Wah! Mata masih dapat melihatlah.
Wah! Telinga masih dapat mendengarlah.
wah! Hidung masih boleh sedut udaralah.
Mulut pun masih berfungsi.
Apatah lagi tangan ini, sedang menaip setiap apa yang difikirkan.
Kadangkala tidak terasa bertapa mahal dan berharganya nikmat Allah ini.
Tidak ternilai kerana kita tak pernah kehilangannya.
Dan tidak pernah pula ia memboikot kita untuk tidak berfungsi sekiranya ia digunakan untuk melakukan maksiat.
Kalaulah pancaindera kita secara automatik tidak berfungsi, mogok kerana maksiat yang kita buat, barangkali setiap pagi kita BANGUN DALAM KEADAAN CACAT.
Betapa kasih dan sayangnya Allah.
Alhamdulillah.
Perlumbaan antara kura-kura dan arnab : Gerakerja dakwah kita bagaimana ?
Seni
Ibnu Abbas As-Syakirin
at
8:43 PTG
Sabtu, 2 Mac 2013
1. Arnab
ajak kura-kura berlumba. Kura-kura bersetuju. Maka, berlakunya perlumbaan
antara arnab dan kura-kura. Semasa perlumbaan, arnab mendahului kura-kura
begitu jauh. Arnab yakin dia akan menang. Maka, arnab tidur sekejap. Kura-kura
yang ketinggalan dibelakang terus melangkah dengan perlahan-lahan dan akhirnya hampir
tiba ke garisan penamat. Arnab terbangun dari tidur dan terkejut melihat
kura-kura sudah hampir ke garisan penamat. Arnab terus berlari sepantas yang
mungkin untuk memintas kura-kura tetapi akhirnya tidak berjaya kerana kura-kura
melintasi garisan penamat dan memenangi perlumbaan.
2. Arnab
tidak berpuas hati. Arnab mengajak kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Maka,
perlumbaan berlaku sekali lagi. Akhirnya, arnab memenangi perlumbaan itu.
3. Kura-kura
tidak puas hati. Kura-kura memberi cadangan untuk memutuskan laluan perlumbaan
mengikut kesesuaiannya dan dipersetujui oleh arnab. Sekali lagi berlaku
perlumbaan. Arnab mendahului tetapi tersekat di tebing sungai kerana garisan
penamat berada di seberang sungai. Kura-kura yang melangkah lambat akhirnya
memenangi perlumbaan setelah berenang menyeberangi sungai dan melintasi garisan
penamat.
4. Kali
ini, arnab pula yang tidak berpuas hati dan meminta laluan perlumbaan dibuat mengikut
kesesuaiannya. Perlumbaan berlaku dan arnab sekali lagi mendahului perlumbaan.
Ketika arnab hendak melintasi sebuah jambatan usang, tiba-tiba, jambatan itu
runtuh. Arnab tidak dapat melintasi jambatan usang itu kerana ada sungai. Kura-kura
yang melangkah lambat tiba di jambatan usang dan tersenyum melihat arnab tidak
dapat melintasi jambatan usang yang sudah runtuh itu. Tanpa berlengah,
kura-kura pergi ke tebing sungai untuk melintasi sungai. Tetapi, terdetik rasa
kasihan kepada arnab. Lantas, kura-kura pun mengajak arnab melintasi sungai.
Arnab naik di atas cengkerang kura-kura dan mereka merentasi sungai itu
bersama-sama. Akhirnya, mereka bersetuju untuk memenangi perlumbaan itu secara
bersama-sama.
Pengajaran mengikut nombor di
atas :
1. Kalau
dulu gerakerja kita perlahan-lahan. Orang kata ‘slow and steady’ ini tiada
masalah. Dakwah masih berjalan seperti biasa.
2. Gerakerja
kita perlahan-lahan tidak cukup. Sekarang mesti cepat dan terancang.
3. Setiap
kita mempunyai peranan dan kelebihan masing-masing dalam kita organisasi. Peranan
dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan sehabis mungkin dalam kita bergerakerja.
4. Tidak
cukup kita hanya mempunyai peranan dan kelebihan tertentu dalam organisasi.
Maka, perlunya juga kita dibantu dan membantu orang lain dalam organisasi agar
gerakerja kita menjadi efisyen dan efektif.
“Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam
satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh”
(Surah as-Soff: 4)
GERAKERJA ANDA DI NOMBOR MANA
SETAKAT INI ?
AYUH SAHABAT KITA MENJADI
LEBIH BAIK DARI SEMALAM !!!
Jatuh Cinta Sebagai Ibadah
Seni
Ibnu Abbas As-Syakirin
at
1:29 PG
Selasa, 11 Disember 2012
Seorang
yang mentaati Allah dan bergelar mukmin tidaklah bermakna dia tidak akan
jatuh cinta atau memiliki fitrah untuk berpasangan. Bezanya cuma dia
menjadikan cintanya itu sebagai ibadah manakala orang ramai selalu
menjadikan cinta itu sebagai dosa dan derhaka kepada Allah.
Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah tentang orang beriman yang jatuh cinta, 'فأما إذا ابتُلى ب
Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah tentang orang beriman yang jatuh cinta, 'فأما إذا ابتُلى ب
العشق وعف وصبر ، فإنه يثاب
على تقواه لله ' Adapun jika dia diuji dengan cinta (rindu) namun dia
menjaga kehormatannya dan bersabar maka sesungguhnya dia mendapat pahala
di atas bertaqwa kepada Allah. [Majmuk Al-Fatawa]
Ada 3 cara menjadikan cinta sebagai ibadah :
1. Menginginkan kebaikan kepada orang yang dicintai. Tidak salah menyukai seseorang kemudian menginginkan kebaikan menimpanya seperti berdoa untuknya, melakukan kebaikan atau membantunya dll.
2. Tidak melalaikan diri dan orang yang dicintai dari mengingati Allah sebaliknya menjauhi perkara yang haram serta berusaha dengan jalan yang halal untuk bernikah atau beriman kepada takdir dan bersabar jika tidak berhasil memilikinya. Orang yang beriman cintanya 'diinsurankan' oleh keyakinan dan percaya pada rahmat Allah.
3. Sentiasa meletakkan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada makhluk dan menjadikan cinta kepada manusia dan pasangan sebagai tanda kesyukuran kepada rahmat Allah. Dalam apa jua keadaan, seorang yang beriman sentiasa meletakkan kecintaan dan kebenciannya menurut kehendak Allah. Cinta dan benci kerana Allah SWT.
Ada 3 cara menjadikan cinta sebagai ibadah :
1. Menginginkan kebaikan kepada orang yang dicintai. Tidak salah menyukai seseorang kemudian menginginkan kebaikan menimpanya seperti berdoa untuknya, melakukan kebaikan atau membantunya dll.
2. Tidak melalaikan diri dan orang yang dicintai dari mengingati Allah sebaliknya menjauhi perkara yang haram serta berusaha dengan jalan yang halal untuk bernikah atau beriman kepada takdir dan bersabar jika tidak berhasil memilikinya. Orang yang beriman cintanya 'diinsurankan' oleh keyakinan dan percaya pada rahmat Allah.
3. Sentiasa meletakkan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada makhluk dan menjadikan cinta kepada manusia dan pasangan sebagai tanda kesyukuran kepada rahmat Allah. Dalam apa jua keadaan, seorang yang beriman sentiasa meletakkan kecintaan dan kebenciannya menurut kehendak Allah. Cinta dan benci kerana Allah SWT.
10 cara mudah untuk menikmati hidup - 'How to Enjoy Life'
Seni
Ibnu Abbas As-Syakirin
at
12:06 PTG
Sabtu, 8 Disember 2012
Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari
nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah
kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :
1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.
2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di
dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak
dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)
3. Menikmati makanan
bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi
makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya
dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ
يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki
sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim]
4.
Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya
Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan
kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan
menyukai kecantikan". [riwayat Muslim]
5. Menghirup udara
segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan
angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah
menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]
6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau
menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT
'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi
SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi
pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang
tukang kayu. [riwayat Muslim]
7. Berkongsi nikmat rezeki dan
hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada
Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka
baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun
membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah
nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu
Daud]
8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika
bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta
anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim
seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur.
9. Mencari
ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri
majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang
sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl
bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah
sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah.
10. Bersahabat
dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan
menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali
dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan
orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi]
Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut
bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan
serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah
itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke
syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]
'Problem Sentence' VS 'Solvse Sentence'
Seni
Ibnu Abbas As-Syakirin
at
1:49 PTG
Khamis, 27 September 2012
Izzati dan Halimah duduk di ruangan tamu rumah sambil
menonton televisyen. Kebetulan, rancangan penyiaran pada ketika itu ialah
berita jam 8 malam. Sambil-sambil menunggu cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’ yang
akan bersiaran pada jam 9 malam nanti, mereka bercadang untuk menonton berita
dahulu. Adalah juga sedikit sebanyak maklumat dan isu semasa yang diperolehi
nanti.
Salah satu isu yang tergempar ialah kes pembuangan bayi yang
semakin berleluasa sehingga kini. Banyak usaha untuk menangani masalah tersebut
tetapi kadar kes buang bayi semakin hari semakin meningkat saban tahunnya.
“Halimah, kau tengok tu. Sampai naik muak dah aku tengok
berita. Tak ada cerita lain lagi nak diceritakan. Sikit-sikit, kes buang bayi. Apa
nak jadi la dengan manusia akhir zaman sekarang ni,” luah Izzati dengan nada
marahnya.
“Ye lah, dah jenis lelaki bernafsu serakah. Bila dah macam
dirasuk, akal tak dapat nak fikir sangatlah. Perempuan tu pun satu, suka
sangatlah dengan mamat-mamat macam tu. Dah mengandung baru terasa seribu satu
penyesalan. Benda dah jadi, baru nak insaf.” Jawab Halimah.
“Kenapa tak hukum je perempuan yang buang bayi tu. Hukum dengan
sekeras-kerasnya.
Yang lelaki tu pun sama juga. Baru mereka rasakan nanti. He
he he.” Izzati ketawa.
‘Problem Sentence’
vs ‘Solve Sentence’
Dialog di atas sebenarnya hanyalah satu contoh untuk
menunjukkan cara manusia berbicara dan berfikir.
Dalam pemerhatian saya sehingga kini, kebanyakan daripada
kita seringkali menggunakan dua jenis ayat apabila membicarakan sesuatu isu
iaitu ayat penyelesaian dan ayat masalah.
Dalam pemerhatian saya juga, kebanyakan daripada kita lebih
menggunakan ayat masalah berbanding ayat penyelesaian. Situasi dialog di atas
adalah merupakan ayat masalah.
Saya berfikir, jika sekiranya dialog-dialog seumpama ini
menjadi amalan majoriti manusia ketika berbicara, maka, saya tidak menjadi
hairan mengapa isu-isu semasa yang berkaitan dengan kes buang bayi dan pelbagai
lagi isu lain tidak akan selesai.
Saya bukanlah hendak mempertikaikan cara manusia bertutur
tetapi ingin memberitahu bahawa dengan bicara kita menggunakan ayat masalah sebenarnya
tidak merubah apa-apa masalah. Bicara kita hanyalah bicara picisan sehingga
dikhuatiri membuang masa sahaja. Bercerita bukan main panjang. Tetapi, tergantung dan tiada
apa yang berubah bahkan semakin parah.
Sepatutnya, bicara dan berfikir kita biarlah dengan ayat penyelesaian. Bila
berbicara akan sesuatu isu, pasti akan ada jalan keluarnya. Paling kurang pun, kita
dapat mengajak orang lain berfikir risau bersama-sama. Dan, lebih baik lagi,
apabila kita dapat sama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dibicarakan.
Sesuatu masalah akan dapat diselesaikan bila kita sedar dan
mampu mengubah cara berfikir kita. Bila ramai orang mampu berfikir dan
berbicara dengan ayat penyelesaian sebenarnya akan memudahkan urusan kehidupan
kita dan manusia di sekeliling kita.
Meluahkan masalah, lantas bercerita tanpa arah tuju dan titik
temu, itu ‘problem sentence’.
Menyatakan masalah, lantas membina kaedah dan mencambah
solusi, itu ‘solve sentence’.
Arahnya perlu solusi.
Solusinya perlu konklusi.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Dijejak :
Ruang Sembang
Pautan Ukhuwah
-
-
Nigerian workers strike over cost of living crisis2 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
Blog Sahabat
Blog Sahabiah
-
Paroq Vaie - Gerai Mee Kolok dan Laksa Sarawak Asli Borneo di Pasir Gudang - *Paroq Vaie - Gerai Mee Kolok dan Laksa Sarawak Asli Borneo |* Siapa sangka, ciksun boleh terjumpa orang kampung masa ke Pasir Gudang jumpa Sis Lin hujung ...
-
Hangat - hangat tahi ayam~~!! - Beberapa bulan yang lalu Ara buat ala - ala comeback. Kunun nak aktif semula menulis macam dahulu kala. Tapi ternyata hangat - hangat tahi ayam. Entahlah. ...
-
Perutusan Aidilfitri 1433H - Aidilfitri 1433H makin menjenguk insyallah ia bakal tiba pada Ahad ini, 19 Ogos 2012. Sewajarnya sedih kerana Ramadhan akan berlalu pergi sebaliknya berg...
-
Berita Semasa
Kategori
- Agama (6)
- Amalan Hati (6)
- Baitul Muslim (6)
- Berita Akhbar (1)
- Dakwah Dan Tazkirah (16)
- Fenomena Alam (1)
- Halal Haram (2)
- Intro (1)
- Isu semasa (21)
- Jom Beramal (8)
- Keluarga (2)
- Luahan Hati (7)
- Musafir (2)
- Penerbitan Sanaabel (5)
- Perkongsian (22)
- Politik (8)
- Program (6)
- Riadah (2)
- Sajak (8)
- Sirah (5)
- Takziah (3)
- Tarbiyyah (4)
Ikut Saya
Taaruf
- Ibnu Abbas As-Syakirin
- A.B.C- Seni yang indah pada hamparan warna-warna bahagia..Yang mencorakkan mesra pada rasa..Yang memaniskan bicara pada kata..Yang menyatukan ukhuwah pd amalnya..Jom menilai seni sambil menghayati keindahan pada setiap penghasilan dunia untuk diertikan pada ibadah


