Baitul Muslim : Di mana kebenarannya

Rabu, 29 Ogos 2012

Ada seorang teman baik berkongsi catatan buku 555 nya semalam.

Kahwin RM 20k.
Hutang kereta RM40k.
Kalau nak beli rumah RM 250k.
Belanja adik beradik yang masih sekolah tidak dapat PTPTN dalam RM 80k (hingga habis Universiti).
Gaji baru RM 1.5k.

Perbelanjaan sebulan:

1. Simpanan kahwin - RM 200
2. Bayar kereta - RM 500
3. Simpanan untuk membeli rumah - RM 300
4. Belanja adik beradik dan mak ayah - RM 400
6. Duit makan sebulan campur minyak - RM 200
7. Wang hangus - RM ??

= (akaun negatif hujung bulan) !

Kalau ikut kiraan ilmu hisab, 8 tahun 3 bulan barulah kawan ini boleh bergelar pengantin.
Kalau umur mula bekerja 25 tahun. ( anggaplah 1 tahun hangus sebab 'tanam anggur' )
Umur 33 tahun 3 bulan baru jadi suami orang!
Itu tidak termasuk bayar PTPTN untuk diri sendiri tu..

Dia kata, padanlah anak muda sekarang ini kalau menderma ke tabung masjid RM 1 sahaja.
Sebab sudah boleh dikategorikan sebagai Al-Masakin wal-Fuqara'.

Hehe, betul juga rasanya.


"Sebaik-baik perempuan adalah yang paling murah maharnya"
( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )



#Kesimpulannya, benarlah kata Hadis wanita yang terbaik adalah mereka yang rendah maharnya (termasuk hantarannya. Sebab zaman Nabi tiada istilah hantaran).



Kesian kat bakal suami.

Jom tolong kempen !


share : anugerahcinta86.blogspot.com

2 luah rasa:

  1. Unknown berkata...:

    Insyaallah... apa yang penting kesepakatan bakal pengantin. insyaallah ibu bapa kedua mempelai selalunya akan setuju..namun faktor ancaman selalunya bermula apabila campur tangan dari family terdekat.. THIS IS BEST ON MY PARENT'S EXPERIENCE dalam menguruskan pertunangan dan perkahwinan family terdekat..
    Solution : bincang sesama family, sepakat dahulu then baru panggil family sebelah menyebelah utk bantu URUSKAN.. Bukan MENYEMAKAN keadaaan.. :)

Catat Ulasan