Mesir - Kebangkitan Yang Diidam-idamkan

Selasa, 1 Februari 2011
Universiti Al-Azhar. Pusat keilmuan yang tidak boleh dinafikan kehebatan di seantaro dunia.

Bangunan dan binaan indah di sana sentiasa menggamit dan pasti memberikan impak yang luarbiasa bagi para pelancong yang datang berkunjung.

Sudah pasti yang sentiasa mendengar cerita,melihat gambar-gambar di persekitaran negara Mesir di internet ingin sekali mendambakan untuk berada di sana.

Bumi Mesir yang penuh dengan sejarah kebangkitan Islam.

Di bumi Mesir ini banyak melahirkan pejuang-pejuang Islam yang sentiasa mendahagakan MATI SYAHID untuk menegakkan kalimah Allah.

Kalau dahulunya,ketika di era zaman kegemilangan Ikhwan Muslimin yang diketuai oleh Imam Syahid Hasan al-Banna yang berjaya mengajak kelompok pemuda-pemuda membentuk satu kekuatan yang luarbiasa dan membantu kerajaan Mesir pada saat itu menghalau kemaraan tentera Isrel yang rakus menyerang negara Palestin.

Kejayaan tentera Ikhwan Muslimin itu menimbulkan hasad dengki dan rasa terancam oleh kerajaan Mesir pada ketika itu tambahan pula Ikhwan Muslimin mula terlibat dalam POLITIK dan membuat keputusan untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Kerajaan Mesir yang merasa tergugat dengan kehadiran Ikhwan Muslimin yang berjaya menawan hati-hati rakyat Mesir sehingga mereka merancang satu konspirasi untuk menjatuhkan kuasa Ikhwan Muslimin. Dan akhirnya,Ikhwan Muslimin diHARAMkan oleh kerajaan Mesir.

Pada ketika itulah berlakunya pertempuran di antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan Mesir. Banyak pejuang-pejuang Ikhwan yang berjaya ditahan dan tidak kurang juga dibunuh oleh kerajaan kuffar Mesir. Yang berada di dalam tahanan pula akan disiksa dengan pelbagai macam cara yang sungguh zalim. Sehingga ke kemuncak perjuangan Ikhwan Muslimin pada ketika itu berakhir dengan pembunuhan Iman Syahid Hasan al-Banna yang dirancang. kuasa Ikwhan Muslimin selepas itu mulai berkurang tetapi dalam masa yang sama perancangan untuk mewujudkan gerakan Islam diteruskan dengan terancang dan teratur.







Kini Mesir kembali tegang!!!!!!!

Tegangnya Mesir kini menjadi fokus utama dunia. Banyak pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat Mesir. Rakyat bangkit ingin menggulingkan kerajaan Mesir yang dikepalai oleh Diktator Hosni Mubarak. Kini rakyat Mesir tidak mampu lagi untuk membendung rasa marah dan tidak puas hati dalam dada lagi. Akibat dari penindasan yang teruk terhadap rakyat,penipuan dalam pilihanraya menjadikan rakyat Mesir kini TERBEBAN DALAM TEMPOH YANG SEKIAN LAMANYA.




Kini rakyat Mesir memberontak di jalanan semata-mata untuk satu tujuan sahaja iaitu MAHUKAN HOSNI MUBARAK MELETAKKAN JAWATAN DAN MENGINGINKAN PEMERINTAHAN YANG LEBIH ADIL SELEPAS ITU.

Mesir di dalam tempoh darurat menyebabkan mudarat yang banyak berlaku. Kerosakan harta benda,banduan terlepas,kes rogol,kecederaan malahan kematian pun turut terjadi.

Disebalik kemudaratan ini juga ada manfaat yang terpancar. Kebangkitan rakyat Mesir ini memberi sinar harapan yang baru untuk Palestin yang sekian lama di’kuarantin’kan oleh kerajaan-kerajaan yang berjiran dengannya. Salah satu laluan utama menuju ke Palestin adalah melalui Negara Mesir yang menjadi kuda tunggangan Yahudi/Amerika Syarikat yang kini menyekat mana-mana pihak luar untuk masuk ke Palestin memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat Palestin yang semakin zalim ditindas.

Kejayaan rakyat Mesir menggulingkan Diktator Husni Mubarak nanti memungkinkan satu sejarah baru dan kebangkitan revolusi rakyat Mesir yang menginginkan keadilan yang sewajarnya dan ini akan menyebabkan kuasa mutlak Yahudi/Amerika Syarikat terjejas teruk. Sebab itulah Amerika Syarikat terpaksa campur tangan di dalam kemelut Mesir demi menjaga kepentingan Amerika Syarikat sendiri.





Bangkitlah rakyat Mesir menentang kezaliman Kerajaan Mesir. Bangkitlah menegakkan Islam yang menjadi ‘ustaziatul alam’ pada satu ketiak dahulu.Kami mendoakan anda berjaya menggulingkan Diktator Hosni Mubarak yang menjadi anak suruhan Yahudi/Amerika Syarikat. Doa dan bantahan kami di seluruh pelusuk dunia ini menyokong segala tindakan berani anda di Mesir.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Muhammad ; Ayat 7

2 luah rasa:

  1. لئيبة berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. لئيبة berkata...:

    insyaAllah..moga tercapai misi kita dlm mencapai ustaziatul alam..

Catat Ulasan