Ujian 3 Tempat

Selasa, 17 Mei 2011

Kehidupan ini adalah satu ujian yang sudah menjadi kewajipan bagi setiap insan yang hidup. Keimanan seseorang muslim tidak akan dapat dibuktikan melainkan hanya sementelah diuji oleh Allah s.w.t. Kata-kata insan tidak dapat membuktikan hakikat ujian Allah yang sebenar. Berkata itu dan ini memang mudah. Itu teori. Tetapi,bila terkena sesuatu musibah atau dugaan,kegembiraan atau keselesaan,itulah amalinya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa).

Surah al-Baqarah ayat 214

Ujian Duit Ketika Waktu Belajar

Kehidupan di dunia kampus dipenuhi dengan kehidupan yang idealistik dan bersemangat. Aktif dalam kelab,aktif dalam bersukan,aktif dalam persatuan Islam adalah menjadi amalan biasa kepada setiap mahasiswa mahasiswi yang berada di kampus. Tidak kurang juga yang lebih suka menjadi ulat buku sahaja (study-oriented),mengharapkan hanya untuk lulus dan mendapat ijazah sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Yang pasti,duit menjadi salah satu kekangan utama kepada penggerak Islam. Hendak membeli itu dan ini,memerlukan kos kewangan yang banyak. Mungkin punya masa dan tenaga untuk dikerahkan membuat sesuatu aktiviti atau program. Tetapi bila masuk bab DUIT,semua diam terkedu.Bukan tiada duit langsung tetapi cukup-cukup untuk keperluan diri. Lainlah kalau ibu dan ayah orang yang kaya-raya. Beri duit beribu pun tak kesah. Punya tenaga dan masa tetapi tak punya duit untuk menyumbang


Ujian Masa Ketika Waktu Bekerja

Kehidupan di masa bekerja pun ada perbezaannya juga. Jika penggerak Islam di zaman kampusnya seringkali menghadapi kekangan duit,pada masa bekerjanya pula ujian masa yang menanti. Sibuk,sibuk,sibuk. cukup untuk memberitahu betapa sibuknya bekerja. Bila disuruh datang usrah,kata tiada masa. Ada program Islami,kata ada shif malam. Ada itu dan ini,kata sibuk itu dan ini. Hmmm..sibuk,sibuk.. Punya duit dan tenaga tetapi tak punya masa untuk bersama.

Ujian Tenaga Ketika Waktu Tua

Ini pula bila tiba waktu tua. Dulunya kuat,boleh buat kerja itu dan ini. Tiada masalah. Tetapi bila melalui waktu tua ini,segala kekuatan mulai kehilangan. Nak buat kerja sikit dah rasa letih. Lama-lama-kelamaan berehat sahajalah di rumah. Tak payah susah-susah nak buat kerja. Ke sana ke mari.. nak buat itu dan ini. Buat susah sahaja. Ada program Islami,nak pergi pun kini dah payah. Nak berjalan pun dah susah.. Punya duit dan masa tetapi tak punya tenaga untuk dikerahkan.

“Ya Allah, istiqamahkanlah dan redhailah kami di dalam perjuangan-Mu yang suci ini sehingga ke titik akhir kehidupan kami.”

Bermusafir Lagi : Janda Baik Punya!!!! [Catatan 2]

Isnin, 28 Mac 2011
Bertolak dari Shah Alam ke KL Sentral memakan masa hanya setengah jam sahaja menggunakan perkhidmatan LRT.

Setibanya di KL Sentral menanti sahabat berkumpul bersama-sama untuk pergi dalam satu rombongan.

Abang Hafeezan,Abg Hamdan,Wan Lukman dan beberapa lagi sahabat dari Universiti Teknologi Petronas turut bersama.

Dan sentiasa diselangi dengan telatah Wan Lukman,pelajar KIPSAS juga merupakan sahabat rapat semenjak 3 tahun yang dulu lagi.

Lawaknya tak berkesudahan. Boleh saja pecah perut ini hanya disebabkan ketawa sahaja. Kelibatnya sahaja sudah mampu memancarkan senyum di bibir setiap sahabat yang bertemunya dengannya.

MENCARI JANDA BAIK

Perjalanan diteruskan mencari janda baik,berdebar –debar rasanya kerana ramai yang sudah menanti kehadiran kami.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dalam suasana persekitaran yang begitu sibuk.

Dari Selangor memasuki sempadan negeri Pahang. Terus mencari janda baik untuk pertama kalinya.

Akhirnya,tiba menemui janda baik.

Dia tenang,rasa tenteram jiwa melihatnya.

Bila malam terasa sejuk bersamanya bersama angin sepoi-sepoi bahasa.

Kadang-kadang angin menggila tapi dia tetap tenang sebagai janda baik yang bahagia.

Walaupun dia tidak besar tetapi mata ini tetap luas memandang indahnya.

Tenang jiwa ini setenang kawasan Janda Baik,Pahang. Bukan janda yang baru diceraikan ya.


GENG ANAK SARAWAK SUPER (GESPER)

Kem ini khas untuk anak-anak Sarawak khususnya yang berada di semenanjung bagi merapatkan ukhuwwah dikalangan anak-anak Sarawak di setiap universiti yang berlainan di seluruh semenanjung.

Di samping untuk memberikan pengenalan kepada mereka untuk mengenal diri sebagai seorang individu muslim di muka bumi.

Banyak pengisian yang menarik berserta modul-modul yang menyegarkan minda diketengahkan bagi membuka kesedaran berfikir di kalangan anak-anak Sarawak.

3 hari bersama kalian merupakan satu pengalaman yang besar buat diri dalam mencari seni yang belum pernah dijelajahi. Kini mengumpulnya sedikit demi sedikit agar boleh dikongsikan rasa manisnya,boleh diluah rasa pahitnya. Susah dan senang kita bersama.

Banyak lagi hendak dikongsikan, tetapi biarlah dikongsikan kata-kata hati ini pada gambar kenangannya. Ada ilham kan kutuliskan lagi pada hamparan kertas putih ini.

klik link video kenangan disini...

http://www.youtube.com/watch?v=lkZqxit4REQ

Bermusafir Lagi : Kembara Mencari Seni Baru [Catatan 1]

Khamis, 24 Mac 2011
“Hujung minggu ini ana tiada kat Sarawak.”

“Enta nak ke mana? Gerakerja tak habis lagi nie,”Abg Salim menjawab,sahabat merangkap cikgu menengah di salah sebuah sekolah di Kuching.

“Ada program di K.L, dua program dalam satu masa..hehe,ala..tak lama la abg,kejap jer kat semenanjung tu..lagipun bukannya selalu tiada kat Sarawak.”

Ini kali ke-4 saya keluar dari kawasan Sarawak. Permusafiran yang jarang berlaku melainkan sekiranya ada program yang penting yang mesti dihadiri.

Kali ini akan bermusafir selama 3 hari ke Semenanjung Malaysia.

Destinasi pada kali ini ialah Kuala Lumpur.

Tempat yang belum pernah saya jelajahi lagi.

Ada sesiapa hendak membantu.

Tunjukkan jalan dan simpang.

Mudah-mudahan tidak tersesat mencari matlamat.



Tiba di Kuching,balik dari permusafiran di Kota Kinabalu,Sabah bersama sahabat.


PERINGATAN

Ada beberapa perkara yang selalu saya peringatkan kepada diri sebelum bermusafir ke sesuatu tempat. Di antaranya ialah :

1. Ikhlas niat.

- Selalu mengingati bahawa tempat yang hendak dituju merupakan satu ibadah. Ada KEPERLUAN yang perlu dilunaskan,bukannya KEMAHUAN yang mendesak semata-mata.

2. Keperluan diri.

- Duit mesti cukup SEKADARnya. Jangan terlampau kurang dan jangan berlebih-lebihan. Kalau tak cukup duit,pinjam daripada sahabat SEKADARnya sahaja.Tetapi,sebaik-baiknya janganlah meminjam. Terima kasih kepada sahabat yang sudi meminjamkan. [ AKAN DIBAYAR KEMUDIAN ]

- Pakaian dan keperluan lain pun sekadarnya. Kadang-kadang kepelikan tengok sahabat-sahabat yang lain yang pernah pergi program bersama,program 3 hari sahaja tetapi beg yang dibawa macam nak pergi melancong sebulan. Selalunya muslimat..ops..tidak semua..muslimin pun ada jugak macam tu.

- Tafsir quran,kamera,pen,buku nota sudah menjadi barang WAJIB yang dibawa. Nasib baik orang Sarawak,kalau tidak BUKU PASSPORT salah satu senarai wajib yang dibawa..Seronoknya jadi orang Sarawak,untuk buku passport itu sahaja.

Itu sahaja tips peringatan untuk diri. Sudah memadai untuk dijadikan sebagai perkongsian bersama. Dan tidak juga terlupa bahawa bermusafir ada juga kelebihannya. Doa orang yang bermusafir makbul jika permusafiran yang dilakukan berasaskan kepada syariat yang betul.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya : “Tiga doa yang SANGAT mustajab, doa orang yang berpuasa, dan doa orang yang dizalimi dan orang yang berMUSAFIR.”

(Riyawat Ahmad,Bukhari,Abu Daud & Termidzi)

p/s : kalau yang masih bujang tu,selalunya berdoa apa ya….hanya mampu tersenyum!!!

Bersabarlah Wahai Hati

Isnin, 14 Mac 2011

Pada detik-detik ringkas ini

Mengapakah perjalanannya agak jauh sekali

Setiap langkahan harap melambatkan waktunya

Bisakah berlalu pergi mengundang sepi

Hati ini berbicara

Berkata gila mencari makna

Dalam diam warasnya

Bergelora

Bergelodak

Bergoncangan

Debarannya begitu hebat sekali

Dalam keliru arah tuju

Bersabarlah wahai hati

Mungkin bukan waktu suka

Mungkin bukan waktu ceria

Mungkin bukan waktu bahagia

Ingatan Ilahi lebih mengerti

Situasi dan konklusi

Pasti tiba memahami……

PM Najib Abdul Razak : Minta Maaf Di Atas Keceluparan Mulut Dan Kejahilan Ilmumu!!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Siapa yang tidak sedih bila seorang ulama' dipersendakan

Siapa yang tidak marah bila seorang ulama' dilabel sebagai seorang pengganas.

Itulah hakikatnya yang berlaku dan labelan ini terpalit ke arah seorang ulama' tersohor, Dr Yusof al-Qaradawi.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

(Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Haditsnya shahih.” Lihat kitab Shahih Sunan Abu Dawud no. 3096, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2159, Shahih Sunan Ibnu Majah no. 182, dan Shahih At-Targhib, 1/33/68)


Di atas kesedaran ini, penulis ingin memohon agar PM Najib Abdul Razak meminta maaf dan menarik balik kata-katanya terhadap jemaah Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu berucap di Istanbul,Turki.



Ini merupakan satu penghinaan ke atas seorang ulama' dan telah menyinggung perasaan Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi dan seluruh warga muslim di atas kenyataan PM Najib Abdul Razak yang tidak bertanggungjawab.

Penulis juga meminta agar PM Najib Abdul Razak beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt di atas perbuatan yang telah dilakukan.

Sila rujuk link yang berkaitan dibawah :

Malaysiakini - http://malaysiakini.com/news/157168

Harakah Daily - http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31107:haris-zalkapli-isu-ikhwan-najib-berlebihan-bina-imej-moderat&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131