramal dan merasai lazat beramal. Bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan. Bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.

Oleh itu,jika pernah rasa senang maka kena rasa juga lemah. Jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah. Jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. Semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan reality perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya.

Firman Allah Azza wa Jalla yang bermaksud :

“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah lagi dating pertolongan Allah’ Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir”.

Al Baqarah : 214

Oleh itu,ya abnai,kukuhkan amalanmu,terjunlah ke medan perjuangan,tinggalkanlah alam mimpi fikrah dan idealismamu.

Nescaya antum bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar.

Menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi.

Edit semula nukilan Abi

Festival Busana Muslim : Di Mana Sensitiviti Kita ?

Sabtu, 23 Oktober 2010
Sekarang ini heboh dengan isu Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dan banyak pula pandangan dan respon manusia yang melihat kesan dan akibat dari progam yang dikatakan “Islamik” kononnya.

Ada yang berdiam diri.

Ada yang mengutuk hebat.

Ada yang membuat bantahan aman.

Dan berbagai lagi tindakan seumpama dan sebaliknya.

Saya bukanlah hendak mengulas panjang lebar berkenaan dengan isu tersebut kerana sudah banyak saluran dan media alternatif menyampaikan maklumat yang hampir sama dan serupa berkenaan dengan isu Festival Busana Muslim tersebut. Tetapi,suka hendak saya mengajak anda untuk berfikir dan berzikir dalam bentuk persoalan yang mungkin.

Di manakah sensitiviti kita sebagai seorang umat Islam apabila berlaku kemungkaran yang besar lebih-lebih lagi penghinaan terhadap Nabi Muhammad serta Islam itu sendiri ?

Dari Abi Sa’id al-Khudri radiyallahu ‘anh katanya : Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendakla ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.

(Hadith Riwayat Muslim)

Sudah pasti jika kita melihat gambar-gambar model yang memakai pakaian yang dikatakan kononnya ‘islamik’ tidaklah se’islamik’ yang berpandukan Quran dan Sunnah. Malah pemakaian penampilan model tersebut tidak bersyariat dan menyebabkan maksiat pula. Ini adalah satu kemungkaran yang WAJIB dicegah. Ditambah lagi dengan penggunaan nama Nabi kita yang mulia,Muhammad Habibullah, yang dalam keadaan terbalik pada salah baju salah seorang model Festival Busana Muslim tersebut.

Sekali lagi saya ingin menekankan kepada andakhususnya yang beragama Islam bahawa dimanakah letaknya keseriusan anda dalam menangani hal ini. Saya memerhati respon para peminat facebook,blogger dan seumpanya masih dalam kesedaran yang kurang. Mungkin ada yang perasan isu ini tetapi tidak diambil endahkan.

Hal ini agak merisaukan saya melihatkan ketidakpedulian anda dalam isu yang sebesar ini. Sekurang-kurangnya luahkanlah ketidakpuasan hati anda kepada PIHAK KERAJAAN ini sebagai tanda kita menentang kemungkaran ini atas dasar kita mengubahnya dengan lidah dan hati kita.

Sudah pasti kita tidak mampu untuk mengubah kemungkaran ini dengan KUASA kerana pihak yang menyokong dan mendokong usaha program Festival Busana Muslim ini adalah pihak yang diberikan KUASA untuk memerintah. Tapi JAHIL dan BODOH untuk membezakan lagi yang mana satu BATIL dan yang mana satu yang dikatakan HAK.

Yang pasti manfaatkanlah LIDAH dan HATI ini untuk mencegah kemungkaran yang sudah terang lagi bersuluh ini.

Berikut sebahagian gambar yang say terima dari sahabat-sahabat berkenaan prgram Festival Busana Muslim..

Lihat Dan Renungkanlah....





IPTA : Rekrut JI atau Masalah Sosial ?

Khamis, 21 Oktober 2010


Ustaz Fadzil Noor pernah sebut. Kita berjuang bukan untuk mencari kebenaran.Sebab kebenaran itu telah ada.Nabi telah bawa kebenaran itu tapi kita berjuang ini untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya.Tempat tertinggi.

Jangan kita merasa terlalu takut dengan desakan atau ugutan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.Mereka mengugut kerana mereka takut kepada kebenaran.Sebab itu mereka menyembunyikan perkara yang boleh menggugat mereka.Walaupun perkara tersebut adalah kebenaran.Mereka menyembunyikan kebenaran.malah lebih buruk lagi, mereka meletak kebenaran bukan pada tempat yang sesuai.

Isu ini mungkin satu isu yang telah lama tapi perlu juga kita mengimbau buat ingatan.Kalau di lupakan saja, maka golongan sesat ini akan terus bermaharajalela.Mereka saja untuk mengubah topik atau isu.Isu berkenaan JI menular ke IPTA.Kita minta mereka buktikan.Sampai sekarang tidak ada bukti.

Kalau perkara benar mesti ada bukti.Kenapa mereka tidak berani mengemukakan bukti kepada umum.Perkara ini serius yang melibatkan keselamatan negara.Sepatutnya perlu kepada penjelasan kepada rakyat supaya rakyat boleh berjaga- jaga.Isu ini berkaitan keselamatan negara. sepatutnya pihak kerajaan lebih bertanggungjawab memberi penjelasan yang lebih telus dan terang.Kenapa perlu sembunyi dan di lihat ada kesamaran dalam isu ini.

Kita minta,secara baik pihak bertanggungjawab menjelaskan isu ini kepada rakyat supaya lebih jelas.
Apa yang kita tahu, sejak sekian lama IPTA tidak melahirkan pengganas seperti JI, tetapi jelas IPTA mengrekrut masalah sosial masyarakat.Tidak ada polisi mengelakkan pergaulan bebas, aktiviti hedonisme dan maksiat di kampus yang dilihat barah dalam masalah ummah.

Kenapa kerajaan tidak mengambil serius perkara ini?Malah membiarkan saja.Lebih malang apabila mereka lebih mementingkan bangsa berbanding agama.Sepatutnya, polisi sebegini yang mesti di ambil tahu juga oleh kerajaan tetapi kerana kepala kerajaan yang telah rosak, maka badannya juga menjadi rosak.Masalah- masalah sebegini telah memberi sumbangan kepada penzinaan, buang bayi melibatkan pelajar IPTA.Malah ada kemungkinan juga bayi di buang di dalam kampus.

Aktiviti maksiat di luluskan,hiburan melampau menyebabkan orang islam menjadi lalai.Tidak solat dan ponteng puasa.Kenapa aktiviti sebegini mudah di luluskan.Adakah pihak pentadbiran IPTA jahil agama?Tidak ada penasihat? atau tidak ada polisi dari akta IPTA?

Sistem pakaian yang mendedah aurat.Sahsiah rupa diri yang rosak.Meluluskan sahsiah rupa diri yang menunjukkan kejahilan pemerintah.Masalah- masalah seperti ini tidak di bendung.Mungkin satu ketika akan keluar kenyataan pelajar IPTA paling ramai menggugurkan anak ataupun statement, bayi di buang di IPTA.. sedarlah.

Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

sumber rujukan : Harakah Daily