Aku Nak Kahwin dengan yang beriman,cantik,poket tebal!!!

Sabtu, 18 Julai 2009

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seketika sofa berbentuk bulat dengan meja kecil di tengahnya itu menjadi tumpuan pengunjung lain yang berdekatan.Namun kemudian, mereka kembali membuat hal masing-masing, hanyut dengan nikmat duniawi. Sebahagian besar pengunjung pula sudah asyik "bersenam" di ruang tari dengan rentak yang pelbagai.
"Engkau pulak macam mana bro?" Tanya Maman tiba-tiba kepada dua lagi rakannya yang juga berkepit dengan dua wanita seksi dan manja di sisi mereka. Kedua-duanya berpandangan dan senyum.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Aku prefer yang pakai tudung. Aku tahulah tak semua perempuan bertudung tu alim dan baik, sama saja. Tapi lebih sedap mata memandang, cewahh... Kemudian dia mesti pandai mengaji dan tahu banyak pasal agama, senang nak ajar anak mengaji nanti. Tak perlu keluar duit upah orang mengajar!' Jawab Zaki selamba sambil bermain-main dengan rambut kerinting wanita di sebelahnya.
"Aku nak yang bekerja, kalau boleh, gaji lebih daripada aku lagi ok. Senang tak payah aku nak keluar belanja banyak. Maklumlah kita ni kan eksekutif cabuk je, mestilah cari gaji yang besar." Mereka ketawa bersama. Wanita-wanita GRO di sisi mereka dipeluk erat, minuman alkohol pelbagai warna menjadi hidangan mereka setiap awal bulan.
Di suatu sudut pula, tiga orang wanita sedang rancak bersembang. Linda, berkanta lekap biru, berambut pendek tercacak, bergincu hitam, berkulit cerah, relaks bersandar sambil memegang gelas berisi air kuning berbuih.
"Mama aku dah bising, sibuk tanya bila nak kahwin. Tension betul aku!" Rungut Linda dengan wajah agak mencuka.
"Eh, bukan kau ramai boyfriend ke? Rezal, Faisal, Adin, takkanlah seorang pun kau tak boleh dibuat laki?" Sampuk Marisa. Dia menyedut lama rokok yang sudah tinggal separuh itu. Rambutnya yang spearuh bahu, lurus itu beberapa kali ditepis bila menutup matanya yang disolek tebal itu. Linda menghirup air dengan perlahan.
"Kalau aku, aku dah rembat si Faisal tu. Memanglah tak berapa nak handsome tapi poket dia "handsome" beb! itu penting untuk masa depan kita tahu!" Sampuk pula Riana, berambut perang panjang berombak. Wajahnya yang sedikit bulat itu, menjadikan dia semakin comel bila bibirnya dijuih. Linda menarik nafas panjang, pandangannya tertancap pada pengunjung yang semakin menggila di ruang tari itu apabila DJ memutarkan sebuah lagu popular.
"Memanglah si Faisla tu berpoket "handsome", masalahnya dia tu bendul sangatlah. Semua benda aku yang kena plan. Pergi makan sama pun, aku yang kena order semua. Pergi shopping pula, jangan harap dia nak keluarkan duit. Harap poket jer tebal, tapi "Haji Bakhil" tau. rezal, mamat tu pulak memanglah handsome tapi....very the poyo, semua dia yang terbest, eii...pleaseeee..." Jawab Linda panjang lebar sambil menyalakan lagi sebatang rokok.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Adin? Haa, mamat tu aku tengok baik je. Apa pulak kelemahannya?" Sampuk Rian sinis sambil tersengih kepada Marisa. Marisa mengangguk, tanda ingin tahu.
"Adin memang paling baik antara mereak bertiga. Sembahyang tak pernah tinggal, hormat orang lain, kerja pun bolehlah, walaupun gaji aku lagi besar, layan aku dengan baik tapi..." Linda menyedut rokoknya lama, membiarkan Riana dan Marisa menanti dalam saspens.
"Masalahnya, dia tu baik sangat." Linda menyambung ayat tergantungnya. Riana dan Marisa saling berpandangan.
"So, apa masalah engkau? Dah dapat yang baik, tak nak pula. Tak faham aku..." Ngomel Riana menggelengkan kepala.
"Dia baik sangat. dia tak pergi tampat-tampat macam ni. Bila aku ajak dia pergi ke disko, dia kata berdosa, siap bagi aku caramah lagi. Tak cukup dengan itu, dia suruh aku pakai tudung pula..." Riana berpandangan lagi dengan Marisa, kemudian mereka tergelak besar. Linda merenung wajah dua rakannya dengan selamba.
"Aku dah agak, sure you all akan ketawakan aku kan? Kau orang tanya aku, kau orang tak nak kahwin? tak ada calon lagi?" Linda menemplak.
"Aku nak cari lelaki macam Adin tulah. Beriman,bertanggungjawab dan boleh membimbing aku ke jalan yang betul." Riana menjawab tenang.
"Aku nak yang poket tebal, handsome, ada gaya dan pandai melayan aku bak puteri..." Sampuk Marisa pula.
"Tapi, mana nak cari putera idaman kita ni?" Mereka berpandangan sesama sendiri, kemudian deraian ketawa terhambur lagi.


Malam makin lewat, namun disko itu makin hangat dan makin ramai yang mengunjunginya. Pada mereka, tempat begini hanyalah untuk seronok-seronok atau enjoy. Tapi bila bab kahwin, semua mahukan lelaki/perempuan yang yg sesempurna boleh, baik, cantik, bertanggungjawab dan pelbagai lagi. Tapi tak sedar, diri sendiri perangai tak cantik....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Surah An-Nur(24:26)
"Perempuan-perampuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"

4 luah rasa:

  1. salam'alaik,

    mane tah dpt citer ni?...copy paste per..

    cheh,,guro jak syeikh..maaf sbnyk2nya...

    nta mmg hebat dlm mnulis, bersajak pun ok...nta join bidang penulisan kreatif jak la...jd pganti a.samad said ataupun m.nasir, tp nta tukar la nama ya, jd m.nasiruddin (penolong agama), kan ke molek bedo'oh lagu tu...

  1. wslm...

    edeh deh..enta bagus gik dari ana...ana masih baru tuh..

    hehe..guro,guro juak..marah,marah juak..hehe..xdala..besa jak ya syeikh..ana pun suka berguro..

    ana lebih gemar bersajak..sekali dua kala boleh la menulis ya..hehe

    apa2pun..insyaAllah..untuk dakwah Islamiah..harapnya boleh diterima umum sebarang artikel yg disampaikan dan dapat manfaatnya kepada semua para pembaca yg setia dgn pembacaannya..

  1. Hati Insan berkata...:

    Assalamualaikum..baruk keluar cerita BM tok ooo... ada juak pendedahan buat sahabat2...tapi cerita yang anta kisarkan kat dalam tok memang memberi kesan.. teruskan menulis ya dik...

  1. InsyaAllah..ada manfaatnya untuk semua..khas buat kmk terutamanya...

Catat Ulasan