Pengalaman Pertama

Selasa, 31 Mac 2009
Hari ini hari Selasa....
Seperti hari-hari yang lain,isnin hingga jumaat..macam biasalah dengan kehidupan ana sebagai seorang pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri di Petronas LNG Sdn Bhd..Pagi-pagi bangun,solat subuh,mandi,pergi kerja,balik kerja...sampai-sampai jer kat rumah macam biasalah..terus meliar-liar mencari butang 'ON' laptop..online internet..mandi,makan petang..boleh tangguh malam nanti..tapi solat kena jaga la..

Tapi hari ini,tidak seperti kebiasaan hari-hari yang ana lalui sebelumnya kerana pada malam pada hari ini ana telah diberi kepercayaan untuk memberi pengisian yang bertajuk AQIDAH di salah sebuah bekas sekolah menengah ana iaitu SMK BINTULU..Fuh,kalau diikutkan ana pun masih belajar lagi bab aqidah ni..nak bagi ilmu aqidah yang ada pun, setakat mana jer yang ada..tapi teringat dengan kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib(lebih kuranglah ayatnya) :

"Jika kamu menyimpan ilmu yang kamu pelajari,maka ilmu itu akan hilang"
Dengan kata-kata itu,ana cuba jugalah hendak menyampaikan sejauh mana ilmu yang ana boleh sampaikan.Ana adalah juga merujuk beberapa buah buku sebagai rujukan tambahan iaitu Fiqh Al-Harakah(Hj Abd hadi Awang),Soal Jawab remeh-temeh Tentang Akidah(Nik Abf Rahim Nik Abd Ghani) dan Apa Ertinya Saya Menganut Islam(Fathi Yakan-Madha Ya'ni Intima'i Lil Islam).Gugup jugak nak bagi pengisian lepas solat Maghrib sebab inilah kali pertama ana buat pengisian di depan orang nih.Kalau setakat buat pengumuman kat Politeknik mudah jer..sekejap jer..tapi bagi pengisian ni payah sikit...banyak persediaan yang perlu dibuat.Tapi,Alhamdulillah lah,dapat jugak ana sampaikan.Respon mad'u pun oke jugak tapi kena perbaiki banyak lagi la dari segi pengisian yang hendak disampaikan,cara nak tarik perhatian mad'u,eye contact dan lain-lain lagi yang berkaitan..Nasib baik tidak ada yang lari keluar dari surau waktu ana buat pengisian.
Harap-haraplah lepas ni segala kesilapan atau kesalahan tentang apa yang ana sampaikan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.InsyaAllah..
Jazakallahu khairan khathira.....

Persediaan Seorang Pendakwah

Isnin, 30 Mac 2009
MUQADDIMAH
1. Seseorang muslim / pendakwah yang ingin menceburkan diri dalam dunia dakwah mestilah terlebih dahulu membuat beberapa persediaan awal sebelum menerjunkan dirinya ke dalam bidang dakwah ini. Ini memandangkan ianya satu bidang yang memerlukan kepada seorang da’ie yang benar-benar mempunyai ketahanan diri dan bekalan-bekalan yang secukupnya untuk melicinkan kerja-kerjanya.
Persediaan-persediaan yang perlu :
1. Persediaan yang paling utama ialah bersedia menerima ujian Allah Taala.Ia merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya. Inilah persediaan Rasul dan nabi-nabi sebelum ia diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah saw umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.
Faktor yang menjadikan kita bersedia.
1. Iman yang kuat.
Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala ujian di jalan dakwah ini.
a) Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
b) Rezeki hamba itu ditangan Allah.
c) Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak gerinya.Firman Allah :" ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا "
2. Bersedia untuk bekerja.
Firman Allah Taala :" وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله "Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan untuk hanya mencari keredhaan Allah Taala.
3. Persediaan Ilmu Pengetahuan.
Tanpanya seseorang da’ie akan menghadapi kesulitan di jalan dakwah. Bagaimana mungkin ia menyatakan kebenaran Islam / kesyumulan Islam kepada masyarakat sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu Islam apa itu kesyumulannya. Ilmu pengetahuan Islam itu :
a) Al-Quran dan tafsirnya.
b) Sunnah Nabawiyah.
c) Sejarah Nabawi.
d) Ilmu tauhid.
e) Fiqh dan Usul.
f) Ilmu tarbiah.
g) Sistem perundangan.
4. Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.
Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.
Sifat yang perlu ada pada da’ie :
a) Sentiasa benar dalam semua perkara.
b) Amanah.
c) Lemah lembut.
d) Rendah diri.
e) Kasih sayang.
Firman Allah taala:" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون ".
5. Persediaan membawa kebenaran.
Hadis :"قل الحق ولو كان مرا" Firman Allah Taala :" يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين" Sumber ilmu dan perundangan mestilah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. Setiap perselisihan perlu dirujuk kepada kedua sumber terbesar ini.
6. Persediaan dari segi rohani.
Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa,mukmin,soleh dan kuat.Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah.Firman Allah Taala :" يا أيها الذين آمنوا إن تتقوا الله جعل لكم فرقانا ويكفر عنكم سيئاتكم ويغفر لكم والله ذو الفضل العظيم "
Cara untuk mendapat darjat ketaqwaan adalah dari :
a) Mu’ahadah ( ambil masa untuk tenang janji kita dengan Allah)
Firman Allah Taala : ألست بربكم قالوا بلى شهدنا – إياك نعبد وإياك نستعين)
b) Muraqabah.Mengawasi diri.
Hadis : أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
c) Muhasabah
Firman Allah Taala :"يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وانتظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون
d) Mu’aqabah ( membalas semula dosa yang kita lakukan maksudnya, kita menggantikaknnya dengan kebaikan)
Firman Allah Taala :" ولكم فى القصاص حياة يا أولى الألباب لعلكم تتقو.
7) Persediaan kesungguhan dalam bekerja.
Firman Allah Taala :" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا "
Faktor menjadikan kesungguhan bekerja :
1. Akidah yang sahih.
2. Ikhlas.
3. Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah.
8. Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu.
Firman Allah :"انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا فى سبيل الله بأموالكم و؟أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون"PENUTUP Inilah secara ringkas beberapa cara atau persediaan yang perlu ada pada setiap da’ie sebelum menceburkan diri ke medan dakwah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatkannya demi mencapai kejayaan dalam perjalanan i

Rindu Lagi...

Sabtu, 28 Mac 2009



Dah masuk 3 minggu tak berprogram dengan sahabat2 di Kuching..terdetik di hati yang kerdil ini kerinduan untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat di kuching..terutamanya AJK RAPI ler...apa agaknya dibuat oleh mereka sekarang ek..kelemahan ana jugak jarang nak contact mereka...macam mana pulak dengan kesihata amir mereka..walaupun minggu lepas ada pergi ke kuching dan berjumpa dengan amir poliku dan menyatakan kesihatannya bertambah baik dan ana meghukumkan kesihatan amir dari segi zahir memamng semakin baik pun..tp tak taula macam mana keadaaan mereka sekarang...haiii...



Memang boringla kalau tidak ada program jemaah dibuat..dahla letih bekerja(praktikal)<---bukan nak mengeluh tetapi alangkah indahnya kalau diseimbangkan dengan program jemaah..ini tidak kalau balik rumah je rasa nak tidur..penat nak ke sana ke mari<----eh3,ni pun bukan alasan yang baik jugak..hehe... Nak selalu dgn jemaah ni mesti banyak pengorbanan le..bukannya dengan senang lenang jer..rumah ana dengan rumah jemaah boleh la dikatakan jauh..kalau berjalan kaki tu adalah nak dekat sejam..hehe..tp kalau pakai motosikal 10 minit jer dh sampai..apapun niat mesti betul,barulah dikira sebagai pahala ibadah... Apa2pun,sahabatku di Politeknik Kuching terutamanya..ana merindui korang suma la...(harap2 ler korang terbaca kat blog aana nih..luahan hati nih..hehe)
ketawa sampai lupe nak ttp mulut dh..hehe..itulah kemanisan bila bersama sahabat jemaah

Dakwah: Proses Menakluk Hati Insan

Ahad, 15 Mac 2009
Kepelbagaian orientasi dakwah merupakan rahmat!Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat,para dai'e bebas memilih untuk berintima' dalam orientasi haraki(gerakan),siasi(politik),orientasi tabligh atau sufi bagi mencapai kebersanan dalam kefahaman dan amal Islam.Namun natijah akhirnya tetap sama...MENAKLUK HATI INSAN....

Maka tidak keterlaluan jika disimpulkan sebagai "Dakwah adalah proses menakluk hati".Apabila hati mad'u sudah berjaya ditawan maka mudahlah para pencinta dakwah menggerakkan modus operandinya membantu para mad'u untuk berterusan meneroka khazanah hatinya sendiri.Hidup lena di ulit bahagia andai hati bijak dan arif memilih jalan menuju Rabb.



DAKWAH: Kasih Sayang Senjata Terbaik



"Kewajipanmu wahai hamba Allah!Lembutlah dalam dakwahmu dan jangan menyulitkan orang-orang,membuatnya lari dari agama,jangan membuat mereka lari dengan kekasaranmu,kebodohanmu,kekerasanmu yang menyakitkan dan memudaratkan."
(Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz)
Salah satu sifat yang harus dimiiki oleh sohibud da'wah adalah sifat lemah lembut.Memang tidak dapat disangkal bahawa hati-hati insan itu cenderung kepada individu yang berbuat lemah leembut dan ramah dengannya..pendekatan berhikmah dengan penuh kasih sayang..berdakwah kerana desakan kasih yang sarat memenuhi ruang hati...dimanifestasikan melalui pendekatan yang digunapakai dan tabiat kemanusiaan akan lari dari perkataan yang kasar dan kaku,walau dia itu adalah sebaik-baik makhluk Allah.
Dakwah iu berkesan andai akhlak Muhammad bin Ibn Abdullah menjadi pakaian para pencinta agama!Sesungguhnya thoriqud da'wah ini adalah dakwah yang benar.Lumrahnya kebenaran itu sangat berat diterima oleh jiwa untuk dipasakkan dalam hati insan..tentu saja rasa berat itu akan semakin bertambah sulit andai cara penyampaiannya juga memberatkan,kasar lagi keras..
DAKWAH: Mulakan Dari Dalam Diri,Serulah Ummah
"lisanul hal aqwa min lisanil maqol"
Antara faktor yang menyumbang terbantutnya gerakan dakwah adalah kesilapan para du'at itu sendiri.Antara stigma-stigma negatif yang melanda para du'at ialah melupakan 'tazkiyyatun nafsi atau lebih mudah gagal membudayakan isi da'wah yang disampaikan dalam rutin hidup dai'e."Cakap tak serupa bikin?.Mempromosikan Islam sehingga terlupa diri sendiri perlu diperbaiki.
Ketahuilah wahai dirim,dakwah itu berkesan andai shababudda'wah itu menterjemahkannya dalam rutin kehidupan.Setidak-tidaknya tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.Bersama mulakan dari dalam diri dan kemudian terjunlah ke dalam masyarakat dengan penuh optimis bahawa Allah senantisa bersama.
Tujuan memperbaiki diri adalah untuk melahirkan individu salih yang sahih!Manakala menyeru individu lain adalah untuk memperbanyakkan ummat muhammadiah yang benar!Natijah akhirnya akan mengikat janji untuk bersaudara dan berkasih sayang lalu menjadi satu dasar yang kukuh yang sarat dengan muatan iman.Di atasnya didirikan mercu Islam yang akan menjulang melangit tinggi kebenaran hakiki dan melenyapkan kebathilan daripada merajai dunia.
KEPIMPINAN: Antara Tasyrif Dan Taklif
"Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia(hal ehwal manusia)termasuk kewajipan agama teragung,bahkan agama tidak bernilai tanpanya.Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan,kerana satu sama yang lain saling memerlukan.Dan ketika berkumpul,mereka harus memiliki pemimpin."
(Syeikh Islam ibn Taimiyyah)
Kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan,ada individu yang merasakan diri lebih daripasa yang lain kerana jawatan yang disandang.Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat,namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak,tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap taklifan tersebut.
Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah: "Apa tidaklah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor(pemimpin wilayah)?"Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda: "Wahai Abu Zarr,anda lemah.Ini adalah amanah.Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak,kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
KEPIMPINAN: Syura Suatu Tuntutan
"Tidak bermesyuarat satu kaum melainkan diberi petunjuk yang akan memandu urusan mereka."(Hasan al-Basri)
"Wahai Abdul Rahman,jangan kamu meminta kepimpinan(jawatan),kerana sekiranya kamu diberi jawatan tersebut kamu akan dibebankan dengannya,namun sekiranya kamu diberi jawatan bukan daripada permintaan kamu,kamu akan ditolong daripada bebannya."
(Riwayat Bukhari,Muslim,Nasai dan Ahmad)
Kepimpinan dalam Islam bukanlah satu rebutan,akan tetapi kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab juga amanah yang akan dihisab dan menjadi penyesalan kecuali bagi sesiapa yang menunaikan hak Allah padanya.Syura dalam kepimpinan dipisahkan!Islam sangat menggalakkan syura(mesyuarat)dalam apa jua tindakan.
KEPIMPINAN: Manfaat Atau Mudharat
Amanah Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahannya menyaksikan seluruh ummah mendapat hak keadilan Islam.Jujurnya dalam pengurusan harta kerajaan,ketegasan dan kaliber inilah yang akhirnya menatijahkan kecemerlangan.
Ketokohan Salahuddin al-Ayubi dalam mempertahankan Islam daripada rempuhan tentera salib,kehebatan Sultan Muhammas al-Fatih dalam merealisasikan hadis Nabi SAW berkenaan dengan pembukaan Kota Konstantinopel sewajarnya diambil teladan oleh setiap muslim.Contoh pemimpin inilah merupakan manusia hebat dan cemerlang,punyai visi dan misi dalam perjuangan,berpandangan jauh dan bertaqwa kepada Allah.
Sejarah juga menukilkan kepada kita contoh pemimpin yang sebaliknya seperti Fir'aun,Haman dan Qarun,Namrud,Abu Jahal,Mustafa Kamal at-Tartuk juga antara individu yang mungkin hebat dalam kepimpinan mereka,namun jauh daripada hidayah dan taufik Allah Swt.
Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa kepimpinan adalah saham bagi muslim untuk meraih kasih sayang,petunkuk dan bantuan Allah ataupun membeli kemurkaanNya!!!!
Edisi Khas Buletin AMAL-15/3/2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Selasa, 10 Mac 2009
Assalamualaikum w.b.t.........

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah.Itulah slogan terbaru bersempena dengan hari keputeraan Nabi Allah s.w.t iaitu pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.Walau bertukar ganti pun slogan pada setiap tahun,ianya tetap dengan satu matlamat yang sama lagi jelas iaitu bagi memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.Jesteru itu,pelbagai aktiviti telah dibuat bagi memeriahkan lagi tarikh yang mesti diingati oleh setiap muslim khususnya.Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah seperti ceramah,perarakan dan sebagainya.Tetapi,aktiviti yang paling meriah sekali kalau kita lihat sudah semestinya perarakan sepanduk.Boleh dikatakan di Malaysia ini,hampir semua peringkat bahagian negeri menganjurkan perarakan sepanduk.Tetapi,perlu kita ingat bahawa tidaklah sekadar meraikannya secara zahir sahaja tetapi perlunya penghayatan secara batin kerana melalui penghayatan ini lebih mendekatkan diri kita kepada kecintaaan terhadap Rasulullah s.a.w.


Silsilah Dan Kelahiran Nabi
Telah dilahirkan Nabi kita Muhammad s.a.w pada 12 haribulan Rabi'ul-Awal tahun gajah(yakni di tahun tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah al-Ashran menyerang Ka'abah,tetapi dibinasakan oleh Allah dengan cara yang menakjubkan di mana ceritanya dinyatakan di dalam al-Quran.Itulah riwayat yang paling mahsyur di kalangan 'ulama'.Sesungguhnya hari itu menjadi hari yang paling bahagia kepada muka bumi ini sejak dilahirkan.Baginda adalah dari silsilah yang baik,iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Madrakah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan(sampailah silsilahnya sehingga Sayyidina Ismail bin Ibrahim 'alaihi Salam).Silsilah sehingga Adnan sahaja menjadi sepakat 'ulama'.Adapun selepasnya berlaku percanggahan pendapat.

Lahirnya Rasulullah di kalangan keluarga pilihan adalah menjadi salah satu asas lahiriah yang kuat.Apatah lagi ketika dibangkitkan menjadi Rasul di kalangan masyarakat yang tebal dengan fahaman kekeluargaan(asabiyyah) di masa itu.Di samping itu faktor ini menjadi satu keistimewaan kepada keluarga dan bangsa Arab sebagai kurniaan dari Allah yang Maha Mengetahui tentang makhlukNya.SesungguhNya peranan keluarga yang kuat adalah penting juga kepada dakwah yang disampaikan kepada manusia.Perkara ini pernah dinyatakan oleh Nabi Lut a.s ketika dikepung oleh kaumnya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Seandainya aku ada mempunyai kekuatan,atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat" (Surah Hud:ayat 80)

Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya,Baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Mutallib.Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke dalam Ka'abah untuk memanjatkan doa kepada Allah dan memujiNya kerana dikurniakan cucu lelaki.Kemudian Baginda diberi nama Muhammad,nama pilihan dari Allah yang diilhamkan kepada keluarganya untuk memilih nama itu.Nama yang tidak kenali oleh orang Arab sebelumnya dan mereka kagum dengannya.Muhammad ertinya "orang yang terpuji".Ia adalah nama yang paling layak kepada Rasulullah.Berhubung dengannya Rasulullah pernah bersabda :


"Adakah kamu tidak merasa hairan,bagaimana Allah memalingkan celaan dan kutukan orang-orang Quraisy terhadapku?Mereka mencela dan mengutuk orang yang cela,padahal namaku Muhammad(orang yang terpuji)"
(Hadith Riwayat Bukhari)


Gambar-gambar bersempena Perayaan Maulidur Rasul Di Dewan Suarah,Bintulu(9/03/09).










Kontijen Sekolah Rendah rehat makan selepas berarak

Kontijen Sk Asyakirin

SMT Bintulu-Ex-School ana menang sepanduk

Sepanduk yang menang kategori sekolah...


Ala-ala Arab.....
Menang juga kategori Kontijen Paling Ceria

Merakamkan gambar kenangan

Alhamdulillah

Isnin, 9 Mac 2009
Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya.Semoga dengan nikmat yang Allah kurniakan menambahkan kesyukuran kita kepadaNya..InsyaAllah.

Sekadar untuk berkongsi cerita yang serba ringkas ini.Bersyukur dengan izinNya maka terwujudlah blog ana ini yang taklah seberapa mantap pengisiannya barangkali.Pada mulanya ana tidaklah berminat untuk membuat blog dan sekadar melihat blog orang lain sudah memadai bagi ana.Ini kerana sudah berlambak-lambak blog yang sudah wujud yang mengetengahkan pelbagai konsep ideologi pada blog mereka.Realitinya ana lebih berminat untuk melihat blog-blog yang bercirikan islamik(sebab dekat di hati..hehe) terutamanya blog ustaz muhtar suhaili-www.muhtarsuhaili.com dan ustaz hasrizal-saiful islam.com<---promote nih..hehe..Lama-kelamaan minat itu semakin melembutkan hati ini untuk membuat blog.Hmm..entahlah..ana pun tak terfikirkan apa tujuannya..hehe..tapi ana harap apa-apa yang ana sampaikan dalam blog ini menjadi suatu seni yang boleh dimiliki,diteliti,difahami dan seterusnya disemati oleh para pembaca yang setia dengan pembacaannya.Bak kata Ustaz Hasrizal(saiful islam.com) jugak..Erti Hidup Pada Memberi...Segala kekurangan yang ada pada blog inidiharap mendapat teguran yang bermanfaat daripada para pembaca dengan harapan agar berlakunya pembaikan dan peningkatan pada blog ini..

Jazakallahu khairan khathira...