PM Najib Abdul Razak : Minta Maaf Di Atas Keceluparan Mulut Dan Kejahilan Ilmumu!!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Siapa yang tidak sedih bila seorang ulama' dipersendakan

Siapa yang tidak marah bila seorang ulama' dilabel sebagai seorang pengganas.

Itulah hakikatnya yang berlaku dan labelan ini terpalit ke arah seorang ulama' tersohor, Dr Yusof al-Qaradawi.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

(Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Haditsnya shahih.” Lihat kitab Shahih Sunan Abu Dawud no. 3096, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2159, Shahih Sunan Ibnu Majah no. 182, dan Shahih At-Targhib, 1/33/68)


Di atas kesedaran ini, penulis ingin memohon agar PM Najib Abdul Razak meminta maaf dan menarik balik kata-katanya terhadap jemaah Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu berucap di Istanbul,Turki.



Ini merupakan satu penghinaan ke atas seorang ulama' dan telah menyinggung perasaan Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi dan seluruh warga muslim di atas kenyataan PM Najib Abdul Razak yang tidak bertanggungjawab.

Penulis juga meminta agar PM Najib Abdul Razak beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt di atas perbuatan yang telah dilakukan.

Sila rujuk link yang berkaitan dibawah :

Malaysiakini - http://malaysiakini.com/news/157168

Harakah Daily - http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31107:haris-zalkapli-isu-ikhwan-najib-berlebihan-bina-imej-moderat&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Rindumu Yang Tidak Pernah Pudar

Rabu, 16 Februari 2011

Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan :

Ketika itu baginda sedang duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya.

Di antara para sahabat ada Saidina Abu Bakar,Umar,Utsman,Ali dan yang lainnya. Lalu kemudian baginda bertanya kepada para sahabat. Wahai sabahatku,tahukah anda siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?

Para sahabat terdiam.

Lalu kemudia ada salah seorang sahabat berkata : “Para malaikat ya Rasulullah,merekalah yang mulia”.

Baginda berkata: “Ya,para malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah. Tentulah mereka mulia. Tapi bukan itu yang aku maksudkan”.

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam.

Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata : “Ya Rasulullah,tentulah para nabi. Merekalah yang mulia itu”.

Nabi Muhammad tersenyum.

Baginda berkata : “Ya,para nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah di muka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia,mereka mulia. Tapi ada lagi yang lainnya”.

Para sahabat terdiam.

Tertanya,siapa lagi orang yang mulia.

Hingga kemudian salah seorang sahabat berkata : “Ya Rasulullah,apakah kami sahabatmu ya Rasulullah,apakah kami yang mulia itu,ya Rasulullah?”.

Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu.

Baginda tersenyum melihat para sahabat.

Baginda berkata : “Tentulah anda mulia. Anda dekat denganku. Anda membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin anda tidak mulia. Tentulah anda mulia. Tapi ada lagi lain yang mulia”.

Para sahabat terdiam. Mereka tidak mampu berkata-kata apa lagi.

Tiba-tiba baginda menundukkan wajahnya.

Tiba-tiba baginda menangis dihadapan para sahabat.

Para sahabat pun bertanya : “Mengapa kau menangis,ya Rasulullah?.

Lalu baginda mengangkat wajah dengan keadaan air mata berlinangan membasahi pipi dan janggutnya.

Baginda berkata : “Wahai sahabatku, tahukah anda siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia, mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Dan tahukah kalian, mereka tidak pernah memandangku. Mereka tak pernah melihat wajahku dan mereka tidak dekat denganku seperti anda tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya,aku pun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu….mereka ialah UMATKU”.

Baginda menitiskan airmatanya dan semua sahabatnya menangis.

Tanyalah kepada diri kita. Berbicaralah pada hati kita

Sudahkah kita mencintai baginda. Apakah sekadar meraikan perayaan maulidur Rasul sudah cukup untuk membanggakan diri kita sebagai umat Rasulullah

Mari kita menghayati bait-bait dibawah untuk kita muhasabah dan semarakkan kembali jika cinta kita kepadanya kian terhakis pada hati………….

Ya Rasulullah (Raihan)

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi solli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Situasi Revolusi Mesir

Rabu, 9 Februari 2011
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujuraat 49:6)

Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.

Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.


Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.


Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.

http://ibnuyaacob.com/wp-content/uploads/2011/02/zezinski_baradei_mubarak.jpg

Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak

Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR (Council on Foreign Relation) tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.

Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.

Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.

Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.

Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.

Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.

Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.

Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?

Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.

Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.

Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.

Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir

Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.

Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.

Kesimpulan

Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.

Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.

Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi ‘sintetik’ sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir. Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama, maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.

LTK Bintulu

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Mesir - Kebangkitan Yang Diidam-idamkan

Selasa, 1 Februari 2011
Universiti Al-Azhar. Pusat keilmuan yang tidak boleh dinafikan kehebatan di seantaro dunia.

Bangunan dan binaan indah di sana sentiasa menggamit dan pasti memberikan impak yang luarbiasa bagi para pelancong yang datang berkunjung.

Sudah pasti yang sentiasa mendengar cerita,melihat gambar-gambar di persekitaran negara Mesir di internet ingin sekali mendambakan untuk berada di sana.

Bumi Mesir yang penuh dengan sejarah kebangkitan Islam.

Di bumi Mesir ini banyak melahirkan pejuang-pejuang Islam yang sentiasa mendahagakan MATI SYAHID untuk menegakkan kalimah Allah.

Kalau dahulunya,ketika di era zaman kegemilangan Ikhwan Muslimin yang diketuai oleh Imam Syahid Hasan al-Banna yang berjaya mengajak kelompok pemuda-pemuda membentuk satu kekuatan yang luarbiasa dan membantu kerajaan Mesir pada saat itu menghalau kemaraan tentera Isrel yang rakus menyerang negara Palestin.

Kejayaan tentera Ikhwan Muslimin itu menimbulkan hasad dengki dan rasa terancam oleh kerajaan Mesir pada ketika itu tambahan pula Ikhwan Muslimin mula terlibat dalam POLITIK dan membuat keputusan untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Kerajaan Mesir yang merasa tergugat dengan kehadiran Ikhwan Muslimin yang berjaya menawan hati-hati rakyat Mesir sehingga mereka merancang satu konspirasi untuk menjatuhkan kuasa Ikhwan Muslimin. Dan akhirnya,Ikhwan Muslimin diHARAMkan oleh kerajaan Mesir.

Pada ketika itulah berlakunya pertempuran di antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan Mesir. Banyak pejuang-pejuang Ikhwan yang berjaya ditahan dan tidak kurang juga dibunuh oleh kerajaan kuffar Mesir. Yang berada di dalam tahanan pula akan disiksa dengan pelbagai macam cara yang sungguh zalim. Sehingga ke kemuncak perjuangan Ikhwan Muslimin pada ketika itu berakhir dengan pembunuhan Iman Syahid Hasan al-Banna yang dirancang. kuasa Ikwhan Muslimin selepas itu mulai berkurang tetapi dalam masa yang sama perancangan untuk mewujudkan gerakan Islam diteruskan dengan terancang dan teratur.







Kini Mesir kembali tegang!!!!!!!

Tegangnya Mesir kini menjadi fokus utama dunia. Banyak pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat Mesir. Rakyat bangkit ingin menggulingkan kerajaan Mesir yang dikepalai oleh Diktator Hosni Mubarak. Kini rakyat Mesir tidak mampu lagi untuk membendung rasa marah dan tidak puas hati dalam dada lagi. Akibat dari penindasan yang teruk terhadap rakyat,penipuan dalam pilihanraya menjadikan rakyat Mesir kini TERBEBAN DALAM TEMPOH YANG SEKIAN LAMANYA.




Kini rakyat Mesir memberontak di jalanan semata-mata untuk satu tujuan sahaja iaitu MAHUKAN HOSNI MUBARAK MELETAKKAN JAWATAN DAN MENGINGINKAN PEMERINTAHAN YANG LEBIH ADIL SELEPAS ITU.

Mesir di dalam tempoh darurat menyebabkan mudarat yang banyak berlaku. Kerosakan harta benda,banduan terlepas,kes rogol,kecederaan malahan kematian pun turut terjadi.

Disebalik kemudaratan ini juga ada manfaat yang terpancar. Kebangkitan rakyat Mesir ini memberi sinar harapan yang baru untuk Palestin yang sekian lama di’kuarantin’kan oleh kerajaan-kerajaan yang berjiran dengannya. Salah satu laluan utama menuju ke Palestin adalah melalui Negara Mesir yang menjadi kuda tunggangan Yahudi/Amerika Syarikat yang kini menyekat mana-mana pihak luar untuk masuk ke Palestin memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat Palestin yang semakin zalim ditindas.

Kejayaan rakyat Mesir menggulingkan Diktator Husni Mubarak nanti memungkinkan satu sejarah baru dan kebangkitan revolusi rakyat Mesir yang menginginkan keadilan yang sewajarnya dan ini akan menyebabkan kuasa mutlak Yahudi/Amerika Syarikat terjejas teruk. Sebab itulah Amerika Syarikat terpaksa campur tangan di dalam kemelut Mesir demi menjaga kepentingan Amerika Syarikat sendiri.





Bangkitlah rakyat Mesir menentang kezaliman Kerajaan Mesir. Bangkitlah menegakkan Islam yang menjadi ‘ustaziatul alam’ pada satu ketiak dahulu.Kami mendoakan anda berjaya menggulingkan Diktator Hosni Mubarak yang menjadi anak suruhan Yahudi/Amerika Syarikat. Doa dan bantahan kami di seluruh pelusuk dunia ini menyokong segala tindakan berani anda di Mesir.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Muhammad ; Ayat 7