Tarbiyyah : Satu Proses Pengalaman

Khamis, 28 Oktober 2010

Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari menulis.

Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukanlah masalah.

Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri.

Bagaimana menghadapinya.

Bagaimana mengendalikannya.

Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian. Tidak dapat datang usrah. Tidak dapat datang mesyuarat dan macam-macam lagi pengajian.

Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal. Solat tidak berjamaah,tinggal zikir ma’thurat,tidak ada masa untuk al-Quran juga tidak dapat bangun malam bertahajjud.

Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan,terabai langsung amal-amal fardi.

Alasan yang datang dari nafsu dan kerendahan himmah seorang yang mengaku pejuang..!

Jesteru,tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah.

Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah. Namun, ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu,berpegang dengan fikrah juga pengalaman mengandalikan diri dalam berhadapan dengan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan.

Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman. Bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup. Bagaimana rasanya beramal dan merasai lazat beramal. Bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan. Bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.

Oleh itu,jika pernah rasa senang maka kena rasa juga lemah. Jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah. Jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. Semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan reality perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya.

Firman Allah Azza wa Jalla yang bermaksud :

“Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah lagi dating pertolongan Allah’ Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir”.

Al Baqarah : 214

Oleh itu,ya abnai,kukuhkan amalanmu,terjunlah ke medan perjuangan,tinggalkanlah alam mimpi fikrah dan idealismamu.

Nescaya antum bakal menjadi pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar.

Menjadi pencinta mati syahid demi syurga Allah yang tinggi.

Edit semula nukilan Abi

0 luah rasa:

Catat Ulasan