Bermusafir Lagi : Janda Baik Punya!!!! [Catatan 2]

Isnin, 28 Mac 2011
Bertolak dari Shah Alam ke KL Sentral memakan masa hanya setengah jam sahaja menggunakan perkhidmatan LRT.

Setibanya di KL Sentral menanti sahabat berkumpul bersama-sama untuk pergi dalam satu rombongan.

Abang Hafeezan,Abg Hamdan,Wan Lukman dan beberapa lagi sahabat dari Universiti Teknologi Petronas turut bersama.

Dan sentiasa diselangi dengan telatah Wan Lukman,pelajar KIPSAS juga merupakan sahabat rapat semenjak 3 tahun yang dulu lagi.

Lawaknya tak berkesudahan. Boleh saja pecah perut ini hanya disebabkan ketawa sahaja. Kelibatnya sahaja sudah mampu memancarkan senyum di bibir setiap sahabat yang bertemunya dengannya.

MENCARI JANDA BAIK

Perjalanan diteruskan mencari janda baik,berdebar –debar rasanya kerana ramai yang sudah menanti kehadiran kami.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dalam suasana persekitaran yang begitu sibuk.

Dari Selangor memasuki sempadan negeri Pahang. Terus mencari janda baik untuk pertama kalinya.

Akhirnya,tiba menemui janda baik.

Dia tenang,rasa tenteram jiwa melihatnya.

Bila malam terasa sejuk bersamanya bersama angin sepoi-sepoi bahasa.

Kadang-kadang angin menggila tapi dia tetap tenang sebagai janda baik yang bahagia.

Walaupun dia tidak besar tetapi mata ini tetap luas memandang indahnya.

Tenang jiwa ini setenang kawasan Janda Baik,Pahang. Bukan janda yang baru diceraikan ya.


GENG ANAK SARAWAK SUPER (GESPER)

Kem ini khas untuk anak-anak Sarawak khususnya yang berada di semenanjung bagi merapatkan ukhuwwah dikalangan anak-anak Sarawak di setiap universiti yang berlainan di seluruh semenanjung.

Di samping untuk memberikan pengenalan kepada mereka untuk mengenal diri sebagai seorang individu muslim di muka bumi.

Banyak pengisian yang menarik berserta modul-modul yang menyegarkan minda diketengahkan bagi membuka kesedaran berfikir di kalangan anak-anak Sarawak.

3 hari bersama kalian merupakan satu pengalaman yang besar buat diri dalam mencari seni yang belum pernah dijelajahi. Kini mengumpulnya sedikit demi sedikit agar boleh dikongsikan rasa manisnya,boleh diluah rasa pahitnya. Susah dan senang kita bersama.

Banyak lagi hendak dikongsikan, tetapi biarlah dikongsikan kata-kata hati ini pada gambar kenangannya. Ada ilham kan kutuliskan lagi pada hamparan kertas putih ini.

klik link video kenangan disini...

http://www.youtube.com/watch?v=lkZqxit4REQ

0 luah rasa:

Catat Ulasan