Seni Kata Dan Rasa

Rabu, 10 November 2010

Boleh jadi saya ini seorang yang kreatis mereka fikir.

Boleh jadi saya ini seorang yang kritis mereka rasa.

Malah,boleh jadi saya ini seorang yang jiwang mereka kata.

Kadang-kadang senyap memikirkan.

Jarang-jarang meluah mencari resah.

Inilah kenyataan yang harus saya terima dengan senyum.

Kata-kata boleh mewujudkan satu lagi percambahan ilmu dan peningkatan berfikir kendiri.

Terpulanglah apa yang diperkatakan.

Boleh jadi ia betul dan boleh jadi ia salah.

Tetapi,sekiranya ia betul,boleh jadi ia dapat digunakan dan jika ia salah,belum tentu ia terus salah buat selama-lamanya.

Mungkin ia salah bila diperkatakan bukan pada tempat dan tepat masanya.


SENI SANA SINI, SUNYI TANPA IMAN SENYAP TANPA ISLAM

Agak mudah untuk dieja dan dikatakan sebaris kenyataan ini.

Tetapi agar sukar untuk mendefinisikan isi yang tersirat. Ianya bukanlah sesuatu yang begitu objektif mahupun subjektif pada ungkapan ertinya.

Ianya satu bentuk keterangan bagi satu ketetapan mutlak yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Lihatlah disekeliling kita,segalanya bersahaja menyapa riang dengan pelbagai variasi perasaan dihamparkan.

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa
yang mereka sifatkan.
(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

Seni ini mengajar kita supaya lebih banyak menghayati,meneliti,mengamati setiap kejadian yang berlaku melewati diri.

Seni ini juga mengajak kita supaya dimengertikan nilai tujunya.

Seni ini juga menyeru kita supaya mengaplikasikan kehendak mahu-Nya.

Cuma minta jangan buta hati mendefinisikan seni ini pada satu lorong kata mati saja.

Kerana ianya pelangi indah yang muncul selepas gerimis hujan melanda.

Kerana ianya garisan rindu yang infiniti di lautan sana.


1 luah rasa:

  1. Irkiz Kiki berkata...:

    Salam,Sunguh Indah Ungkapan Kata "Seni Sana sini, Sunyi Tanpa Iman Senyap Tanpa Islam"
    pertamanya, tahniah & syabas saya ucapkan kepada penulis atas olahan bahasa yang menarik kerna tertarik sudah hati ini untuk cuba mengerti erti ungkapan yang penulis bicarakan ...
    tiada komen ataupun kritikan yg ingin saya perkatakan disini tetapi cumanya sedikit harapan kepada penulis iaitu agar meneruskan gaya penulisan sebegini kerna ianya merupakan antara salah satu platform penulis utk memberi gambaran kepada pembaca akan gaya pemikiran saudara...

Catat Ulasan