Memaparkan catatan dengan label Jom Beramal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Beramal. Papar semua catatan

Mukah..Suatu Pengalaman Dan Kenangan (Mencari Tanah Subur,Menyemai Benih Islam)

Isnin, 27 September 2010
Bergambar bersama AJK JPI PMU serta peserta program


Perjalanan dari Kuching ke Mukah yang memakan masa hampir 12 jam,dengan menggunakan perkhidmatan bas benar-benar menguji ketahanan diri dan rohani sahabat-sahabat saya. Manakan tidak,jarang sekali mereka menggunakan perkhidmatan bas dan jarang juga untuk menghadiri program-program yang jauh dari tempat pengajian. Rumah di sekitar kawasan Kuching sahaja.

Bagi saya,sudah terbiasa dengan keadaan ini. Jarak kampung halaman dengan tempat pengajian yang jauh memudahkan saya untuk mendewasakan diri dengan keadaan seperti ini.

Ini sudah kali kedua saya datang ke Mukah.

Kali pertama, trip memancing di Sungai Balingian bersama-sama kawan sekampung juga untuk menziarahi bandar Mukah seusai menghabiskan Sijil Penilaian Menengah pada tahun 2006.

Kedatangan buat kali yang kedua pula tidak ada dalam perancangan jangka panjang.


20 September 2010

Bunyi telefon bimbit kedengaran. Tanda orang sedang menelefon saya.

“Assalamualaikum,Encik Rizal” saya memberi salam.

“Waalaikummussalam,Ishack. Apa khabar? Ana ingin meminta pertolongan anta ni?”Encik Rizal bertanya.

“Alhamdulillah,baik saja. Minta tolong apa encik? Ana cuba untuk membantu apa yang termampu.”Saya memberikan respon.

“Tolong anta jadi fasilitator dan jemput beberapa orang ajk lagi untuk bantu anta untuk program pelajar di Politeknik Mukah. Kami kekurangan ajk untuk menjalankan program.” Katanya.

Saya lantas bersetuju.


23 September 2010

Sampai juga saya di tempat yang dinantikan. Mukah. Dan lebih tepat lagi di Politeknik Mukah,Sarawak. Sahabat saya lain akan datang lewat sehari kerana masih ada kuliah di tempat pengajian.

Orang pertama yang saya jumpa dan baru dikenali ialah saudara Nasrol,Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam (JPI PMU). Beliau banyak bercerita tentang sedikit sebanyak latar belakang bandar Mukah dan kehidupan pelajar kampus Politeknik Mukah.

Pada petangnya pula,saya dipertemukan dengan ahli jawatankuasa JPI PMU berkenaan dengan program yang hendak dilaksanakan pada keesokan harinya. Ketika detik itulah bermulalah segala-galanya.

Mata rantai perjuangan Islam.

Banyak ahli yang berpotensi yang masih mentah dengan pengalaman.

Bahkan amat memerlukan tunjuk ajar dari orang yang lebih banyak makan garam.


Tanah Yang Subur Harus Disemai Benih Yang Elok.

Inilah konsep yang perlu diketangahkan dan dikuasai oleh setiap pendakwah yang sudah banyak pengalaman dalam gerakerja dakwah Islam ini.

Ibarat seorang pengusaha ladang buah-buahan,perlulah mengambilkira kesuburan tanah yang ingin dibeli.

Adakah boleh menghasilkan hasil buah-buahan yang sihat dan segar?

Mampukah menghasilkan hasil buah-buahan yang banyak?

Sesuaikah buah yang ingin ditanam di kawasan tanah yang dibeli?

Seterusnya benih yang ditanam pula mestilah sentiasa dijaga.

Diberi baja.

Disiram air.

Dicantas segala macam tumbuhan atau rumbut yang tumbuh di sekita benih.

Ditabur dengan racun serangga perosak.

Semua perlu disemai dengan baik agar hasil yang diperoleh lumayan.

Begitu juga hakikatnya dalam kita mencari individu yang mahir dan mampu menggerakkan dakwah Islam. Perlulah melalui peringkat-peringkat yang dinyatakan tadi.

Sahabatku di Mukah. Moga kalianlah hasil buah-buahan yang enak dan berkualiti. Disini saya hanya mampu berdoa agar tanaman di sana sentiasa subur dengan hasil-hasil yang segar dan indah.

Moga saya menjadi seorang penanam buah yang baik. Agar baik juga hasil buahnya.



Akan melintasimu lagi......


Ibnu Abbas As-Syakirin

30/09-2010

17:17 p.m

Apakah Sama Sebelum Dan Selepasnya

Rabu, 22 September 2010

‘Aku nak makan puas lepas ni..Tak kisah la kalau masuk ke tandas dua tiga kali..Janji aku kenyang sakan.’

‘Mari kita jalan raya dulu..Ala,nanti bila sampai di rumah Amin kita solat la berjemaah di rumahnya nanti..Amin dah tunggu tu..Kalau kita solat kat masjid dulu nanti lama pulak dia tunggu kita.’

Sudah biasa mendengar kenyataan-kenyataan sebegini pada setiap tahun di hari lebaran yang mulia. Bahkan mungkin ada lagi kenyataan yang lebih hebat dari kenyataan di atas. Itulah hakikat yang perlu diterima logiknya kerana bukan semua orang mampu membuat perubahan secara serentak dan dalam waktu yang sama. Inilah yang diertikan sebagai ‘tabiat’. Iaitu satu perlakuan atau sikap yang sukar untuk diubah dan memerlukan masa yang panjang jika ingin melakukan perubahan.

Latihan Ramadhan

Seringkali kedengaran bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan latihan untuk menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik dan mampu membentuk kualiti diri yang hebat. Memang saya tidak nafikan kebenaran tersebut.

Manakan tidaknya,kalau kita menyelusuri sirah,sudah tentu kita ketahui bahawa kebanyakan peperangan yang dilalui oleh tentera Islam dimenangi pada bulan Ramadhan iaitu diantaranya Pembukaan Kota Mekah,Perang Badar,Peperangan Ain Jalut,Penaklukan Kota al-Andalus dan Peperangan al-Hattin.

Walhal kalau dinilai logiknya sudah tentu tentera-tentera Islam tidak mampu untuk menghadapi peperangan kerana berpuasa di siang hari dan memerlukan tenaga yang cukup untuk melawan musuh Islam pada ketika itu.

Inilah yang menjadi kekuatan sebenar tentera Islam pada ketika itu kerana memahami erti puasa yang sebenar dan dihayati dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kewajipan yang diberikan.

Kerana puasa bukan semata-mata melatih sifat dan sikap tetapi melatih kuat rohani diri,yakni kekuatan dalaman kita. Teorinya umpama kita makan. Makanan akan memberikan kekuatan pada tenaga dan potensi diri tetapi makanan dalam bentuk ibadah pula akan menguatkan pula rohani dan potensi dalaman diri. Jesteru tidak hairanlah kalau kemenangan sentiasa dimiliki oleh tentera Islam di bulan Ramadhan pada ketika itu.

Letihan Ramadhan

Berbeza pula dengan keadaan seperti sekarang. Kita tidak berperang lagi. Saya khususnya keadaan kita di Malaysia. Tetapi berapai ramai orang Islam sentiasa ‘kalah’ semasa di bulan Ramadhan.

‘Ada yang tidur sepanjang hari’

‘Ada yang membatalkan mesyuarat selama sebulan di bulan Ramadhan’ (Biasalah,kalau ada mesyuarat adalah makan-makan)

‘Ada yang terlalai di bazar Ramadhan sehingga waktu-waktu fardhu diabaikan’

‘Ada yang sibuk di Lailatul Kamdar dan bukannya sibuk mencari Lailatul Qadar’

...dan sebanyak macam alasan dan kerenah lagi di bulan Ramadhan.

Yang pasti ianya realiti.

Sudah terang lagi bersuluh.

Macam mana hendak melahirkan individu muslim yang berkualiti andai makna puasa ini masih belum dimengertikan sedalam yang mungkin konsep dan perlaksanaannya. Teori dan praktikalnya. Definisi dan pengamalannya.

Hari ini orang Islam sudah dikalahkan tidak lagi secara peperangan yang nyata melibatkan kekuatan tenaga dan stategi tetapi kalah dek dikawal oleh hawa nafsu yang memang di antara salah satu musuh Islam yang merbahaya wabaknya.

Benarlah seperti apa yang dijelaskan oleh Nabi kepada para sahabat bahawa peperangan yang paling besar itu bukanlah ketika berperang dengan musuh-musuh Islam bahkan peperangan yang paling besar umat Islam ialah peperangan melawan nafsu diri yang cuba untuk sentiasa mengawasi.

Inilah letihan Ramadhan yang mengundang bencana kepada umat Islam bahkan musibah yang berlaku ini terjadi di antara bulan yang paling mulia,bulan Ramadhan.

Iktibar

Jesteru,kembalilah kita menilai diri apakah sama seperti sebelumnya amalan-amalan yang kita laksanakan ketika di bulan Ramadhan dan selepasnya. Kerana latihan Ramadhan akan menampakkan hasilnya selepas Ramadhan. Adakah kita masih istiqamah dengan amalan ibadah yang kita laksanakan ketika di bulan Ramadhan.

Yang pasti janganlah ada insan yang begitu ‘istiqamah’ sehinggakan solat sunat tarawih pun dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Seni ini mengajak kita untuk menghayati keindahannya bukan memaksa diri untuk mengindahkannya.

Ibnu Abbas As-Syakirin

22/09/2010

12.26 p.m

Judi Oh Judi..!!!Teruskan Bantahan Wahai Rakyat

Sabtu, 29 Mei 2010
Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.

Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.

Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.

Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.

"Bayangkan,
menteri besar Kelantan buat pengumuman judi? Saya rasa, rakyat Bachok bertindak bijak menolaknya,” kata Hatta.

Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.

'Tarik balik lesen judi'

Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.

Ketik

a dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".

Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya.

Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.

Rakyat benci judi

Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.

Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.

Bencana Allah

Dalam

ucapannya, Ahmad Zaidy berkata judi itu adalah haram di sisi Islam kerana termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90 yang meminta umat Islam menjauhi perbuatan tersebut.

Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.

Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Tiada kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, kata Ahmad Zaidy yang juga ketua Pemuda PAS kawasan itu.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.

Tiada kekecohan

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".

Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.

Bantahan di Pahang dibuat semalam

Di Pahang pula, Ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Saad berkata pihaknya telah berhimpun membantah lesen judi semalam, sebelum menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob.

"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.

Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000 risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.

Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.

Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus.


Gambar protes di Melaka diambil dari http://angkasanuri.blogspot.com/ manakala perhimpunan di Kedah pula adalah ehsan http://www.harakah.net.my. Pihak Malaysiakini merakamkan penghargaan terhadap gambar berkenaan

Kem Remaja Islam Sarawak [KRIS] ZON 3..Nantikan Pada JUN 2010 ini...

Khamis, 13 Mei 2010

Assalamualaikum wbt........

Alhamdulillahirrabbilalamin..Segala puji2an buat MU, Allah Azza Wa Jalla...Selawat dan salam buat Rasul Tercinta dan keluarga serta para sabat baginda yang dikasihi..

Kem Remaja Islam Sarawak 2010 kali ini memilih Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang,MIRI Sarawak sebagai venue untuk kali ini..

Kem Remaja Islam Sarawak 2010

Tarikh : 15 Jun hingga 17 Jun 2010
Tempat : Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang,Miri
Anjuran : Kelab Mahasiswa,Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak(AMAL)
dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Sarawak(JAIS) cawangan MIRI


SUMBANGAN DARI MANA-MANA PIHAK AMATLAH KAMI HARAPKAN. SUMBANGAN INI BERTUJUAN BAGI MENAMPUNG SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM ITU NANTI. SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK ISLAM YAYASAN AMAL MALAYSIA
(NO AKAUN:11022010032002).

SEJAJAR DENGAN FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 265 YG BERMAKSUD:

Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat redha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya dua kali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimis pun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

Beramal Kerana Allah.. Semoga kalian berada dalam redha Nya.

Sebarang Masalah dan Pertanyaan:

Hubungi Kami:

Pengarah Program KRIS 2010 Zon 3
014 8829360 (saudara Ishack B Abbas)

Timbalan Pengarah KRIS 2010 Zon 3
013 7195968 (saudara Hasunah Bt Mohammad)

Setiausaha KRIS 2010 Zon 3
013 5788509 (saudari Saidatul Saadiah)

Bendahari KRIS Zon 3
013 2465179 (saudari Nur Izzati)


Sertai Kami di Fb melalui kata kunci "Kem Remaja Islam Sarawak"

'Jejak Fakir Kita Bersaudara' dekati golongan pengemis buta di Sarawak

Sabtu, 12 Disember 2009
KUCHING, 30 Nov: Berobjektif mengenali dan memahami masalah kehidupan pengemis buta di jalanan, Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) awal bulan ini telah menganjurkan program Jejak Fakir Kita Bersaudara baru-baru ini..


Menyedari kewajipan sebagai seorang muslim untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, Ketua Penerangan, Amal Amani serta Ketua Muslimatnya bersama-sama jentera muslimat negeri turun padang menjejaki fakir-fakir miskin di sekitar Satok, India Street dan Jalan Gambir.

Bantuan bahan makanan asasi seperti beras dan gula diagihkan kepada mereka yang kurang mendapat pembelaan dari pihak berwajib ini.

Hasil perkenalan mereka dengan golongan peminta sedekah ini, ada di antara mereka yang merantau jauh dari Miri dan menumpang di rumah rakan di Kuching serta terputus bantuan wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ekoran tidak menuntut wang tersebut dalam tempoh dua bulan.

Jika difikirkan dari segi logiknya, untuk menyeberang jalan pun golongan ini memerlukan bantuan, apatah lagi untuk pergi sendiri ke JKM bagi menuntut hak mereka yang tidak seberapa, kata Amal.

"Ini jelas menunjukkan JKM sambil lewa dalam menjalankan tugas mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kesempatan itu juga Aaml memberitahu, lebih dua ratus 'flyers' diedarkan kepada masyarakat awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan bagi memperkenalkan PAS kepada masyarakat Sarawak khususnya di Bandaraya Kuching.

Selain itu, bahan-bahan edaran Kita Bersaudara seperti 'batch' dan pelekat turut dihadiahkan kepada masyarakat setempat.

Meskipun program tidak sampai sehari iaitu bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 3.00 petang namun ianya sangat bermakna bagi pelaksana kerana kehadiran mereka disambut mesra dan girang oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira golongan kanak-kanak mahupun golongan dewasa dan warga emas.

PROGRAM SIRI CERAMAH KEAGAMAAN DI BINTULU

Isnin, 13 Julai 2009
PROGRAM SIRI CERAMAH KEAGAMAAN DI BINTULU
SEMPENA MENGHAYATI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ 1430H
Disampaikan oleh :
Dr. Haji Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman Dan Ustazah Nik Zulaili Binti Nik Yaacob
Pada 24 Rejab 1430H – 28 Rejab 1430H bersamaan 17 Julai 2009 – 21 Julai 2009

Tarikh
Masa
Tajuk
Tempat

Jumaat
17 Julai 2009
Kuliah Maghrib
Isra’ Dan Mikraj ; Sejarah dan Falsafahnya
Masjid Darul Hidayah

Sabtu
18 Julai 2009
Kuliah Subuh
Solat dan Kaitannya Dengan Peristiwa Isra’ Dan Mikraj
Surau At-Taqwa,
RPR Sebiew


Kuliah Dhuha
9.30 – 11.00 pagi

Ceramah Khas Untuk Muslimat :
Kepentingan Solat Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

Surau Al-Hijrah,
Taman Sri Pelabuhan

Kuliah Maghrib
Isra’ Dan Mikraj ;
Bagaimanakah Kita Perlu Memahami dan
Menghayati Peristiwa Yang Berlaku Di Dalamnya?

Masjid Daerah Bintulu

Ahad
19 Julai 2009
Kuliah Subuh
Balasan Terhadap Pelaku Maksiat Zina dan Arak
Dalam Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

Surau An-Nur,
Sungai Plan

Kuliah Dhuha
9.30 – 11.00 pagi

Ceramah Khas Untuk Muslimat:
Mendidik Anak-Anak Mengikut Panduan Rasulullah SAW

Masjid Darul Hidayah

2.00 – 4.00 petang

Ceramah Khas Untuk Muslimat:
Sifat – Sifat Muslimah Calon Ahli Syurga


Surau At-Taqwa,
RPR Sebiew


Kuliah Maghrib
Acara Kemuncak :
Isra’ Dan Mikraj;
Memahami Peristiwa dan Menghayati Iktibarnya
Dalam Konteks Semasa

Masjid Assyakirin
(Masjid Bahagian Bintulu)

Isnin
20 Julai 2009
Kuliah Subuh
Ancaman Terhadap Pelaku Maksiat Ghibah (Mengumpat),
Fitnah dan Mencaci Dalam Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

Surau Al-Mustaqim,
RPR Kidurong

1.00 – 2.00 petang

Ceramah Khas Untuk Warga Pekerja BPSB :
Isra’ Dan Mikraj; Tunaikanlah Amanahmu Sebaik-Baiknya

Bilik Persidangan
Wisma Kontena BPSB

2.45 – 4.15 petang

Program Bersama Warga Pendidik Bintulu
Menelusuri Peristiwa Isra’ dan Mikraj
Melalui Perspektif Pendidikan


Dewan Auditorium BDA,
.


Kuliah Maghrib
Kelebihan Golongan Yang Menegakkan Agama Allah
Dalam Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

Surau Al-Hijrah,
Taman Sri Pelabuhan

Selasa
21 Julai 2009

Kuliah Subuh
Isra’ Dan Mikraj; Dunia Sudah Berada Di Penghujung Usia,
Bagaimanakah Persediaan Kita?
Masjid Jepak

Anjuran :
Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn. Bhd
.

Dengan Kerjasama :
Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu (JAIS)
Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bintulu (JKTAIB)
Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA)
Bintulu Iqra’ Center (BIC)

Abu Anas Madani


Pengenalan Diri
Nama:Dr. Haji Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman


Gelaran: Abu Anas Madani


Tempat Lahir
Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan


Alamat
Pondok Sungai Durian, 18000 Kuala Krai, Kelantan, Malaysia.
Email: ainbaa@yahoo.com. HP: 019-9441881. Pej; 09-9664161.
Website: www.abuanasmadani.com / www.dartaibah.com

Sejarah Pendidikan
Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah

Keluarga
Isteri Ummu Anas Madani LLB (Hons) UIA Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab (Pusat Bahasa Arab) Madinah


Putera-puteri

1. Anas Madani (1 Jun 1998)

2. ‘Amir Madani (3 Oktober 1999)

3. ‘Asim Usamah (26 September 2001)

4. As‘Ad Madani (23 Mac 2003)

5. Iffah (05 Oktober 2007 - 23 Ramadhan 1428H)

Jawatan
1) Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

2) Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H.

3) Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

4) Pembimbing Kepada Jemaah Haji Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd.

5) Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” dan “Muqaddimah”.

6- Panel Jemputan Radio Ikim.fm. Program “Warisan”.

7- Kolumnis Majalah SOLUSI (Terbitan Telaga Biru) Ruang: SYIAR.

8- Disamping menerima jemputan ceramah, seminar, forum dan kuliah di seluruh negara.

Pengalaman
Pendakwah & pembimbing pada musim haji di Makkah dan Madinah, bertugas sebagai guru agama kepada pakej Dar Al-Eiman yang mengendalikan pakej VIP Tabung Haji serta lain-lain pakej.Pernah menjadi ahli panel Forum “Al-Kulliyyah” TV3 (di Makkah) serta program “Jejak Rasul” (di Madinah).


Hasil Pena:

a) Bahasa Arab:

1- فقه أبي سعيد الإصطخري الشافعي (المتوفي 328هـ) رسالة الدكتوراه. Fiqh Abi Said Al-Istakhri Asy-Syafei (Tesis Ph.D)
2- تحقيق جزء من كتاب:” المطلب العالي في شرح وسيط الغزالي” لابن الرفعة (710هـ) رسالة الماجستير. Tahqiq sebahagian daripada kitab: “ Al-Matlab Al-Aali Fi Sarh Al-Wasit Al-Ghazali”, karangan Ibnu Rif’ah. (Tesis M.A)
3- ما يجب بفعله أو تركه دم في الحج. Perkara-perkara yang diwajibkan dam apabila dilakukan atau ditinggalkan ketika haji.
4- بيت المال: تاريخه ونظامه. Baitul-Mal: Sejarah dan perundangannya.

b) Bahasa Malaysia: [Sudah Terbit]

1- Makkah Mukarramah; Kelebihan & Sejarah. (Cetakan Telaga Biru 2008) [ http://www.telagabiru.net.my/index/index.php ]

2- Madinah Munawwarah; Kelebihan & Sejarah.

3- Perisai Muslim. Zikir & Doa dari Al-Quran dan Hadis (Rumi)(Telah diterbitkan oleh: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan -JAHEAIK).Edisi Jawi, Terbitan Telaga Biru 2008.

4- Rukun Iman.

5- Rukun Islam.

6- Zikir Waktu Pagi & Petang serta Zikir Selepas Solat (Telaga Biru)

7- Islam Agama yang sempurna. (Telaga Biru).

[Dalam proses pencetakan, insya'Allah]

8- Keindahan Islam.

9- Tiga Asas Agama.

10- Pengenalan Ringkas Mengenai Islam.

11- Haji; Kelebihan, Sejarah dan Hikmah.12- Panduan Umrah.


Kertas Kerja:
1. Solat Nabi SAW Zahir dan Batin. (Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan –JAHEAIK, 2007).

2. Amal Ma’ruf Nahi Munkar (Penglibatan Semua Pihak). (Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan –JAHEAIK, 2007).

3. Panduan Bersuci (At-Toharah) & Solat Untuk Pesakit. (Anjuran: Hospital Raja Perempuan Zainab2, Kota Bharu & JAHEAIK, 2007).

4. Ibadah Haji Masyarakat Nusantara: Antara Nas dan Tanggapan Umum. (Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Perlis, 2007).

5. Disiplin Ilmu As-Sunnah: Suatu Pengenalan. (Anjuran: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, 2008).

6. Bagaimana Menangani Masalah Khilafiah. (Anjuran: Unit Ta’mir Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK, 2008).

7. Menjana Kekuatan Bersama Memantapkan Kepimpinan Masyarakat. (Anjuran: Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan, 2008).

8. Pendidikan Islam Tradisional: Relevensi dengan Keperluan Semasa. (Anjuran: Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM, Shah Alam 2009).

9. Perkembangan Fiqh Islam Masa Kini. (Anjuran: Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 2009).

10. Maqasid Al-Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara. (Anjuran: Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) & Jaheaik 13-07-2009).
Kitab-kitab yang telah diajar.

(Terdapat dalam bentuk rakaman):

1- Munyah al-Musalli. Karangan Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. 31 siri (Tahqiq dan Rakaman MP3).

2- Al-Bahjah Al-Mardhiyyah, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. 3 siri (MP3).

3- Kitab Muqaddimah Bughyah At-Tullab, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. Bab Kelebihan Ilmu. (Tahqiq).

4- Kitab al-Fiqh al-Manhaji , Feqah Mazhab Syafie, Jilid 1. 54 Siri (MP3 dan Video).

5- Kitab Hidayah as-Salikin, Syeikh Abdul Samad al-Falembani. 48 Siri (MP3 dan Video).

6- Kitab Mestika Hadis, Sheikh Abdullah Basmeih, Jilid 2 (Solat). 68 siri (MP3).

7- Bidayah al-Suul, Sultan Ulama’, Izzuddin Bin Abdul Salam. 4 siri (Mp3).


Qiadah Training Centre 2009

Ahad, 26 April 2009


Objektif program yang bertujuan untuk membimbing bakat kepimpinan yang ada telah melahirkan insan-insan yang intelek lagi bertaqwa untuk memimpin. Kemuncak program ini, mereka pulang ke sekolah masing-masing dengan menubuhkan Persatuan Pelajar Islam untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bercorak keagamaan yang bertujuan untuk menjadikan biah solehah di sekolah masing-masing.



Program yang dianjurkan Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik ini melibatkan pimpinan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Bahagian Bintulu




Sempat juga ana bergamabar...


Taklimat dari Ketua Fesi,Abg Hafiz




Para peserta dalam kumpulan masing-masing


Slot ceramah oleh Ust Solehuddin


Jom..rehat sebentar sambil munim air


Pihak usrusetia nak juga berehat....

Slot ceramah oleh Ust Muhtar..dari Miri nih..jazakallah atas komitmen...

Para peserta terhibur dengan telatah Ust Muhtar..senyum 1...senyum 2..senyum 3....


Slot Pengurusan Organisasi oleh En Rasyidi Samiran dari MLNG Bintulu




Slot riadah..pagi2 lagi dh ada org jadi buta,pekak,bisu,kudung kai dan tangan...

Oooiiii...cepat sikittt..Fesi program,Abg Kamarul...
Beramal Kerana Allah




Rabu, 8 April 2009
PELANCARAN DERMA PEMBINAAN SURAU ULU KOTA

Sila layari http://www.bintulu-iqracenter.blogspot.com/ dan http://www.muhtarsuhaili.com/ untuk keterangan lanjut.Bersama-samalah kita beramal dan memberi manfaat kepada orang lain..