Fesyen busana Muslim perniagaan menguntungkan

Selasa, 10 Ogos 2010
Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata fesyen berkonsepkan Islamik merupakan pasaran besar yang belum diterokai sepenuhnya.

"Penduduk Islam dunia terdiri daripada satu pasaran pengguna yang berkembang pesat di dunia, dengan demikian mewakili satu peluang pertumbuhan utama bagi perniagaan sejagat termasuk industri fesyen," kata Rosmah pada pembukaan Festival Fesyen Islam (IFF)dan jamuan malam di Monaco Sporting Club di Monte Carlo, malam Isnin.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di Kuala Lumpur. IFF diinspirasikan oleh rakyat Malaysia.

1.6 bilion populasi Islam

Turut menghadiri majlis itu adalah Putera Albert II dari Monaco, Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Najib dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Rosmah berkata kajian yang dijalankan oleh French Fashion University Esmod di Dubai mendapati lebih separuh daripada 1.6 bilion populasi Islam di seluruh dunia membelanjakan satu jumlah besar pendapatan tahunan untuk fesyen dan aksesori.

"Min

at terhadap fesyen busana Muslim mutakhir ini memberikan isyarat perubahan dinamik dalam interaksi segar antara kebudayaan Timur dan Barat. Hari ini, wanita Muslim boleh membuat pilihan daripada mana-mana rekaan yang terbentang luas untuk mencipta satu penampilan yang bersesuaian dengan nilai, tradisi dan citarasa, tanpa kompromi terhadap mana-mana tiga perkara itu," kata Rosmah.

Sebegitu, kata beliau para pencipta fesyen "akan dapat terlebih dahulu merancang supaya tidak ketinggalan untuk terbabit dalam segmen perniagaan fesyen yang menguntungkan."

Rosmah berkata peruncit pakaian utama kini sibuk menonjolkan bagaimana jenama utama seperti Anne Klein dan Ralph Lauren mengeluarkan garapan fesyen yang memenuhi kehendak Islam sepenuhnya.

Busana abaya dan niqab

"Dalam nada yang sama, adalah amat menarik untuk melihat bahawa meskipun wujud perdebatan hangat mengenai hijab di Perancis, negara, yang merupakan pusat utama fesyen di dunia kekal menjadi satu daripada pengeksport utama busana Muslim abaya dan niqab.

"Ternyata, walaupun wujud politik, mereka yang terlibat dalam perniagaan fesyen kini semakin menyedari perkembangan permintaan terhadap busana Muslim di seluruh dunia," katanya.

Ro
smah berharap Monaco boleh muncul menjadi satu daripada pintu masuk ke pasaran Eropah bagi fesyen Islamik yang direka dari Malaysia dan negara Asia
yang lain.

Mengenai IFF, beliau berkata misi utama adalah untuk menggunakan fesyen sebagai satu landasan yang menemukan para pereka cipta dan peminat fesyen daripada pelbagai latar belakang kebudayaan, agama dan kaum untuk menjadikan busana Muslim ke dalam arus perdana gaya dan fesyen.

Sejak diadakan pada 2006, IFF telah mengembangkan sayapnya ke Jakarta, Dubai, Abu Dhabi dan New York, mempamerkan rekaan daripada lebih 200 pereka fesyen, dan telah memperagakan pelbagai pilihan gaya dan penampilan bagi pakaian Islam, yang menonjolkan kelainan berbanding gambaran pakaian stereotaip sebelum ini.

"Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya. Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," kata Rosmah.

Hakikatnya, bagi memperkukuhkan fesyen busana Muslim menerusi koleksi anggun mengagumkan, fesyen berkonsepkan Islamik kini dianggap memberi nafas segar dalam kebudayaan sejagat.

- Bernama

Alahai!!! Kerajaan Sekat-Sekat.....

Khamis, 8 Julai 2010
Alahai...

Kerajaan oiii!!!!

Sekat..
Guna Pukat Berlubang
Tak Dapat Nak Melekat
Sebab Semua Sudah Berpakat..

Kerajaan Oiii!!!

Sekat..
Guna Tali Ikat
Mana Mahu Ketat
Sebab Tangan Sudah Menggigil..

Kerajaan Oiii!!!

Dekat..
Guna pelbagai macam sekat
Sebab Mahu Tutup Rapat
Biar Minda Putar Ligat
Tapi Tak Dapat
Sebab Sekarang Orang Hebat-Hebat

Macam-Macam Ada.......

Hari Kiamat Kerajaan Makin Rapat,Dekat
Nafas Mereka Pun Tercungap-Cungap,Tersekat-Sekat...

Ish3...Kesian!!!!!!

Judi Oh Judi..!!!Teruskan Bantahan Wahai Rakyat

Sabtu, 29 Mei 2010
Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.

Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.

Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.

Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.

"Bayangkan,
menteri besar Kelantan buat pengumuman judi? Saya rasa, rakyat Bachok bertindak bijak menolaknya,” kata Hatta.

Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.

'Tarik balik lesen judi'

Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.

Ketik

a dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".

Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya.

Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.

Rakyat benci judi

Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.

Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.

Bencana Allah

Dalam

ucapannya, Ahmad Zaidy berkata judi itu adalah haram di sisi Islam kerana termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90 yang meminta umat Islam menjauhi perbuatan tersebut.

Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.

Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Tiada kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, kata Ahmad Zaidy yang juga ketua Pemuda PAS kawasan itu.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.

Tiada kekecohan

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".

Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.

Bantahan di Pahang dibuat semalam

Di Pahang pula, Ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Saad berkata pihaknya telah berhimpun membantah lesen judi semalam, sebelum menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob.

"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.

Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000 risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.

Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.

Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus.


Gambar protes di Melaka diambil dari http://angkasanuri.blogspot.com/ manakala perhimpunan di Kedah pula adalah ehsan http://www.harakah.net.my. Pihak Malaysiakini merakamkan penghargaan terhadap gambar berkenaan

Boikot Lagi..Kali Ini Produk "CROCS" Penyet Tak Sedar Diri

Rabu, 26 Mei 2010

BOIKOT BELI & BERHENTI MEMAKAI PRODUK KELUARAN "CROCS"...
LIHAT & NILAIKAN SENDIRI...

ADAKAH KEIMANAN KITA SEMURAH RM20.00 !!!

KALAU DILIHAT PENJUALAN PRODUK "CROCS" SEMAKIN HEBAT DI PASAR2 MALAM, SERENDAH RM15.00 SAHAJA BOLE PAKAI "CROCS" !!!

BOIKOT !!!

CETAK & EDARKAN GAMBAR DI BAWAH SERTA TERANGKAN IA ADALAH ANASIR2 YAHUDI & NASRANI YANG MAHU MENJAUHKAN KITA DARI KEREDHAAN & KEBERKATAN DARI ALLAH...

















Kuizm - Permulaan Bagi Langkahan Kaki Yang Pertama

Ahad, 23 Mei 2010

RAWANG, 22 Mei: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (Kuizm) yang ditubuhkan oleh PAS akan memulakan pengambilan pelajarnya Julai ini.

Untuk permulaan, kolej universiti itu akan menawarkan lima kursus peringkat diploma iaitu ilmu wahyu, syariah, muamalat, pembankan Islam, usuludin, dakwah dan ICT.

Demikian beritahu Pengerusi Lembaganya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam majlis makan malam kutipan dana untuk Kuizm di Perangsang Templer Golf Resort, di sini, malam ini.

Kira-kira 400 orang tetamu menyertai majlis yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.

Kuizm akan beroperasi di tapak Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Menurut Abdul Hadi, penubuhan Kuizm sangat penting kerana Islam sendiri sangat pentingkan ilmu apabila ayat Al Quran pertama adalah tentang ilmu.

Tamadun barat sedang alami kehancuran kerana kegagalan pembangunan insan mereka.

“Oleh itu Islam perlu meminpin semula dunia. Atas dasar itu pentingnya penubuhan Kuizm ini untuk menyediakan umat Islam dengan ilmu bagi memimpin,” kata Abdul Hadi.