Nak cari isteri..
Isteri yang mana sesuai ya..
Hmm...
Eh, gambar apa ini..
Baca dulu..
Panduan Cari Isteri....??
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang
wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang
beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh
kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam
hadith yang lain.
Secara
terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita
yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang
berasaskan agama.
Bagi
golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya
menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan
Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya
datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan
berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di
dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah
s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah !
Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi,
“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka
kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
myjodoh
hamboi2 =) menarik..