Journey Of Muslim 2010 (JOM 2010)

Jumaat, 24 Disember 2010

Alhamdulillah.

Pertama dan selama-lamanya puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah.

Selawat dan salam buat penghulu kami Rasulullah, keluarga dan para sahabat yang setia. Sesungguhnya derapan langkah perjuangan mereka yang bertunjangkan keikhlasan kepada Allah, menjadi asbab kita masih menikmati nikmat islam dan iman hari ini.

Jika hari ini kita membuka mata, kita melihat realiti kehidupan remaja islam khususnya, ramai yang telah terpengaruh dengan budaya-budaya buruk barat. Budaya yang menghancurkan remaja secara senyap. Jika hari ini kita membuka lembaran sejarah, kita akan melihat realiti kehidupan remaja islam zaman dulukala, yang jauh berbeza dengan remaja hari ini.

Kita lihat, bagaimana remajanya keremajaan mereka.

Kita lihat pada Ibrahim.

Zaman remajanya berani terang-terangan menundukkan kebatilan. Sedangkan kebatilan yang berlaku di hadapan matanya bukanlah sesuatu yang kecil. Berhala, patung-patung binaan ayahnya sendiri dimusnahkan demi menyampaikan betapa tuhan yang hanya layak disembah adalah Allah. Tegasnya menyisipkan kebenaran, sehingga sanggup dilontar ke dalam api yang panas lalu tiada hangus.

Itu Ibrahim.

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

(Surah Ibrahim ayat 35)

Lihat bagaimana keremajaan Ali.

Sanggup menggadaikan nyawa sendiri di atas katil Rasulullah menggantikan baginda untuk mengelirukan pihak musuh. Belasan tahun telah menjadi pendokong kekasih Allah. Bangun seraya berkata : Ya Rasulullah, akulah yang akan menolongmu, aku bersedia memerangi sesiapa sahaja yang memerangimu.

Begitu Ali, ketika remajanya.

Journey Of Muslims 2010 (JOM '10)

Remaja hari ini, perlu diterapkan nilai-nilai remaja seperti mereka. Betapa islam adalah satu-satunya agama dan cara hidup yang benar. Maka untuk itu, Kelab Remaja Amal, Yayasan Amal Malaysia berusaha untuk mengadakan program buat remaja. Semoga melalui program ini, generasi yang lahir adalah generasi Rabbani, yang sentiasa menunjang agama dalam setiap aspek kehidupan.

Alhamdulillah.

JOM '10 merupakan program yang akan dilaksanakan. Bertempat di Taman Selera, Tanjong Lobang Miri pada 25 Disember 2010 (sabtu). Merupakan kesinambungan dari program Kem Remaja Islam (KRIS) untuk memberikan kefahaman kepada para peserta (tidak jumud kepada bekas peserta KRIS sahaja) akan kepimpinan dan pengurusan organisasi serta persediaan sebagai pemimpin berkarisma.

InsyaAllah sekaligus dapat mengumpulkan kembali para peserta program KRIS di dalam satu liqa' ilmu bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator di samping merapatkan simpulan ukhwah sesama kita. Berikut merupakan tentatif program :

0730 - 0815 : Ketibaan peserta

0815 - 0845 : Modul Ta'aruf

0845 - 0900 : Sarapan Pagi

0900 - 1000 : Pengisian 1

1000 - 1200 : Modul 1 (Explorace)

1200 - 1400 : Solat Zohor, tazkirah dan makan tengah hari

1400 - 1500 : Sesi motivasi bersama mahasiswa/mahasiswi

1500 - 1600 : Modul 2

1600 - 1630 : Solat asar dan tazkirah

1630 - 1730 : Slot khas bersama Ustaz Khairi (Mantan Paderi SIB)

1730 - 1745 : Penutupan

1745 : Bersurai

Segala kekeliruan boleh hubungi di talian +60148911948 begin_of_the_skype_highlighting +60148911948 end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting +60148911948 end_of_the_skype_highlighting

Akhirnya, tidaklah kami mengharapkan yang sempurna, tetapi insyaAllah semua pihak akan berusaha untuk mencapai ke arah kesempurnaan program ini kelak. Justeru, semoga para peserta datang dengan membawa niat keikhlasan, dan pulang membawa segenggam kekuatan untuk menjadi pewaris pemimpin ummah pada masa hadapan.

Ingatlah sabda Rasulullah :


"Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mendapatkan ilmu (pengetahuan) maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga,”

(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Hadis berisi khabar gembira daripada Allah.

Betapa Dia memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang gemar menuntut ilmu pengetahuan, dan sanggup mendatangi majlis-majlis ilmu yang diadakan walaupun terpaksa menempuh jalan yang jauh dan sukar, supaya mudah masuk ke dalam syurga-Nya.

Semoga dapat kami menerapkan nilai keremajaan sepertimana remajanya Ibrahim dan Ali ketika zaman remajanya. Remaja yang hidup bertunjangkan islam semata-mata dan tidak gentar menyampaikan kebenaran. Semoga dapat melahirkan remaja yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan professional dalam setiap nadi pengurusan kehidupan.

Jadi adik-adik, tunggu apa lagi?

Marilah mengikuti program!

Cemerlanglah bersama islam

4 luah rasa:

  1. Assalamua'laikum..akak rasa patut di ulas kelak program tok dalam laman web semissa...atau laman web kris..

  1. aisyah : insyaAllah..akan diusahakan..tp kmk bukan pengelola laman semissa..tgu laporan dari ajk JOM lak..kmk dapat ulas kat laman web kris ajak sbb salah seorang admin sia... (",)

  1. dah kmk tgk dlm blog kris..thumbs up, bangkitkan jihad mlalui semua sumber yg ada..mcm blog kris xda link dlm blog semissa..myb ktk bleh ajukan..kt bantu n ingatkan shbt yg uruskan blog semissa sbb ya tggjwb kt bersama...

  1. slm abg is.. wahh.. nice.. best laa.. lagu pun bersemangat.. SUNGGUH.. insyaallah pembaca2 pasti lebih ramai.. kmk msh baru bang.. blog pun biasa2.. kmk suka pic di atas skali yg ktk edit.. nice.. ada label2.. agama..isu semasa.. best.. leh tlg ajar hehhe

Catat Ulasan