Dakwah: Proses Menakluk Hati Insan

Ahad, 15 Mac 2009
Kepelbagaian orientasi dakwah merupakan rahmat!Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat,para dai'e bebas memilih untuk berintima' dalam orientasi haraki(gerakan),siasi(politik),orientasi tabligh atau sufi bagi mencapai kebersanan dalam kefahaman dan amal Islam.Namun natijah akhirnya tetap sama...MENAKLUK HATI INSAN....

Maka tidak keterlaluan jika disimpulkan sebagai "Dakwah adalah proses menakluk hati".Apabila hati mad'u sudah berjaya ditawan maka mudahlah para pencinta dakwah menggerakkan modus operandinya membantu para mad'u untuk berterusan meneroka khazanah hatinya sendiri.Hidup lena di ulit bahagia andai hati bijak dan arif memilih jalan menuju Rabb.



DAKWAH: Kasih Sayang Senjata Terbaik



"Kewajipanmu wahai hamba Allah!Lembutlah dalam dakwahmu dan jangan menyulitkan orang-orang,membuatnya lari dari agama,jangan membuat mereka lari dengan kekasaranmu,kebodohanmu,kekerasanmu yang menyakitkan dan memudaratkan."
(Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz)
Salah satu sifat yang harus dimiiki oleh sohibud da'wah adalah sifat lemah lembut.Memang tidak dapat disangkal bahawa hati-hati insan itu cenderung kepada individu yang berbuat lemah leembut dan ramah dengannya..pendekatan berhikmah dengan penuh kasih sayang..berdakwah kerana desakan kasih yang sarat memenuhi ruang hati...dimanifestasikan melalui pendekatan yang digunapakai dan tabiat kemanusiaan akan lari dari perkataan yang kasar dan kaku,walau dia itu adalah sebaik-baik makhluk Allah.
Dakwah iu berkesan andai akhlak Muhammad bin Ibn Abdullah menjadi pakaian para pencinta agama!Sesungguhnya thoriqud da'wah ini adalah dakwah yang benar.Lumrahnya kebenaran itu sangat berat diterima oleh jiwa untuk dipasakkan dalam hati insan..tentu saja rasa berat itu akan semakin bertambah sulit andai cara penyampaiannya juga memberatkan,kasar lagi keras..
DAKWAH: Mulakan Dari Dalam Diri,Serulah Ummah
"lisanul hal aqwa min lisanil maqol"
Antara faktor yang menyumbang terbantutnya gerakan dakwah adalah kesilapan para du'at itu sendiri.Antara stigma-stigma negatif yang melanda para du'at ialah melupakan 'tazkiyyatun nafsi atau lebih mudah gagal membudayakan isi da'wah yang disampaikan dalam rutin hidup dai'e."Cakap tak serupa bikin?.Mempromosikan Islam sehingga terlupa diri sendiri perlu diperbaiki.
Ketahuilah wahai dirim,dakwah itu berkesan andai shababudda'wah itu menterjemahkannya dalam rutin kehidupan.Setidak-tidaknya tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.Bersama mulakan dari dalam diri dan kemudian terjunlah ke dalam masyarakat dengan penuh optimis bahawa Allah senantisa bersama.
Tujuan memperbaiki diri adalah untuk melahirkan individu salih yang sahih!Manakala menyeru individu lain adalah untuk memperbanyakkan ummat muhammadiah yang benar!Natijah akhirnya akan mengikat janji untuk bersaudara dan berkasih sayang lalu menjadi satu dasar yang kukuh yang sarat dengan muatan iman.Di atasnya didirikan mercu Islam yang akan menjulang melangit tinggi kebenaran hakiki dan melenyapkan kebathilan daripada merajai dunia.
KEPIMPINAN: Antara Tasyrif Dan Taklif
"Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia(hal ehwal manusia)termasuk kewajipan agama teragung,bahkan agama tidak bernilai tanpanya.Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan,kerana satu sama yang lain saling memerlukan.Dan ketika berkumpul,mereka harus memiliki pemimpin."
(Syeikh Islam ibn Taimiyyah)
Kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan,ada individu yang merasakan diri lebih daripasa yang lain kerana jawatan yang disandang.Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat,namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak,tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap taklifan tersebut.
Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah: "Apa tidaklah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor(pemimpin wilayah)?"Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda: "Wahai Abu Zarr,anda lemah.Ini adalah amanah.Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak,kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
KEPIMPINAN: Syura Suatu Tuntutan
"Tidak bermesyuarat satu kaum melainkan diberi petunjuk yang akan memandu urusan mereka."(Hasan al-Basri)
"Wahai Abdul Rahman,jangan kamu meminta kepimpinan(jawatan),kerana sekiranya kamu diberi jawatan tersebut kamu akan dibebankan dengannya,namun sekiranya kamu diberi jawatan bukan daripada permintaan kamu,kamu akan ditolong daripada bebannya."
(Riwayat Bukhari,Muslim,Nasai dan Ahmad)
Kepimpinan dalam Islam bukanlah satu rebutan,akan tetapi kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab juga amanah yang akan dihisab dan menjadi penyesalan kecuali bagi sesiapa yang menunaikan hak Allah padanya.Syura dalam kepimpinan dipisahkan!Islam sangat menggalakkan syura(mesyuarat)dalam apa jua tindakan.
KEPIMPINAN: Manfaat Atau Mudharat
Amanah Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahannya menyaksikan seluruh ummah mendapat hak keadilan Islam.Jujurnya dalam pengurusan harta kerajaan,ketegasan dan kaliber inilah yang akhirnya menatijahkan kecemerlangan.
Ketokohan Salahuddin al-Ayubi dalam mempertahankan Islam daripada rempuhan tentera salib,kehebatan Sultan Muhammas al-Fatih dalam merealisasikan hadis Nabi SAW berkenaan dengan pembukaan Kota Konstantinopel sewajarnya diambil teladan oleh setiap muslim.Contoh pemimpin inilah merupakan manusia hebat dan cemerlang,punyai visi dan misi dalam perjuangan,berpandangan jauh dan bertaqwa kepada Allah.
Sejarah juga menukilkan kepada kita contoh pemimpin yang sebaliknya seperti Fir'aun,Haman dan Qarun,Namrud,Abu Jahal,Mustafa Kamal at-Tartuk juga antara individu yang mungkin hebat dalam kepimpinan mereka,namun jauh daripada hidayah dan taufik Allah Swt.
Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa kepimpinan adalah saham bagi muslim untuk meraih kasih sayang,petunkuk dan bantuan Allah ataupun membeli kemurkaanNya!!!!
Edisi Khas Buletin AMAL-15/3/2009

0 luah rasa:

Catat Ulasan