Berikan Daku Ruang Dan Waktu

Isnin, 20 Julai 2009
Buat insan yang dahagakan pembaikan diri.

Jangan memandang banyak buruknya pada diri kita, pandanglah banyak kebaikan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya diri kita ini akan di uji keimanan kepadaNya, akan diuji kesetiaan kita kepadaNya. Beruntunglah orang yang bersabar menghadapinya dan bersenang-senanglah orang yang menjiwai keperitan lalauannya.

Bersungguh-sungguhlah dalam pembaikian ini.......


An-Nisa'(4:68) :
"dan pasti Kami tunjukkan mereka jalan yang lurus."



Dapatkan Mesej Bergambar disini

Menyelusuri sungai berliku ini
Tak semudah kata manis, kata rindu dan kata madu
Kerana tinggi sukarnya arus
membelenggu deras
menenggelamkan madah pujangga sukma
Kerana selutnya lumpur yang mencengkam
langkahan kaki semangat
Membantutkan gerak kerja langkah jaya
Berikan daku ruang dan waktu
untuk perubahan
untuk kefahaman
untuk kepayahan
untuk pedoman
Agar mantap iman
tak hanyut dibawa arus gila.

0 luah rasa:

Catat Ulasan