Syukur..Mereka Semua Selamat

Selasa, 16 Februari 2010
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...Bersyukur kepada Allah swt yang masih lagi memberikan ruang dan waktu ini untuk terus memuhasabahkan diri lantas membaiki apa yang terkurang untuk menuju ke arah yang lebih dan bermakna di setiap saat penghidupan yang senantiasa di perhatikan oleh-Nya amal baik buruk ini...

Sekadar entri yang ringkas sahaja untuk ditatap buat pembaca yang masih setia dengan pembacaannya.

Ingin mengucapkan syukur kepada Allah di atas sifat-Nya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pada 12 Februari 2010,keluarga ana kemalangan di jalanraya semasa dalam perjalanan ke Kuching untuk menghadiri perkahwinan abang ana di Kuching. Sebanyak 2 buah kereta yang dinaiki oleh keluarga ana iaitu Pak Ngah,Mak Ngah,Mak Udak,Ibu ana,Nek Ngah,3 orang adik ana dan 2 orang anak buah ana.

Mujurlah kesemua keluarga ana selamat semasa kemalangan tersebut berlaku. Cuma mereka mengalami kecederaan ringan sahaja.

Kisahnya bermula apabila terdapat sebuah kereta di hadapan kereta Pak Ngah dan kereta abang ana yang dipandu oleh Mak Udak. Kereta tersebut memperlahankan keretanya untuk masuk ke simpang. Jadi kereta Pak Ngah dan abang ana pun memperlahankan juga.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi kereta membrek dan tidak tahu dari arah mana tuju bunyi tersebut. Keluarga ana terpinga-pinga mencari bunyi tersebut dan akhirnya berlaku la perlanggaran kereta. Rupa-rupanya kereta yang membrek itu melanggar kereta abang ana dari belakang.





Sesungguhnya ujian Allah itu banyak sekali kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan apa yang berlaku ini juga merupakan salah satu ujian yang harus diterima dengan redha.

Kerana,tanpa pembuktian keimanan ini tidak akan membawa diri kita kepada redha Allah jika kita tidak diuji lagi dengan kesusahan daripada Allah swt.Bahkan,sekiranya kita diberi kesenangan seumur hidup kita,itu juga merupakan salah satu ujian yang boleh mengaburi keimanan tanpa kita sedari.

Bersyukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan waktu untuk ana menikmati ukhuwah kekeluargaan ini.

0 luah rasa:

Catat Ulasan