Bermusafir Lagi : Janda Baik Punya!!!! [Catatan 2]

Isnin, 28 Mac 2011
Bertolak dari Shah Alam ke KL Sentral memakan masa hanya setengah jam sahaja menggunakan perkhidmatan LRT.

Setibanya di KL Sentral menanti sahabat berkumpul bersama-sama untuk pergi dalam satu rombongan.

Abang Hafeezan,Abg Hamdan,Wan Lukman dan beberapa lagi sahabat dari Universiti Teknologi Petronas turut bersama.

Dan sentiasa diselangi dengan telatah Wan Lukman,pelajar KIPSAS juga merupakan sahabat rapat semenjak 3 tahun yang dulu lagi.

Lawaknya tak berkesudahan. Boleh saja pecah perut ini hanya disebabkan ketawa sahaja. Kelibatnya sahaja sudah mampu memancarkan senyum di bibir setiap sahabat yang bertemunya dengannya.

MENCARI JANDA BAIK

Perjalanan diteruskan mencari janda baik,berdebar –debar rasanya kerana ramai yang sudah menanti kehadiran kami.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dalam suasana persekitaran yang begitu sibuk.

Dari Selangor memasuki sempadan negeri Pahang. Terus mencari janda baik untuk pertama kalinya.

Akhirnya,tiba menemui janda baik.

Dia tenang,rasa tenteram jiwa melihatnya.

Bila malam terasa sejuk bersamanya bersama angin sepoi-sepoi bahasa.

Kadang-kadang angin menggila tapi dia tetap tenang sebagai janda baik yang bahagia.

Walaupun dia tidak besar tetapi mata ini tetap luas memandang indahnya.

Tenang jiwa ini setenang kawasan Janda Baik,Pahang. Bukan janda yang baru diceraikan ya.


GENG ANAK SARAWAK SUPER (GESPER)

Kem ini khas untuk anak-anak Sarawak khususnya yang berada di semenanjung bagi merapatkan ukhuwwah dikalangan anak-anak Sarawak di setiap universiti yang berlainan di seluruh semenanjung.

Di samping untuk memberikan pengenalan kepada mereka untuk mengenal diri sebagai seorang individu muslim di muka bumi.

Banyak pengisian yang menarik berserta modul-modul yang menyegarkan minda diketengahkan bagi membuka kesedaran berfikir di kalangan anak-anak Sarawak.

3 hari bersama kalian merupakan satu pengalaman yang besar buat diri dalam mencari seni yang belum pernah dijelajahi. Kini mengumpulnya sedikit demi sedikit agar boleh dikongsikan rasa manisnya,boleh diluah rasa pahitnya. Susah dan senang kita bersama.

Banyak lagi hendak dikongsikan, tetapi biarlah dikongsikan kata-kata hati ini pada gambar kenangannya. Ada ilham kan kutuliskan lagi pada hamparan kertas putih ini.

klik link video kenangan disini...

http://www.youtube.com/watch?v=lkZqxit4REQ

Bermusafir Lagi : Kembara Mencari Seni Baru [Catatan 1]

Khamis, 24 Mac 2011
“Hujung minggu ini ana tiada kat Sarawak.”

“Enta nak ke mana? Gerakerja tak habis lagi nie,”Abg Salim menjawab,sahabat merangkap cikgu menengah di salah sebuah sekolah di Kuching.

“Ada program di K.L, dua program dalam satu masa..hehe,ala..tak lama la abg,kejap jer kat semenanjung tu..lagipun bukannya selalu tiada kat Sarawak.”

Ini kali ke-4 saya keluar dari kawasan Sarawak. Permusafiran yang jarang berlaku melainkan sekiranya ada program yang penting yang mesti dihadiri.

Kali ini akan bermusafir selama 3 hari ke Semenanjung Malaysia.

Destinasi pada kali ini ialah Kuala Lumpur.

Tempat yang belum pernah saya jelajahi lagi.

Ada sesiapa hendak membantu.

Tunjukkan jalan dan simpang.

Mudah-mudahan tidak tersesat mencari matlamat.



Tiba di Kuching,balik dari permusafiran di Kota Kinabalu,Sabah bersama sahabat.


PERINGATAN

Ada beberapa perkara yang selalu saya peringatkan kepada diri sebelum bermusafir ke sesuatu tempat. Di antaranya ialah :

1. Ikhlas niat.

- Selalu mengingati bahawa tempat yang hendak dituju merupakan satu ibadah. Ada KEPERLUAN yang perlu dilunaskan,bukannya KEMAHUAN yang mendesak semata-mata.

2. Keperluan diri.

- Duit mesti cukup SEKADARnya. Jangan terlampau kurang dan jangan berlebih-lebihan. Kalau tak cukup duit,pinjam daripada sahabat SEKADARnya sahaja.Tetapi,sebaik-baiknya janganlah meminjam. Terima kasih kepada sahabat yang sudi meminjamkan. [ AKAN DIBAYAR KEMUDIAN ]

- Pakaian dan keperluan lain pun sekadarnya. Kadang-kadang kepelikan tengok sahabat-sahabat yang lain yang pernah pergi program bersama,program 3 hari sahaja tetapi beg yang dibawa macam nak pergi melancong sebulan. Selalunya muslimat..ops..tidak semua..muslimin pun ada jugak macam tu.

- Tafsir quran,kamera,pen,buku nota sudah menjadi barang WAJIB yang dibawa. Nasib baik orang Sarawak,kalau tidak BUKU PASSPORT salah satu senarai wajib yang dibawa..Seronoknya jadi orang Sarawak,untuk buku passport itu sahaja.

Itu sahaja tips peringatan untuk diri. Sudah memadai untuk dijadikan sebagai perkongsian bersama. Dan tidak juga terlupa bahawa bermusafir ada juga kelebihannya. Doa orang yang bermusafir makbul jika permusafiran yang dilakukan berasaskan kepada syariat yang betul.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya : “Tiga doa yang SANGAT mustajab, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang dizalimi dan orang yang berMUSAFIR.”

(Riyawat Ahmad,Bukhari,Abu Daud & Termidzi)

p/s : kalau yang masih bujang tu,selalunya berdoa apa ya….hanya mampu tersenyum!!!

Bersabarlah Wahai Hati

Isnin, 14 Mac 2011

Pada detik-detik ringkas ini

Mengapakah perjalanannya agak jauh sekali

Setiap langkahan harap melambatkan waktunya

Bisakah berlalu pergi mengundang sepi

Hati ini berbicara

Berkata gila mencari makna

Dalam diam warasnya

Bergelora

Bergelodak

Bergoncangan

Debarannya begitu hebat sekali

Dalam keliru arah tuju

Bersabarlah wahai hati

Mungkin bukan waktu suka

Mungkin bukan waktu ceria

Mungkin bukan waktu bahagia

Ingatan Ilahi lebih mengerti

Situasi dan konklusi

Pasti tiba memahami……