Memaparkan catatan dengan label Amalan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amalan Hati. Papar semua catatan

Rumus Hati Yang Tenang

Selasa, 7 Ogos 2012

Seorang ustaz bertanya, "Apa yang paling mahal di Korea?" Ada yang menjawab gadjet, kereta, cincin dan sebagainya.

Kemudian ustaz tersebut meneruskan penceritaannya.

"Yang paling mahal di Korea, yang paling mewah di Amerika Syarikat, di Eropah atau di mana-mana sahaja di muka bumi ini ialah hati yang tenang."
"Betul tak?" Soal ustaz itu lagi. Sengaja membuat teka teki.
"Rumah umpama mahligai boleh dimiliki. Kereta yang mewah boleh dipunyai. Wang ringgit bertimbun boleh dicari. Tetapi, belum tentu mendapatkan hati yang tenang." 
Hati Yang Tenang
Ternyata, sesuatu yang tidak dapat dibeli di dunia ini ialah tenangnya hati. Walaupun mempunyai perniagaan yang megah. Jika dengan kemewahan menunjukkan seseorang itu mendapat sesuatu yang termahal, namun mengapa masih ada yang membunuh diri ?
Walaupun mempunyai harta yang melimpah ruah. Kenapa jiwa merasa sengsara?
"Siapa yang mahu mengetahui ilmu hati tenang?" Ustaz bertanya. Semua yang hadir menjawab, "Mahu". Hampir serentak menjawab.

Rumus tenangnya Hati 
Orang yang merasa tidak tenang bukan kerana masalah yang dihadapinya tetapi dia tidak tahu apa tujuan hidupnya. Dan kurang ilmu dan faham untuk mengatasi masalahnya. 
Sebagai contoh, seorang lelaki tertinggal kunci dalam keretanya. Sudah diikhtiar untuk membuka pintu kereta tetapi tidak juga berhasil. Tiba-tiba datang seseorang memberikan bantuan. Dia mengeluarkan sesuatu dan mencungkil bahagian kunci pintu kereta. Tidak sampai seminit, pintu kereta dapat dibuka. Lelaki yang memiliki kereta itu mengucapkan terima kasih tanpa menyedari bahawa orang yang membantunya tadi adalah seorang bekas pencuri kereta.
Bekerja tidak tahu tugas, sudah pasti akan dibuang kerja.
Menanak nasi tidak tahu cara, nasi pula akan menjadi bubur.
Membuat baju tidak tahu teknik, tidak dapat dipakai.
Persoalannya, adakah kita memahami atau tidak ilmu hidup di dunia ini ?
Kalau tidak, sudah pasti hidup terasa kosong, jiwa merasa gusar, hati tidak akan tenang. Allah SWT telah berfirman dan menyatakan hakikat penciptaan manusia ke dunia ini.
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku" 
(Surah Az-zariyaat ayat 56)
Yang pasti, apabila kita sudah mengetahui dan memahami apa tuntutan kehidupan kita, pasti akan disusuli dengan amalan-amalan yang baik dan sentiasa mengucap syukur ke atas-Nya kerana dikurniakan taufik dan hidayah. 
Demikianlah jika  kita analogikan dengan mesin. Apabila kita tidak tahu menggunakannya, maka mesin tersebut akan mudah rosak dan tidak berguna. Justeru, apabila kita tahu 'menggunakan' hati kita dengan sentiasa mensyukuri nikmat dan ujian yang Allah beri, maka akan membawa ketenangan di dalam diri. 
Moga rumus tenang hati membahagiakan dunia dan akhirat kita.
"TENANG HATI = FAHAM pada ilmunya + TERLATIH pada amalnya + BERZIKIR pada syukurnya"


Apakah Sama Sebelum Dan Selepasnya

Rabu, 22 September 2010

‘Aku nak makan puas lepas ni..Tak kisah la kalau masuk ke tandas dua tiga kali..Janji aku kenyang sakan.’

‘Mari kita jalan raya dulu..Ala,nanti bila sampai di rumah Amin kita solat la berjemaah di rumahnya nanti..Amin dah tunggu tu..Kalau kita solat kat masjid dulu nanti lama pulak dia tunggu kita.’

Sudah biasa mendengar kenyataan-kenyataan sebegini pada setiap tahun di hari lebaran yang mulia. Bahkan mungkin ada lagi kenyataan yang lebih hebat dari kenyataan di atas. Itulah hakikat yang perlu diterima logiknya kerana bukan semua orang mampu membuat perubahan secara serentak dan dalam waktu yang sama. Inilah yang diertikan sebagai ‘tabiat’. Iaitu satu perlakuan atau sikap yang sukar untuk diubah dan memerlukan masa yang panjang jika ingin melakukan perubahan.

Latihan Ramadhan

Seringkali kedengaran bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan latihan untuk menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik dan mampu membentuk kualiti diri yang hebat. Memang saya tidak nafikan kebenaran tersebut.

Manakan tidaknya,kalau kita menyelusuri sirah,sudah tentu kita ketahui bahawa kebanyakan peperangan yang dilalui oleh tentera Islam dimenangi pada bulan Ramadhan iaitu diantaranya Pembukaan Kota Mekah,Perang Badar,Peperangan Ain Jalut,Penaklukan Kota al-Andalus dan Peperangan al-Hattin.

Walhal kalau dinilai logiknya sudah tentu tentera-tentera Islam tidak mampu untuk menghadapi peperangan kerana berpuasa di siang hari dan memerlukan tenaga yang cukup untuk melawan musuh Islam pada ketika itu.

Inilah yang menjadi kekuatan sebenar tentera Islam pada ketika itu kerana memahami erti puasa yang sebenar dan dihayati dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kewajipan yang diberikan.

Kerana puasa bukan semata-mata melatih sifat dan sikap tetapi melatih kuat rohani diri,yakni kekuatan dalaman kita. Teorinya umpama kita makan. Makanan akan memberikan kekuatan pada tenaga dan potensi diri tetapi makanan dalam bentuk ibadah pula akan menguatkan pula rohani dan potensi dalaman diri. Jesteru tidak hairanlah kalau kemenangan sentiasa dimiliki oleh tentera Islam di bulan Ramadhan pada ketika itu.

Letihan Ramadhan

Berbeza pula dengan keadaan seperti sekarang. Kita tidak berperang lagi. Saya khususnya keadaan kita di Malaysia. Tetapi berapai ramai orang Islam sentiasa ‘kalah’ semasa di bulan Ramadhan.

‘Ada yang tidur sepanjang hari’

‘Ada yang membatalkan mesyuarat selama sebulan di bulan Ramadhan’ (Biasalah,kalau ada mesyuarat adalah makan-makan)

‘Ada yang terlalai di bazar Ramadhan sehingga waktu-waktu fardhu diabaikan’

‘Ada yang sibuk di Lailatul Kamdar dan bukannya sibuk mencari Lailatul Qadar’

...dan sebanyak macam alasan dan kerenah lagi di bulan Ramadhan.

Yang pasti ianya realiti.

Sudah terang lagi bersuluh.

Macam mana hendak melahirkan individu muslim yang berkualiti andai makna puasa ini masih belum dimengertikan sedalam yang mungkin konsep dan perlaksanaannya. Teori dan praktikalnya. Definisi dan pengamalannya.

Hari ini orang Islam sudah dikalahkan tidak lagi secara peperangan yang nyata melibatkan kekuatan tenaga dan stategi tetapi kalah dek dikawal oleh hawa nafsu yang memang di antara salah satu musuh Islam yang merbahaya wabaknya.

Benarlah seperti apa yang dijelaskan oleh Nabi kepada para sahabat bahawa peperangan yang paling besar itu bukanlah ketika berperang dengan musuh-musuh Islam bahkan peperangan yang paling besar umat Islam ialah peperangan melawan nafsu diri yang cuba untuk sentiasa mengawasi.

Inilah letihan Ramadhan yang mengundang bencana kepada umat Islam bahkan musibah yang berlaku ini terjadi di antara bulan yang paling mulia,bulan Ramadhan.

Iktibar

Jesteru,kembalilah kita menilai diri apakah sama seperti sebelumnya amalan-amalan yang kita laksanakan ketika di bulan Ramadhan dan selepasnya. Kerana latihan Ramadhan akan menampakkan hasilnya selepas Ramadhan. Adakah kita masih istiqamah dengan amalan ibadah yang kita laksanakan ketika di bulan Ramadhan.

Yang pasti janganlah ada insan yang begitu ‘istiqamah’ sehinggakan solat sunat tarawih pun dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Seni ini mengajak kita untuk menghayati keindahannya bukan memaksa diri untuk mengindahkannya.

Ibnu Abbas As-Syakirin

22/09/2010

12.26 p.m

Konsep Kesederhanaan Sebagai Tauladan

Rabu, 19 Mei 2010

Sebagai seorang islam mana-mana pun boleh sembahyang,tentunya bukan hanya di masjid.Janji solat 5 waktu yang menjadi kewajipan umat islam perlu ditunaikan tanpa mengira dimana kita
berada.
Contoh yang baik dan mungkin satu dakwah oleh Tok Guru Nik Aziz,beliau menunaikan solat dalam pondok tepi sawah apabila sampai waktunya.

Mungkin beliau tidak mahu melengah lengahkan solat sebagaimana dituntut agama islam. Terharu gak tengok walaupun dah 20 tahun jadi MB tapi sanggup lagi sembahyang kat pondok tepi sawah.
Satu contoh kesederhanaan yang masih di kekalkan Tok Guru.
Bagaimana dengan kita? tentunya akan cari Masjid yang agak selesa siap ngan kipas lagi,lewat pun takpe janji waktu belum habis lagi. Betul tak ?
Entahlah,tepuk dada tanya iman..salam

Tiap-Tiap Tahun Baru..Niat?

Jumaat, 1 Januari 2010
Dari Amir Al-mu’minin Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab radiyallahu ‘anh, katanya : Aku dengar Rasulullah sallahu ‘alayhi wasallam bersabda : Hanya segala ‘amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Diriwayatkan hadith ini oleh dua orang Imam hadith iaitu Abu ‘Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya, iaitu kitab yang amat sahih di antara segala kitab yang pernah disusunkan.
Alhamdulillahi rabbal’alamin

Bersyukur kita ke hadrat Allah subhanawata’ala dengan nikmat kurniaan-Nya masih lagi kita diberikan kesempatan untuk menghirup nafas baru..nafas tahun baru yang kini sudah memasuki tahun 2010..

Masih juga tidak dilupakan dengan tahun baru Islam yang masih segar juga walupun kini sudahppun memasuki tanggal 15 Muharam 1431 Hijriah.

Apa-apapun jua 2009 sudah pun meninggalkan kita kini kita berteman dengan hari-hari yang baru,bulan-bulan segar,waktu-waktu yang muda dek tahun yang baru..2010. Kalau sekarang ini sudah tentu di pasar-pasar, Mega Mall, Parkson dan banyak lagi kedai-kedai akan dikerumuni oleh insan-insan yang merebut nikmat ‘gelora hujung tahun’. Manakan tidaknya, jualan murah untuk menghabiskan jualan stok di sana sini. Tak kurang juga ada yang berpusu-pusu untuk membeli barangan sekolah..baju baru,alat tulis,kasut,stoking dan macam-macam lagi untuk anak-anak mereka menghadapi zaman persekolahan yang dianggap dunia baru bagi mereka di tahun baru.

Selain itu ada juga yang berazam untuk menjadi orang yang lebih berjaya dari tahun sebelumnya,mahu lebih kaya dari tahun sebelumnya dan segala macam mahu yang dimahunya..

Tetapi sahabat-sahabiah yang dirahmati oleh Allah subhanawata’ala, cuba kita imbas muka dan renungkan sedalam-dalamnya rakaman-rakaman aksi kita sepanjang tahun 2009.

Apa kata hati?
Apa bicara nafsu?
Apa kotak fikir rasa?
Di ruang legar atau sempadan nyata?

Kita sebagai seorang pendakwah di muka bumi Allah..pernahkah kita bertanya…

Apakah kita pernah terfikir apa yang kita azam dan apa yang kita niatkan semuanya semata-mata untuk keredhaan Allah swt?

Apakah amalan kita sepanjang tahun 2009 yang baru berlalu adalah amalan yang benar-benar berkualiti nilainya?

Oleh itu seharusnya pentingnya kita menjaga niat kita kerana niat yang terselit di hati ialah punca yang menentukan akibat amal. Baik amal itu kalau niatnya baik, jahat amal itu kalau niatnya jahat sekalipun amal itu pada zahirnya baik. Malah niat itu pula adakalanya dapat mengubah sesuatu perkara dan adat,menjadikan ia suatu jenis ketaatan dan jalan ke arah perdampingan kepada Allah.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud :

“Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama kerana-Nya, dengan menjauhi kesesatan,dan (supaya) mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat,kerana demikian itulah agama yang lurus.”

Jesteru itu,marilah kita sama-sama berazam dan niat dengan seikhlas-ikhlasnya agar apa yang kita buat akan menjanjikan keredhaan Allah swt. Bersama-samalah kita berusaha supaya keikhlasan akan hadir pada diri kita dan sesungguhnya keikhlasan tidak akan hadir tanpa kesungguhan yang tinggi dan istiqamah dalam melakukan sesuatu gerak kerja.

Semoga di tahun baru ini harapnya azam dan niat kita akan terus berusaha untuk menaikkan syiar Islam khususnya di muka bumi Sarawak ini dan boleh memberikan sedikit sebanyak angin perubahan minda dan kata masyarakat .

“Bergeraklah ke gerbang jasa,kalah menang bukan alasannya”


Sedikit rujukan melalui Hadith 40 karya Mustafa 'Abdul Rahman-Hadith pertama

Mohd Hackal Ibn Abu Asr
1/1/2009
11.57
Institut Tahfiz Bintulu

Silsilah Amalan Hati(sambungan).....

Jumaat, 3 Julai 2009
BERSYUKUR DENGAN HATI

Bersyukur dengan hati menuntut pengeta¬huan hati dengan cara meyakini bahawa Allahlah yang telah memberikan segala macam nikmat yang dirasakannya. Kebanyakan manusia hanya mahu berterima kasih kepada perantara, tetapi tidak mahu berterima kasih kepada sumbernya. Kaedah ini penting dalam mendidik anak-anak, iaitu memperkenalkan kepada mereka dari mana datangnya semua nikmat yang ada.

“Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepa¬damu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan dari bumi. Tidak ada tuhan (yang berhak disem¬bah) selain Dia; maka mengapakah kamu ber¬paling (dari ketauhidan)?” (QS. Faathir (35): 3)
“Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah.” (QS. An-Nahl (16): 72)


Permulaan nikmat ialah nikmat diciptakan dan dilahirkan di dunia, sedang menunggu-nunggu datangnya nikmat dan mengenalnya merupakan tahap yang pertama untuk bersyukur. Banyak ayat tentang menghitung-hitung berbagai perkara nikmat agar manusia dapat mengetahui bahawa nikmat itu sangat banyak sehingga dia menge¬tahui bahawa banyaknya nikmat itu tidak terhitung jumlahnya.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidak¬lah kamu dapat mengirakannya.” (QS. Ibrahim (14): 34)

Akan tetapi, telah disebutkan kepada kita berkaitan dengan nikmat ini pelbagai hal yang bersifat cabang dan yang bersifat dasar. Yang ber¬sifat cabang dapat dikembalikan pada dasarnya, seperti sihat adalah nikmat yang dasar, sedangkan cabang darinya ialah seperti berjalan kaki, bekerja, bersukan, tidur, makan, minum, dan bermusafir. Manakala harta, waktu, dan ilmu, semuanya itu juga adalah nikmat yang dasar.

Namun demikian, anda boleh juga menggabungkan setiap nikmat itu ke dalam kelompok nikmat lain yang sejenis dan hampir dengannya. Allah telah memberi nikmat kepada kita sebagai makhluk-Nya selepas diciptakan dan diwujudkan, kemudian nikmat menjadi keturunan Adam a.s. Allah juga telah memberi nikmat kepada kita sebagai kaum muslimin selepas nikmat hidayah dan iman serta nikmat pendidikan yang dapat mengangkat martabat seseorang dari satu darjat ke darjat yang lain, menuntut ilmu dari satu cabang ke cabang yang lain sehingga mencapai tahap yang sempurna. Dan selebihnya itu adalah nikmat kenabian bagi orang-orang yang dipilih oleh Allah, orang-orang shiddiqin, para syuhada, dan orang-orang soleh.

Sesungguhnya pemecahan berbagai macam nikmat di kalangan masyarakat merupakan hal yang sangat penting dimana ianya termasuk dalam tugas dakwah. Allah s.w.t mengkhususkan hal ini kepada keturunan Adam kerana Dia telah menciptakan¬nya dengan tangan kekuasaan-Nya sendiri, seperti yang disebutkan dalam firman-Nya ketika Dia berkhithab kepada iblis:

“yang telah Kuciptakan langsung dengan tangan (kekuasaan)-Ku sendiri.” (QS. Shaad (38): 75)

Maka manusia itu adalah makhluk Allah yang sempurna dan dimuliakan oleh-Nya. Oleh kerana itulah, Allah menyebutkan berbagai jenis nik¬mat-Nya kepada mereka seperti yang disebutkan dalam ayat-ayat berikut:

“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin?” (QS. Luqman (31): 20)
“dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu.” (QS. Al-Baqarah (2): 22)
“dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menunduk¬kan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidak¬lah kamu dapat mengirakannya. Sesungguh¬nya manusia itu sangat zalim dan sangat meng¬ingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim (14): 32-34)


Dalam surat An-Nahl Allah s.w.t menyebutkan berbagai macam nikmat-Nya, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

“Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan darinya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluar¬kan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. Dan Dia menusukkan gunung-gunung di bumi supa¬ya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk, dan Dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bin¬tang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa), maka mengapa kamu tidak mengambil berat? Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentu¬kan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl (16): 14-18)

“Dan Allah menjadikan bagimu tempat berna¬ung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).” (QS. An-Nahl (16): 81)

“Mereka telah merasa memberi nikmat kepada¬mu dengan keislaman mereka. Katakanlah: ‘Janganlah kamu merasakan telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu. Sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepada¬mu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar.’” (QS. Al-Hujuraat (49): 17)
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agamamu.” (QS. Al-Maa-idah (5): 3)


Dari nikmat hidayah terjadilah nikmat ke¬amanan, ketenangan, lenyapnya semua kesulitan, keampunan, rahmat, keberkatan, kemudahan, dan rezeki yang luas.
Dan memang di antara tujuan dan saranan dakwah menuntut kita untuk membincangkan tentang nikmat-nikmat Allah kepada orang-orang yang kita seru agar dapat menyedarkan mereka untuk bersyukur kepada-Nya.
“Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (QS. Al-Baqarah (2): 243)

Sebahagian orang ada yang mengarah pada hal-hal yang pelik dalam mentafsirkan nikmat atau menisbatkannya kepada sumber yang batil atau bukan kepada sumber yang sebenarnya, seperti yang telah dilakukan oleh Qarun pada saat dia menye¬but nikmat Allah yang telah diperolehinya, lalu ia mengatakan sebagaimana yang telah diceritakan melalui firman-Nya:
“Sesungguhnya aku diberi harta itu disebabkan oleh ilmu yang ada padaku.” (QS. Al-Qashash (28): 78)

Keangkuhannya menyebabkan dia teperdaya sehingga menisbatkan nikmat bukan kepada yang telah memberinya, dan yang berbuat demikian hanyalah orang-orang yang celaka. Padahal Allah s.w.t telah berfirman sehubungan dengan hal ini melalui ayat-ayat berikut:
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (QS. An-Nahl (16): 53)
“Maka hendaklah manusia memerhatikan daripada apakah dia diciptakan?” (QS. Ath-Thaariq (86): 5)
“maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (QS. ‘Abasa (80): 24)
“Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?” (QS. Al-Waaqi‘ah (56): 69)
“dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyim¬pannya.” (QS. Al-Hijr (15): 22)
“maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum, kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak ber¬syukur?” (QS. Al-Waaqi‘ah (56): 68-70)

BERSYUKUR DENGAN LISAN

Lisan seseorang merupakan cara untuk mengungkapkan apa yang terkandung di dalam hatinya. Apabila hati seseorang penuh dengan rasa bersyukur kepada Allah, maka dengan sendiri¬nya lisannya akan sentiasa mengucapkan puji dan syukur kepada-Nya. Oleh yang sedemikian renungkanlah zikir-zikir yang biasa diucapkan oleh Nabi s.a.w. berupa pujian dan syukur kepada Allah Tuhan semesta alam.

1. Adalah Nabi s.w.t apabila bangun dari tidurnya mengucapkan do‘a-do‘a berikut:
Al-hamdu lillaahil ladzii ahyaanaa ba‘da maa amaatanaa wa ilaihin nusyuur.
“Segala puji hanyalah milik Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami sesudah mematikannya (menidurkannya) dan hanya kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan.” (HR. Bukhari)
Al-hamdu lillaahil ladzii ‘aafaanii fii jasadii wa rodda ‘alayya ruuhii wa adzina lii bi dzikrih.“Segala puji hanyalah milik Allah yang telah memberikan kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan rohku serta mengizinkan diriku untuk berzikir kepada-Nya.” (HR. Tirmidzi)

2. Apabila membaringkan tubuh di atas tempatnya untuk tidur, baginda mengucapkan do‘a berikut:
Al-hamdu lillaahil ladzii ath‘amanaa wa saqoonaa wa aawaanaa fakam mimman laa kaafiya lahu wa laa mu’wiya’.
“Segala puji hanyalah milik Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta tempat untuk bernaung, kerana banyak orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak pula tempat untuk bernaung.” (HR. Muslim)

3. Di antara zikir yang sering dibaca oleh Nabi s.a.w. pada waktu pagi dan petang ialah:
Alloohumma maa ashbaha bii min ni‘matin au bi ahadin min kholqika fa minka wahdaka laa syarika laka falakal hamdu wasy syukru.
“Ya Allah, nikmat apa pun yang aku dapatkan pada pagi hari atau didapatkan oleh seseorang dari makhluk-Mu, semuanya hanya berasal dari-Mu semata; tiada sekutu bagi-Mu, maka hanya milik-Mulah segala puji dan syukur.” (HR. Ibnu Hibban)
Barang siapa yang membacanya pada pagi hari, bererti dia telah menunaikan ungkapan rasa syukur malam harinya.

4. Do‘a berikut disebut penghulu istighfar kerana di dalamnya terkandung ungkapan berikut:
Abuu-u laka bi ni‘matika ‘alayya wa abuu-u laka bi dzanbii.
“Aku mengakui semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui pula se¬mua dosa yang telah kulakukan.” (HR. Bukhari)
Ungkapan ini merupakan pengakuan memperolehi nikmat dan pengakuan lalai dari mensyukuri nikmat yang bererti melakukan dosa.

5. Semua do‘a yang dipanjatkan dimulai dengan mengucapkan pujaan dan pujian kepada Allah dengan pujian yang layak bagi-Nya.

6. Demikian pula setiap kali melakukan khutbah Jum‘at, khutbah nikah, atau akan mengerja¬kan urusan yang penting, semuanya dimulai dengan bacaan hamdalah.

7. Membaca do‘a Iftitah dimulai pula dengan bacaan hamdalah, yaitu:
Alloohu akbar kabiirow wal hamdu lillaahi katsiiro wa subhaanalloohi bukrota wa ashiilaa.“Allah Mahabesar dengan sebesar-besarnya, dan segala puji hanyalah bagi Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya dan Mahasuci Allah di setiap pagi dan petang.” (HR. Muslim)
Surat Al-Fatihah dimulai dengan membaca ham¬dalah, dan do‘a selepas ruku’ dimulai dengan bacaan:
Robbanaa wa lakal hamdu.
“Wahai Tuhan kami, hanya bagi-Mulah segala puji.” (HR. Bukhari)
Begitu pula zikir-zikir yang diucapkan selepas salam dan juga dalam do‘a Tahajjud, iaitu:
Alloohumma lakal hamdu anta nuurus samawaati wal ardhi wa min fiihinn.
“Ya Allah, hanya bagi-Mulah segala puji. Engkau adalah cahaya langit, bumi, dan semua makhluk yang ada pada keduanya.” (HR. Bukhari)

8. Hamdalah dibaca pula selepas makan, minum, setelah ditanyakan mengenai keadaan, hendak bermusafir, atau selepas bersin.

9. Setiap saat Nabi s.a.w sentiasa mengucapkan pujian kepada Tuhannya, baik pada malam hari mahupun siang hari, dan di setiap bacaan hamdalah terdapat pahala sedekah.
Di tengah malam telapak tangan ‘Aisyah menyentuh telapak kaki Nabi s.a.w. yang sedang sujud dengan menegakkan kedua telapak kakinya lalu mengucapkan do‘a berikut:
Alloohumma innii a‘uudzu bi ridhooka min sakho¬thika wa bimu‘aafaatika min ‘uquubatika wa bika minka laa uhshii tsanaa-an ‘alaika anta kamaa atsnaita ‘alaa nafsika.
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada redha-Mu dari murka-Mu, dan aku berlindung kepada kemaafan-Mu dari hukuman-Mu; hanya Engkaulah yang dapat menghindarkan semua¬nya, kerana semuanya itu berasal dari Engkau semata-mata. Aku tidak dapat memuji-Mu sebagai¬mana layaknya kerana hanya Engkaulah yang dapat melakukan seperti apa yang Engkau pujikan atas diri-Mu sendiri.” (HR. Bukhari)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Mu‘adz r.a:
“Hai Mu‘adz, sesungguhnya aku suka kepada¬mu bila kamu tidak lupa membaca do‘a berikut usai mengerjakan setiap solatmu, iaitu: ‘Alloo¬humma a‘innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika.’” (Ya Allah, bantulah aku untuk selalu dapat memuji dan bersyukur kepada-Mu serta beribadah kepada-Mu dengan baik.) (HR. Nasa’i)

BERSYUKUR DENGAN SEMUA ANGGOTA TUBUH

Yang dimaksud dengan semua anggota tubuh adalah yang selain hati dan lisan. Tiada suatu amal ketaatan dan amal ibadah pun yang dilaku¬kan oleh anak Adam, melainkan di dalamnya terkandung ungkapan syukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Kesimpulannya bersyukur dengan semua anggota tubuh adalah mengerjakan amal soleh, lebih-lebih lagi di saat seorang hamba telah mencapai usia empat puluh tahun, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun, ia berdo‘a: ‘Ya Tuhan¬ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai.’” (QS. Al-Ahqaaf (46): 15)
Dalam ayat ini disebutkan bahawa permintaan kepada Allah agar dapat melakukan amal soleh diutarakan selepas permintaan memohon taufiq supaya boleh mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Maka dapat disimpulkan bahawa bersyukur itu tidak cukup hanya dilakukan dengan lisan semata-mata.
Di antara saranan yang dapat membantu seorang hamba untuk bersyukur dengan semua anggota tubuhnya adalah Hadith berikut:
“Setiap anak Adam pada pagi harinya, pada setiap anggota tubuh dan persendian tulangnya dibebankan untuk bersedekah.”
Maka bagaimanakah caranya agar dia dapat menunaikan syukur di atas 360 ruas persendian tulangnya? Setiap pujian adalah sedekah; setiap tahlil adalah sedekah; amar ma‘ruf adalah sedekah; dan menyingkirkan duri di tengah jalan adalah sedekah, sementara jumlah ruas persendian tulangnya ada 360 buah. Apabila seseorang dapat mensyukuri semuanya itu, bererti pada petang harinya dia telah dijauhkan dari neraka.
Jalan untuk bersedakah itu banyak. Ibnu Rajab telah menghimpunkannya di dalam Kitab Syarah Arba‘in Nawawinya melalui ungkapan bahawa sedekah badaniyah dapat dilakukan melalui ahli persatuan, seperti mengajarkan ahli persatuan latihan, memberikan pertolongan kepada orang bisu, mengajar, dan menggunakan waktu atau jabatan untuk menolong orang lain, dan sebagainya. Sebagai contohnya, Dzul Qarnain telah mengajarkan satu bangsa untuk membuat benteng untuk melindungi mereka dari serangan musuh-musuh mereka.
Ini bermaksud ialah bahawa seorang muslim diwajibkan untuk bersyukur kepada Allah melalui semua anggota tubuhnya dengan berbagai macam sedekah. Setiap kebajikan itu adalah sedekah, tetapi tidak cukup hanya dila¬kukan sehari saja, sedang pada hari yang lainnya tidak.
Berkenaan dengan bersyukur (berterima kasih) kepada orang lain, sebenarnya tidak bertentangan dengan bersyukur kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan kepada kita untuk berterima kasih kepada orang lain. Allahlah yang telah membimbing kita untuk berterima kasih kepada orang lain apabila mereka berbuat baik kepada kita. Kita harus membalas kebaikan mereka dan yang paling utama dalam hal ini adalah membalas kebaikan kedua orang tua.
“Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu.” (QS. Luqman (31): 14)
Dalam sebuah Hadith telah disebutkan:
“Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada orang lain.” (HR. Abu Dawud)
Berterima kasih kepada sesama makhluk sebenarnya tidak bertentangan dengan bersyukur kepada Allah. Akan tetapi, yang menjadi masalah ialah apabila seseorang berterima kasih kepada makhluk, sementara dia tidak bersyukur kepada Allah yang telah menciptakannya, ini adalah musibah.
Memang wujud perbezaan di antara bersyukur ke¬pada sesama hamba dan bersyukur kepada Tuhan.
Bersyukur kepada Tuhan bermaksud tunduk, patuh, dan menyembah-Nya, sedangkan bersyukur kepada sesama hamba, hal ini tidak boleh dilakukan, kerana sudah jelas kita tidak boleh menyembahnya, melainkan memba¬lasnya dengan memberikan sesuatu sebagai tanda terima kasih kepadanya, lalu mendo‘akannya dan memuji sikapnya.
Bersyukur kepada Allah berbeza pula dengan bersyukur kepada sesama manusia yang dipandang dari segi penghambaan diri, darjat, dan berbagai jenis ketaatan yang harus dilakukan kepada-Nya. Namun demikian, seseorang yang tidak ber¬terima kasih atas kebaikan orang lain termasuk manusia yang tercela, dan sudah pastinya apabila dia tidak mahu bersyukur kepada Allah s.w.t.
Nikmat semakin bertambah apabila disyukuri dan mensyukuri nikmat akan membuatnya terpelihara dari kehilangan.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim (14): 7)
Dalam ayat lain berkenaan dengan nikmat ini disebutkan oleh firman-Nya:
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada di bahagikan dari apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usa¬hakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Menge¬tahui segala sesuatu.” (QS. An-Nisaa’ (4): 32)

Silsilah Amalan Hati

Ahad, 28 Jun 2009

Assalamualaikum w.b.t


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmat-Nya keran Dia masih memberikan udara kepada kita ini untuk bernafas dalam umur akhirat kita yang sememang begitu pendek sekali.


Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad s.aw.Moga-moga dengan selawat ini kita dipermudahkan dan diberi syafaat kepada kita di Padang Penghitungan nanti..Dengan izin Allah.


Kesempatan ini, ana nak berkongsilah sedikit ilmu yang ada kat laptop ana nih..maklumlah ilmu kalau disimpan lama-lama akan hilang..Adalah lebih baik sekiranya jika dikongsikan bersama-sama dengan para pembaca blog yang berminat dengan pembacaannya.InsyaAllah ada manfaatnya untuk diri ana khususnya dan kepada pembaca sekalian.


Kali ini nak berkongsilah tentang satu topik yang penting kepada kita khususnya kepada para dai'e yang berjuang untuk agama Allah ini.Tajuk yang tertera ialah Silsilah Amalan Hati.Tajuk utama ini pula dipecahkan lagi kepada 4 bab utama iaitu Bersyukur,Redha,Bersabar dan Muhasabah Diri.Amalan-amalan hati ini adalah baik diamalkan untuk kita dapat mencapai darjat yang tinggi dan dekat kepada Allah s.wt


Adalah lebih baiknya kita lihat dahulu bab 1 iaitu Bersyukur bagi tajuk Silsilah Amalan Hati ini....


Bersyukur adalah sebaik-baik jalan kehidupan bagi orang-orang yang berbahagia. Tidaklah mereka menaiki tangga kedudukan yang tertinggi, melainkan berkat syukur mereka. Kerana iman itu terdiri dari dua bahagian, iaitu bersyukur dan bersabar, maka bersyukur merupakan suatu keharusan bagi orang yang mengharapkan keba­ikan bagi dirinya serta kepentingan kesela­matan dan kebahagiaannya.


Definisi bersyukur
Bersyukur menurut pengertian bahasa ertinya mengakui kebajikan. Dikatakan syakartullooha atau syakartu lillaah ertinya mensyukuri nikmat Allah. Bersyukur menurut terminologi bahasa boleh juga bererti pengaruh makanan pada tubuh haiwan. Haiwan yang bersyukur ertinya haiwan yang cukup dengan makanan yang minimum, atau haiwan yang gemuk hanya dengan makanan yang sedikit. Sebaliknya,lawan bagi kata syukur adalah kufur.


Bersyukur ertinya berterima kasih kepada pihak yang telah berbuat baik di atas kebajikan yang telah diberikannya, iaitu syakartuhu. Akan tetapi, menurut suatu pendapat lain bahawa yang lebih jelas lagi apabila dikatakan syakartu lahu. Syukroon lawan katanya ialah dari kufroon.
Isytakarotis sama-u ertinya langit menurunkan hujannya dengan lebat; dan dikatakan isytaka­rodh dhor-‘u ertinya payudara haiwan itu penuh dengan air susunya.


Bersyukur boleh juga diertikan bertambah dan berkembang.
Bersyukur menurut terminologi khusus ertinya memperlihatkan pengaruh nikmat Ilahi pada diri seorang hamba pada hatinya dengan beriman, pada lisannya dengan pujian dan sanjungan, dan pada anggota tubuhnya dengan mengerjakan amal ibadah dan ketaatan. Dengan demikian, sedikit nikmat pun memberikan idea untuk banyak bersyukur, lebih-lebih lagi jika nikmat yang diperolehnya banyak. Di antara para hamba itu ada yang bersyukur dan ada pula yang ingkar.
Syakartu lahu, aku berterima kasih kepadanya, dimuta‘addikan dengan memakai lam. Kafartu bihi, aku mengingkarinya, dimuta‘addikan dengan memakai ba. Ibnul Qayyim berkenaan dengan hal ini mempunyai pendapat yang lain dari yang lain. Dia mengatakan bahawa dikatakan demikian kerana pada hakikatnya yang disyukuri adalah nikmatnya, kemudian dinisbatkan kepada pihak yang memberinya. Oleh kerana itu, dikatakan sya­kartu lahu dengan dimuta‘addikan memakai lam. Berbeza halnya dengan kufur yang mengandungi erti mendustakan dan mengingkari nikmat. Oleh kerana itulah, mereka mengatakannya kafara billaahi, dia ingkar kepada Allah dan kafara bini‘matihi, dia mengingkari nikmat-Nya, kafara bi-aala-ihii, dia mengingkari tanda-tanda kekuasa­an-Nya. Oleh kerana itulah, diungkapkan dengan menggunakan ba ta‘diyah.


Bersyukur kepada Allah mempunyai beberapa kedudukan yang besar dalam agama


1. Allah telah menggandingkan perintah meng­ingat-Nya dengan perintah bersyukur kepada-Nya, yang kedua-duanya mengingatkan kepada nik­mat penciptaan. Adapun mengenai perintah bersabar dalam mengerjakannya merupakan saranan sebagai pengantaraan seorang hamba untuk dapat merealisasikan kedua-duanya. Sesung­guhnya Allah telah menggandingkan perintah bersyukur dengan perintah untuk mengingat-Nya melalui firman-Nya:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu; dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al-Baqarah (2): 152)


2. Allah menggandingkan sebutan syukur dengan iman, dan bahawa Allah tidak mempunyai tujuan mengazab makhluk-Nya apabila mereka telah mengatakan: “Kami telah beriman.”
“Mengapa Allah akan menyiksamu jika kamu bersyukur dan beriman?” (QS. An-Nisaa’ (4): 147)
Yakni selama kamu memenuhi hak-Nya dan melakukan apa yang kamu diciptakan untuk­nya, iaitu bersyukur dan beriman kepada-Nya.


3. Hanya orang-orang yang suka bersyukurlah dari kalangan hamba-hamba-Nya yang meng­hargai kurnia Allah kepada mereka, sebagai­mana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan seba­hagian mereka (orang-orang yang miskin) supaya (orang-orang yang kaya) berkata: ‘Orang-orang seperti inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?’ (Allah berfirman): ‘Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?’” (QS. Al-An‘aam (6): 53)


4. Manusia itu ada yang bersyukur dan ada yang ingkar. Yang paling dibenci oleh Allah ialah sikap ingkar dan para hambanya; yang paling disukai oleh Allah ialah sikap bersyukur dan para hambanya.
“Sesungguhnya Kami telah menunjukkan mereka jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (QS. Al-Insaan (76): 3)


5. Allah menguji hamba-hamba-Nya siapakah di antara mereka yang banyak bersyukur kepada-Nya. Untuk itu, Allah s.w.t telah berfirman men­ceritakan ucapan Sulaiman a.s:
“Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (nik­mat-Nya). Barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabbku Mahakaya lagi Mahamulia.” (QS. An-Naml (27): 40)


6. Allah menjanjikan akan menambah nikmat-Nya bagi orang-orang yang bersyukur.
“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memak­lumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’” (QS. Ibrahim (14): 7)


7. Allah meredhai amalan orang-orang yang bersyukur dan meredhai sikap bersyukur.
“Jika kamu kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi­mu kesyukuranmu itu.” (QS. Az-Zumar (39): 7)
Allah membandingkan antara syukur dan kufur, lalu menyimpulkan bahawa keduanya adalah sikap yang bertolak belakang.
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya bebe­rapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran (3): 144)
Orang-orang yang bersyukur yang disebutkan dalam ayat-ayat di atas adalah mereka yang bersikap teguh di atas kenikmatan iman yang dianugerahkan kepada mereka dan mereka tidak mengingkarinya. Kerana memang sebahagian orang itu ada yang tidak dapat bertahan manakala mendapat cubaan dan ujian, sehingga dia ingkar dan tidak dapat bertahan. Di antara mereka ada juga yang memperlihatkan kebenaran yang ter­kandung di dalam hati mereka di saat mendapat ujian dan cubaan, lalu hatinya tidak berhenti-henti menyebut nama Tuhannya lalu memuji-Nya dan hatinya tetap teguh. Dia tetap menyatakan syukurnya dengan segala cara, baik melalui hati, lisan, mahupun semua anggota tubuhnya.


8. Allah menggantungkan pertambahan nikmat-Nya pada sikap bersyukur, sedangkan kriteria tambahan itu tidak ada batasannya sebagai­mana syukur pun tiada batasannya, tetapi Allah menetapkan banyaknya pahala menurut kehendak-Nya.
“maka Allah nanti akan memberi kekayaan kepa­damu dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki.” (QS. At-Taubah (9): 28)
Sehubungan dengan perkenan dari-Nya, dinyatakan oleh firman-Nya:
“maka Dia menghilangkan bahaya yang kerana­nya kamu berdo‘a kepada-Nya, jika Dia meng­hendaki.” (QS. Al-An‘aam (6): 41)
Berkenaan dengan pemberian keampunan, dinyatakan oleh firman-Nya:
“Dia memberi ampun kepada siapa yang dike­hendaki-Nya.” (QS. Al-Fat-h (48): 14)
Berkenaan dengan rezeki, dinyatakankan oleh firman-Nya:
“Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batasan.” (QS. Al-Baqarah (2): 212)
Berkenaan dengan taubat, dinyatakan oleh firman-Nya:
“Dan Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya.” (QS. At-Taubah (9): 15)
Adapun berkenaan dengan sikap bersyukur, maka Allah s.w.t menetapkannya tanpa ikatan dengan kalimat “Jika Dia menghendaki”, seperti dalam ayat-ayat berikut:
“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran (3): 145)
“dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran (3): 144)


9. Allah s.w.t memberitakan bahawa sesungguhnya iblis mempunyai banyak tujuan, antara lain mencegah hamba-hamba Allah untuk bersyu­kur kepada-Nya. Untuk merealisasikan tujuan­nya itu, iblis menggunakan pelbagai cara, antaranya sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (QS. Al-A‘raaf (7): 17)
Semuanya itu dilakukan oleh iblis untuk meng­halangi mereka dari bersyukur kepada Tuhannya dan iblis sentiasa menyekat semua jalan yang dapat membuat mereka bersyukur kepada-Nya.


10. Allah menggambarkan bahawa orang-orang yang bersyukur di antara hamba-hamba-Nya adalah golongan minoriti.
“Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang banyak bersyukur.” (QS. Saba’ (34): 13)
Berkenaan dengan hal ini, Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah atsar dari ‘Umar ibnul Khaththab r.a bahawa pada suatu hari dia mendengar seorang lelaki mengatakan dalam do‘anya: “Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit.” ‘Umar pun bertanya: “Apa yang kamu maksudkan dalam do‘amu itu?” Lelaki tersebut menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, bukankah Allah telah berfirman melalui ayat-ayat berikut:
‘Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu, kecuali sedikit.’ (QS. Huud (11): 40)
‘Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.’ (QS. Saba’ (34): 13)
‘kecuali orang-orang yang beriman dan menger­jakan amal yang soleh; dan amat sedikitlah mereka ini.’ (QS. Shaad (38): 24)
Setelah itu barulah ‘Umar berkata: ‘Kamu benar!’”
Apabila bersyukur termasuk sifat para nabi dan orang-orang yang beriman, maka tidaklah demi­kian keadaannya kepada semua manusia, kerana sesungguhnya kebanyakan daripada mereka berse­nang-senang dengan nikmat yang mereka perolehi, tetapi mereka tidak mahu berterima kasih kepada Allah yang telah memberinya.


11. Allah s.w.t telah memuji rasul pertama yang diutus-Nya ke bumi kerana sikapnya yang selalu bersyukur kepada-Nya, iaitu Nuh a.s. Untuk itu, Allah s.w.t berfirman:
“(yaitu) anak cucu dari orang-orang yang Kami bawa bersama-sama Nuh. Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.” (QS. Al-Israa’ (17): 3)
Dalam ayat ini terkandung makna yang me­nunjukkan bahawa mereka mengikut sikap nabi mereka, Nuh a.s, yang banyak bersyukur kepada-Nya.


12. Allah memberitakan bahawa sesungguhnya yang mahu beribadah kepada-Nya adalah orang yang bersyukur kepada-Nya, dan bahawa orang yang tidak mahu bersyukur kepada-Nya bukan termasuk orang-orang yang menyembah-Nya.
“dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah.” (QS. Al-Baqarah (2): 172)


13. Allah s.w.t memerintahkan kepada hamba-Nya, Musa a.s, agar menerima anugerah kenabian, kerasulan, dan tugas yang dibebankan pada­nya dengan sikap bersyukur.
“Hai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebih­kan) kamu dari manusia yang lain (pada masa­mu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk ber­bicara langsung dengan-Ku. Sebab itu, berpegang teguhlah pada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.” (QS. Al-A‘raaf (7): 144)


14. Mula-mula perintah yang dipesankan kepada manusia selepas berakal ialah bersyukur kepada Allah dan kepada kedua orang tuanya.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapa mereka; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan yang semakin lemah, dan memeliharanya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu; hanya kepada-Kulah kembalimu.” (QS. Luqman (31): 14)


15. Allah s.w.t memberitakan bahawa redha-Nya ter­letak pada sikap bersyukur kepada-Nya.
“dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.” (QS. Az-Zumar (39): 7)


16. Allah s.w.t. menceritakan tentang mahkluk kesayangan-Nya, Ibrahim a.s, bahawa dia adalah orang yang selalu bersyukur atas semua nikmat yang telah diberikan kepadanya.
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah lagi hanif. Dan sekali-kali dia bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan) (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjuki­nya kepada jalan yang lurus.” (QS. An-Nahl (16): 120-121)
Di antara sifat imam ialah menjadi teladan bagi orang-orang yang mengikutinya dalam keba­ikan, dan hal ini berbeza dengan kualiti semua penghuni bumi. Dia adalah seorang yang patuh kepada Allah lagi mensyukuri nikmat-nikmat-Nya, dan sikap bersyukur adalah tujuan utama dari orang yang menjadi kesayangan Allah ini.


17. Tujuan penciptaan makhluk ialah agar mereka bersyukur kepada-Nya, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu­mu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl (16): 78)
Ini merupakan tujuan penciptaan makhluk. Adapun mengenai tujuan dari perintah-Nya, maka disebutkan dalam firman-Nya:
“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu (ketika itu) adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu, ber­taqwalah kepada Allah supaya kamu mensyu­kuri-Nya.” (QS. Ali ‘Imran (3): 123)
Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah bahawa Dia akan menolong kamu, maka bersyukurlah kamu atas nikmat ini.
Sebagai kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa bersyukur adalah tujuan penciptaan dan tujuan perintah-Nya, maka Dia menciptakan agar disyukuri dan Dia memerintah untuk disyukuri juga.
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al-Baqarah (2): 152)
Bersyukur merupakan tujuan, sedangkan ber­sabar adalah saranan untuk meraih tujuan. Anda bersikap sabar sudah tentu untuk meraih sesuatu yang anda inginkan, berbeza pula dengan bersyukur. Kerana sesungguhnya kewujudan dari sikap bersyukur itu sendiri merupakan tujuan, sedangkan sikap bersabar adalah saranan untuk meraih tujuan yang terpuji dan bukan sebagai tujuan yang dimaksudkan.


Ibnul Qayyim dalam Kitabnya Madarijus Salikin telah menyebutkan pula hal yang sama berkait­an dengan tajuk bersyukur ini, di antaranya ialah:


1. Sesungguhnya bersyukur kepada Allah meru­pakan amalan yang terletak di peringkat yang tertinggi.


2. Bersyukur mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada redha dan sebagainya. Kerana redha itu sendiri sudah termasuk ke dalam pengertian bersyukur, sebab mustahil adanya bersyukur tanpa keredhaan.


3. Separuh dari iman adalah bersyukur, sedangkan separuh lagi yang lain adalah bersabar.


4. Allah telah memerintahkan untuk bersyukur dan melarang hal yang sebaliknya.


5. Allah memuji orang-orang yang bersyukur dan memberikan kepada mereka kelebihan sebagai makhluk-Nya yang terpilih.


6. Allah menjadikan bersyukur sebagai tujuan dari penciptaan makhluk-Nya dan perintah-Nya.


7. Allah menjanjikan kepada para hambanya dengan balasan yang terbaik.


8. Allah menjadikan bersyukur sebagai penyebab bertambahnya kurnia dari sisi-Nya.


9. Bersyukur menjadi penjaga dan pemelihara nikmat.


10. Hanya orang-orang yang bersyukurlah yang beroleh manfaat dari ayat-ayat-Nya.


11. Allah memberikan sebahagian dari asma-Nya, Asy-Syakuur, sebagai kelebihan buat para hambanya dalam erti kata lain, dapat mengantarakan hamba­nya kepada yang disyukurinya, bahkan akan menjadi penyebab bagi hambanya untuk kem­bali mendapat hasil dari apa yang disyukurinya.


12. Bersyukur merupakan tujuan Tuhan dari hamba-Nya.


13. Allah menamakan dirinya Syakir dan Syakuur, dan menamakan orang-orang yang bersyukur dengan sebutan ini, dalam erti kata lain Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari sifat-Nya dan memberi mereka sebutan sebahagian dari asma-Nya. Cukuplah menjadi bukti bagi kita bahawa Allah mencintai dan memberi kurnia kepada orang-orang yang bersyukur.


14. Allah memberitahu bahawa orang-orang yang bersyukur dari kalangan hamba-hamba-Nya sangat sedikit jumlahnya.


15. Dengan mensyukuri nikmat, maka nikmat pasti akan bertambah.
Pengertian bersyukur ialah kemantapan hati seorang hamba untuk mencintai Yang memberi nikmat; seluruh anggota tubuhnya bersemangat untuk mentaati-Nya; dan lisannya tidak henti menyebut nama dan memuji-Nya.


Bersyukur melibatkan tiga perkara, iaitu hati, lisan, dan semua anggota tubuh. Pengertian bersyukur bergantung pada penguasaan pengeta­huan tentang tiga aspek bersyukur seperti dalam penjelasan berikut:


1. Mengenal nikmat: menghadirkannya dalam hati, mengutamakan, dan meyakininya. Apabila seorang hamba telah mengenal nikmat, maka dari pengenalan ini dia akan beralih untuk mengenal Tuhan Yang memberi nikmat meskipun dalam pengertian yang terperinci. Dan memang perincian inilah yang kita jumpa di dalam Al-Qur’an agar seorang hamba dapat merasakan semua nikmat yang telah diperoleh­nya, lalu terdetik untuk mensyukurinya. Apa­bila dia telah mengenal nikmat, maka akalnya akan mencari Tuhan yang telah memberinya nikmat, dan apabila dia telah mengenal Tuhan yang telah memberi nikmat, tentulah dia akan mencintai-Nya. Apabila telah mencintai-Nya, tentulah dia akan bersungguh-sungguh untuk mencari-Nya dan bersyukur kepada-Nya. Melalui pemahaman inilah, terciptalah ibadah (pengham­baan diri), kerana ibadah itu memang merupa­kan bentuk manifestasi bersyukur kepada Tuhan Yang memberi nikmat, iaitu Allah s.w.t.


2. Menerima nikmat: menyambutnya dengan memperlihatkan kefakiran kepada Yang mem­beri nikmat dan hajat kita kepada-Nya, dan bahawa berlangsungnya semua nikmat yang diterima itu bukan kerana memang hak kita untuk mendapatkannya, kerana sesungguhnya Allah memberi kita banyak nikmat sebagai kurnia dan kemurahan dari-Nya semata-mata.


3. Memuji Allah di atas nikmat yang telah diberikan oleh-Nya; dan pujian yang berkaitan dengan nikmat ini ada dua jenis, iaitu:


a. Bersifat umum, iaitu dengan memuji-Nya ber­sifat dermawan, pemurah, baik, luas pemberian-Nya, dan sebagainya.


b. Bersifat khusus, iaitu dengan memperkatakan nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh-Nya kepada kita dan kita ungkapkan bahawa semuanya itu telah kita terima.
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendak­lah kamu menyebut-nyebutnya (dengan ber­syukur).” (QS. Adh-Dhuhaa (93): 11)
Sehubungan dengan perintah untuk menyebut-nyebut nikmat ini, ada dua pendapat, iaitu:
a. Dengan menyebut-nyebutnya dan memperinci­kannya, misalnya: “Allah telah mengurniakanku anu dan anu.” Oleh kerana itulah, sebahagian ulama tafsir ada yang mengatakan berkenaan dengan makna ayat ini: “Bersyukurlah atas nikmat-nikmat yang telah diberikan-Nya kepadamu dan yang disebutkan-Nya dalam surat ini, iaitu melindungimu selepas kamu dalam keadaan yatim, memberimu petunjuk sesudah kebingungan, memberimu kecukupan sesudah kekurangan.”
b. Menggunakannya untuk ketaatan kepada-Nya.
Menyebut-nyebut termasuk perbuatan memuji Allah. Oleh kerana itu, hendaklah kita memuji Allah dengan menyebut asma-asma yang sesuai dengan kedudukan bersyukur, misalnya Maha Pemberi anugerah, Maha Pemurah, Yang mem­punyai kurnia yang besar, Allah Mahaluas, anugerah-Nya sangat banyak, dan sebagainya.
Sehubungan dengan hal ini, Jabir r.a telah menyebutkan sebuah Hadith yang berkecenderungan kepada marfu‘, iaitu:
“Barang siapa yang diberi kebaikan, hendaklah dia membalasnya; dan jika tidak punya sesuatu untuk membalasnya, hendaklah memuji pemberi­nya, kerana sesungguhnya apabila dia memuji pihak yang memberinya, bererti dia telah ber­terima kasih kepadanya. Akan tetapi, jika dia menyembunyikannya, bererti dia telah meng­ingkari kebaikannya. Barang siapa yang meng­hiasi dirinya dengan apa yang tidak diberikan kepadanya, sama sepertinya dengan orang yang mengenakan sepasang pakaian dusta.” (HR. Tirmidzi)
Di antara kalimat yang menunjukkan makna sanjungan ialah kita kepada orang yang memberi kebaikan kepada kita:
Jazaakalloohu khoiron katsiron.
“Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan yang banyak” (HR. Muslim)
dan memang do‘a pun dapat dijadikan sebagai saranan untuk mengucapkan terima kasih.


Manusia berkaitan dengan mensyukuri nikmat ada tiga perkara:


1. Orang yang mensyukuri nikmat dan memuji pemberinya.
2. Orang yang mengingkarinya dan menyembu­nyikannya.
3. Orang yang berpura-pura dirinya termasuk orang yang bersyukur, padahal bukan terma­suk ahlinya, bahkan sama dengan apa yang telah disebutkan dalam Hadith orang yang berpura-pura kenyang dengan apa yang tidak diberikan kepadanya bagaikan orang yang mengenakan sepasang pakaian dusta.
An-Nu‘man ibnu Basyir telah meriwayatkan Hadith berikut:
“Barang siapa tidak mensyukuri yang sedikit, bererti tidak boleh mensyukuri yang banyak; dan barang siapa tidak berterima kasih kepada orang lain, bererti dia tidak bersyukur kepada Allah.” (HR. Ahmad)
“Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalah kufur. Bersatu akan membawa rahmat dan bercerai-berai akan mendatangkan azab.” (HR. Ahmad)
Menyebut-nyebut nikmat sesuai dengan yang diperintahkan dilakukan dalam hati dan juga kepada orang lain. Akan tetapi, jika di kalangan orang lain terdapat orang-orang yang mendengki­nya, sehingga jika yang berkaitan merahsiakannya, maka ini bukan termasuk sikap kufur nikmat. Kerana dia menyembunyikan nikmatnya bukan kerana kikir dan melalaikan hak Allah, melainkan untuk menghindari terjadinya kerosakan akibat kedengkian orang lain dan tipu muslihat serta bahaya yang akan ditimbulkan olehnya, sedangkan menolak bahaya itu termasuk hal yang dianjurkan oleh syari‘at.
Adapun sehubungan dengan pengertian mem­balas nikmat, maka hal ini tidak mungkin dapat dilakukan bila ianya berhubungkait dengan hak Allah.
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah.” (QS. Al-Hajj (22): 37)
Tiada jalan untuk memberikan balasan kepada-Nya, dan sekarang yang tertinggal adalah masalah memuji-Nya, iaitu dengan menggunakan nikmat-Nya untuk hal-hal yang diredhai oleh-Nya. Adapun memberikan balasan kepada-Nya, maka tiada jalan untuk itu, sebab Allah tidak berhajat sedikit pun kepada makhluk-Nya.

Kewajiban kita kepada Allah berhubung dengan nikmat-nikmat-Nya ialah:


1. tunduk kepada-Nya seperti hormat pihak yang berterima kasih kepada pihak yang telah memberi kebaikan kepadanya;
2. mencintai-Nya seperti kecintaan pihak yang berterima kasih kepada pihak yang telah berbuat baik kepadanya;
3. mengakui nikmat yang telah diberikan oleh-Nya;
4. memuji-Nya atas nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh-Nya; dan
5. tidak menggunakan nikmat-Nya untuk hal-hal yang tidak disukai oleh-Nya, tetapi mengguna­kannya untuk hal-hal yang diredhai oleh-Nya.
Apabila nikmat itu bersifat relatif, maka apakah demikian pula halnya dengan bersyukur? Sebagai jawapannya dapat dikatakan: “Ya.”
Bersyukur kepada Allah itu dilakukan dengan hati, lisan, dan semua anggota tubuh.