Kuizm - Permulaan Bagi Langkahan Kaki Yang Pertama

Ahad, 23 Mei 2010

RAWANG, 22 Mei: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (Kuizm) yang ditubuhkan oleh PAS akan memulakan pengambilan pelajarnya Julai ini.

Untuk permulaan, kolej universiti itu akan menawarkan lima kursus peringkat diploma iaitu ilmu wahyu, syariah, muamalat, pembankan Islam, usuludin, dakwah dan ICT.

Demikian beritahu Pengerusi Lembaganya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam majlis makan malam kutipan dana untuk Kuizm di Perangsang Templer Golf Resort, di sini, malam ini.

Kira-kira 400 orang tetamu menyertai majlis yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.

Kuizm akan beroperasi di tapak Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Menurut Abdul Hadi, penubuhan Kuizm sangat penting kerana Islam sendiri sangat pentingkan ilmu apabila ayat Al Quran pertama adalah tentang ilmu.

Tamadun barat sedang alami kehancuran kerana kegagalan pembangunan insan mereka.

“Oleh itu Islam perlu meminpin semula dunia. Atas dasar itu pentingnya penubuhan Kuizm ini untuk menyediakan umat Islam dengan ilmu bagi memimpin,” kata Abdul Hadi.

0 luah rasa:

Catat Ulasan