Festival Busana Muslim : Di Mana Sensitiviti Kita ?

Sabtu, 23 Oktober 2010
Sekarang ini heboh dengan isu Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dan banyak pula pandangan dan respon manusia yang melihat kesan dan akibat dari progam yang dikatakan “Islamik” kononnya.

Ada yang berdiam diri.

Ada yang mengutuk hebat.

Ada yang membuat bantahan aman.

Dan berbagai lagi tindakan seumpama dan sebaliknya.

Saya bukanlah hendak mengulas panjang lebar berkenaan dengan isu tersebut kerana sudah banyak saluran dan media alternatif menyampaikan maklumat yang hampir sama dan serupa berkenaan dengan isu Festival Busana Muslim tersebut. Tetapi,suka hendak saya mengajak anda untuk berfikir dan berzikir dalam bentuk persoalan yang mungkin.

Di manakah sensitiviti kita sebagai seorang umat Islam apabila berlaku kemungkaran yang besar lebih-lebih lagi penghinaan terhadap Nabi Muhammad serta Islam itu sendiri ?

Dari Abi Sa’id al-Khudri radiyallahu ‘anh katanya : Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendakla ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.

(Hadith Riwayat Muslim)

Sudah pasti jika kita melihat gambar-gambar model yang memakai pakaian yang dikatakan kononnya ‘islamik’ tidaklah se’islamik’ yang berpandukan Quran dan Sunnah. Malah pemakaian penampilan model tersebut tidak bersyariat dan menyebabkan maksiat pula. Ini adalah satu kemungkaran yang WAJIB dicegah. Ditambah lagi dengan penggunaan nama Nabi kita yang mulia,Muhammad Habibullah, yang dalam keadaan terbalik pada salah baju salah seorang model Festival Busana Muslim tersebut.

Sekali lagi saya ingin menekankan kepada andakhususnya yang beragama Islam bahawa dimanakah letaknya keseriusan anda dalam menangani hal ini. Saya memerhati respon para peminat facebook,blogger dan seumpanya masih dalam kesedaran yang kurang. Mungkin ada yang perasan isu ini tetapi tidak diambil endahkan.

Hal ini agak merisaukan saya melihatkan ketidakpedulian anda dalam isu yang sebesar ini. Sekurang-kurangnya luahkanlah ketidakpuasan hati anda kepada PIHAK KERAJAAN ini sebagai tanda kita menentang kemungkaran ini atas dasar kita mengubahnya dengan lidah dan hati kita.

Sudah pasti kita tidak mampu untuk mengubah kemungkaran ini dengan KUASA kerana pihak yang menyokong dan mendokong usaha program Festival Busana Muslim ini adalah pihak yang diberikan KUASA untuk memerintah. Tapi JAHIL dan BODOH untuk membezakan lagi yang mana satu BATIL dan yang mana satu yang dikatakan HAK.

Yang pasti manfaatkanlah LIDAH dan HATI ini untuk mencegah kemungkaran yang sudah terang lagi bersuluh ini.

Berikut sebahagian gambar yang say terima dari sahabat-sahabat berkenaan prgram Festival Busana Muslim..

Lihat Dan Renungkanlah....





3 luah rasa:

  1. mena ya is. nang sik patut la fesyen2 daktok. kacak gik baju kurung...

  1. that rigth ahim..sekarang tok kita kena alert dengan isu semasa di Malaysia..Banyak kemungkaran yang pihak memrintah polah dah kat Malaysia tok..Bagus2 Allah kurniakan KUASA untuk memerintah tapi sik dimanfaatkan untuk Islam..Malaysia masih lagi negara Islam yang diura-urakan oleh kerajaan..Buktinya IFF(Islamic Fashion Festival)..Prgoram Maksiat Tanpa Syariat Bawa Mudarat..Embak separuh2 jak Islam..Allahu rabbi..Innalillah..

  1. Bukan Journey One Malaysia k..hehe

Catat Ulasan