Hari Keluarga B.I.C 09

Isnin, 13 April 2009
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :
"Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara.Sebab itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,supaya kamu mendapat rahmat."

Sesungguhnya, muslimin dan muslimat yang diikat atas dasar iman
dan perjuangan adalah bersaudara. Di dalam kehidupan seharian,
kita diibaratkan seperti bangunan yang tersusun kukuh.

Pada 10-11 April 2009,Bintulu Iqra Center telah mengadakan Hari Keluarga BIC pada tahun ini.Program ini bukanlah yang pertama kali dibuat tetapi telah dibuat buat kali ketiga sejak 2 tahun penubuhannya di Bintulu.Antara objektif utama program ini dibuat pada tahun ini ialah :

1. Dapat menguatkan gerak kerja dakwah melalui program jamaie
2. Merapatkan dan mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli usrah
dan keluarga.
3. Meraikan perpindahan GM Admin BIC, Hj M Hasan B M Sirat
sekeluarga dan juga S/U Muslimat Kawasan Bintulu, Nor Hanim
B Abu Hassan.
4. Bertukar-tukar fikiran terhadap urusan kerja dan urusan seharian
5. Dapat bertukar-tukar kemahiran terhadap aktiviti yang dijalankan

Ana selaku timbalan pengarah program tersebut berasa sungguh gembira kerana dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam program tersebut.Lagipun inilah kali pertama ana mengikuti Hari Keluarga BIC walaupun dah 3 tahun BIC bertapak di Bintulu al-Belacani..hehe..

Sambutan amat menggalakkan kerana target tetamu yang datang hanyalah sekitat 60 orang sahaja.Tetapi tetamu yang hadir semasa program ini memcecah hampir 100 orang.
Apa-apapun tahniah kepada Pengarah program,Ustaz Sardi dan AJK program yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut.

Kepada tetamu undangan dan para sahabat yang hadir,ana mohon kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kepincangan semasa program tersebut.

0 luah rasa:

Catat Ulasan